Pages

Pages

February 22, 2016

Rancangan anak-anak | kids planning

Bangun dan tidur balik pada hari hujung minggu itu perkara biasa. Dikejut oleh Faiq hendak bersarapan itu sudah pasti sebab Faiq sememangnya "morning person".

Saya mengarah saja Faiq menyediakan sarapannya, bermula keluarkan piring, sudu dan sebagai letak di atas meja. Faiq ikut saja malah lebih tahu mengisi air minumannya, meyediakan roti semua.

Saya pun turun rasa simpati pula dengan Faiq, hari cuti lah dapat menikmati sarapan dengan tenang, tiada bergegas seperti hari sekolah. Sampai saya di bawah, ternampak, barang-barang lain pula tersiap di ruang tamu iaitu khemah, bakul untuk berkelah picnic basket, float, ada didalam gambar tu. Saya pun terkejut tak sempat nak ambil gambar, yang ada sudah diubah-ubah takut terkotor dengan makanan cheese pun diletaknya. Tetapi memang itulah penyediaan Fadya untuk bercuti rupanuya, Fadya want to go beach. cakapnya.. Fadya sambil keluarkan piring letak dalam bakul tu, sebenarnya semua di letaknya, saya keluarkan takut terlupa, bersemut pula nanti.

Sebelum hujung minggu tu, en hubby ada bertanya nak ke mana ke hujung minggu ni, saya cakap nak la tapi Faiq sekolah betul ni risau la dia letih hari isnin. Dulu masa dia kindy berbayar, memang tak kisah. Kurang displinnya, ni dah sekolah dan inilah sekolah harapan hingga 6 tahun lagi, nak seelok boleh untuk melaluinya.

Emak dan bapa pun biasa bertanya berjumpa ke tidak hujung minggu, sudah tak semudah tahun sebelum ini, kerana saya menjaga kebajikan amboi kebajikan pula si Faiq ni, Biar dia segar bugar hari Isnin inshaAllah kalau boleh. Tetapi saya mencari solusi juga untuk bersama dengan tokwan maktok mereka, kerana hari Ahad emak ada call untuk sembang walaupun beliau tiada mention apa-apa cuma bertanya "apa rancangan nanti"?. di atas tu mesej yang lama saya simpan kerana sejak beliau guna smartphone dah tak tahu nak sms pula. nanti nak ajarlah bila jumpa. mesej yang simpan ni sebab ada tag sehati sejiwa tu yang comel tu, macam emak ni orang Facebook atau twitter atau instagram pula :)) Abeang tu orang utara kan abeang kok (kakak) hehe..


Dan taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka. 
-Surah Maryam  Ayat 14-


6 comments:

  1. Tapi masa anak-anak masih kecil inilah kita dpt sentiasa bersama bila masih duduk sebumbung lagi. Bila dah kolej/universiti macam kakak ni dah susah nak kumpulkan semua anak sebab cuti tak sama.

    So... hargai peluang ini - terbaik!

    ReplyDelete
  2. masa menikmati saat bergembira bersama anak2 yg msh kecil BP hargainya setiap detik.

    ReplyDelete
  3. Awal juga faiq bangun ye...doa bawah tu bagus diamalkan...sebab ada terselit maksud yg sangat mendalam ttg ibu dan bapa.

    ReplyDelete
  4. Waktu bersama anak2 lah yg paling best farah..
    Masa hendak membesar ni.. lagi banyak keletahnya..

    ReplyDelete
  5. Comelnya keletah si Faiq dan Fadya. sweet dua-duanya :)

    ReplyDelete
  6. Bijaknya faiq dan fadya, sudah pandai merancang perjalanan cuti, sweetnya..;)

    ReplyDelete