Pages

Pages

May 24, 2016

crita waktu petang hampir maghrib

Alhamdulillah boleh baring atas kerusi panjang tak lah comfy sofa sangat sebab PVC rasa panas tapi musim sejuk ni rasa nyaman saja.  Budak-budak sedang menulis dengan magic ink, baru juga perkenalkan, atas sebab bau magic ink atau marker tu tak berapa elok untuk budak-budak.
Nak snap ja, Fadya lari sembunyi belakang khemah pulak

Baru nak angkat punggung nak mandikan Fadya, alhamdulillah ternampak dia berbaju tido, rambut basah dah mandi leganya hehe.. jerit jugak la dekat fadya dengan nada dah mandi?  Fadya cakap dah mandi sendiri tapi eh sori sori papa mandikan. Alhamdulillah.

Belum kedengaran azan lagi ni, rasa dah nak masuk maghrib ni. Dah azan, ok jap nanti sambung :)

Lepas maghrib, tunggu isyak, budak-budak masuk tido. Kami sekeluarga makan malam sebelum lewat petang. Jadi dah tak da makan selepas solat maghrib atau isyak. Kira nak tengok movie ke apa lepas budak-budak masuk tido. Faiq tido awal sebab tak tido tengahari, Fadya lambat skit sebab tido tengahari, sebab lepas bangun buat homework jadi letih jugak Fadya kut, terlena awal jugakla.

Tula tentang movie ni kami ada koleksi filem Jim Carey, contoh cerita Ace Ventura tentang detektif haiwan. Kelakar cerita dumb and dumber pun. Bila ingat bab si dumb tu duk nangis teresak di depan tv ingatkan beliau tonton movie sedih apa, rupanya iklan tisu ja..haha.. satu lagi si dumber cuba ngorat seorang wanita, berkenalan secara cepat sempat la si dumber ni dapatlah info yang wanita tu dari Austria tetapi si dumber ni gi cakap slang australia haha goodaii mate!!! Memang salah la sebab orang austria cakap jerman.

Ala Fadya dah nak tido, lampu tido belum pasang lagi. Ingat dulu kalau tengah tulis dairi mesti berhenti sebab bapa panggil makan, biasala saya ambik kontrak mengemas dan membasuh je :)

15 comments:

  1. AWAL FAIQ DH TIDO BAGUSTU...ANAK2 KECIL EOK TIDUR AWAL...

    ReplyDelete
  2. Bagus kak BP makan awal. Boleh tidur pun awal dan segar esoknya :)

    ReplyDelete
  3. Kami pun mkn mlm sbl magrib, mlm ank2 tggl siapkan homework je, jadi petang kena bergegas masak cepat2 la.
    Hai fadys, luv you, cayang cikit, mmuah..

    ReplyDelete
  4. Rumah kakak pun makan sebelum maghrib sebab selepas maghrib budak-budak dah dtg nak mengaji. Kalau terlewat memang tak makanlah sebab dah malam sangat biasa kakak malas nak makan.

    Bagus Faiq tidur awal. Anak kakak dulu pun kakak tak benarkan tidur lewat. Kesian kalau bangun pagi masih mengantuk.

    ReplyDelete
  5. wahh.. awal siap semuanya ya BP... anak2 tido pun awal ye...
    sy dok praktkkan skrg makan lepas maghrib sebelum jam 8pm.. pastu ajar anak buat home work.. tgk tv jap pastu tido...:)

    ReplyDelete
  6. wah tulis diari..klasik

    ReplyDelete
  7. rumah saya pun waktu makan awal, sekitar 7malam. sebab lepas tu nak berjemaah di masjid

    ReplyDelete
  8. saya tak boleh nak makan awal, sebab balik rumah, nak kene masak dulu.. ting-tong-ting dah pukul 8 malam baru siap masak =(( sedih..

    ReplyDelete
  9. Nurul pun praktikkan makan malam sebelum maghrib, supaya anak2 boleh tidur awal..
    Kalau terlewat pun makan sekali sekala je.. Malam sebelum anak2 tidur, minum milo/susu dulu..
    Eh, Fadya main cak cak pulak ye belakang khemah tu.. hehe..

    ReplyDelete
  10. saya pun kebiasaanya makan sebelum maghrib,kadang2 terlepas waktu juga. bagus anak2 tidur awal, tapi saya bila anak2 tidur saya turut tidur tak sempat lagi dan menonton cerita di tv

    ReplyDelete
  11. Bagus anak2 diajar tidur awal bila cukup tidur siangnya dia cergas.

    Dulu kak Zai pun makan sebelum maghrib tp selepas Mimi dah kerja blk lewat time makan kami pun berubah selepas maghrib.

    ReplyDelete
  12. Makan sblum maghrib samalah kami pun...

    ReplyDelete
  13. bila mkn awal...ank2 pun tido awal..baguslah
    ni ank2 kat rumah..klau tak paksa tido mahu cecah 12 mlm

    ReplyDelete
  14. Mak makan asing asing BP...nampak sangat tak sepakat kan haha....Yelah si ayah pukul 9 baru sampai rumah, anak yg sorang tu lepas maghrib nak ke tuition, yg sorang lagi baru balik sekolah.... Camne nak himpunkan tu? Tunggu weekend le nampak gayanya...

    Kiranya mama dah boleh relaxlah ek lepas maghrib tu sebab semua dah settle....

    ReplyDelete
  15. Sy ni kadang2 tak sempat nk praktik makan malam sebelum maghrib..tp aiman tido awal juga klu hari sekolah..Afia je lewat tidonya sbb biasanya ptg dia tido lama

    ReplyDelete