Pages

Pages

February 22, 2016

nota hari ini | mendidik anak-anak dan diri

Sedang menunggu Fadya abis sekolah, hati membara juga sebab Faiq terlena ke atau buat lena saya tak pasti. Saya cuba kejutkan dia bila sampai tempat mengaji tak bergerak pula dia. Mainan ditangannya terjatuh. Nampak macam memang tidur ja. Saya teruskan memandu ke sekolah Fadya. Matikan enjin, turun tingkap sikit, duduk ja dalam kereta. Ada 2 buah buku untuk di baca iaitu Tafsir Al-Quran dan 7 Habits of effective people. Suka ulang buku 2 ni walau tak abis lagi pun. Dalam 7 habits tu tulis, contoh yang diberi tu orang rajin pergi ke surau atau masjid tetapi tidak bergaul atau sampai ilmu kepada orang yang tak pergi tu tidak manfaat kata penulis. Bagi saya tetap efektiv walaup3un beliau tidak memberitahu kepada sesiapa pun yang beliau pergi ke surau kerana beliau sudah mengisi surau itu dan efektiv kerana beliau menuju ke syurga, bermanfaat pada dirinya.

Sekarang Faiq yang inshaAllah akan ke kelas mengaji esok terbangun dan mengadu kepanasan. (Saya dapat agak tutup aircond pasti bangun). | Saya cakap minyak mahal kena jimat,  aritu mama duduk dalam kereta papa, papa cakap kena perlahankan aircond (tak berkenaan) kerana keretanya "hirup" minyak. Sekarang mama pun rasa patut matikan enjin walaupun papa cakap kereta mama tak "hirup" (perkataan umah ni :) minyak tetapi demi orang yang berjalan diluar rasa kurang haba dari enjin kereta juga mengurangkan pencemaran udara, lebih elok matikan enjin.
menunggu sambil menikmati pokok berbunga
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Surah Taha, Ayat 28

"Supaya mereka faham perkataanku; Surah Taha, Ayat 29

5 comments:

  1. Dunia hari ini kadang bimbang memberitahu dari apa yg dia dapat dari kunjungan ke masjid disangka riak/takbur. Tak bagi tahu pula bagai tak sampaikan ilmu. Serba-salah sebenarnya. Pendekatan terbaik nak beri info kena lihat keadaan dan org yg mahu kita sampaikan...

    Macam-macam manusia kan.

    Senang macam Faid dan Fadya tak ada dosa lagi hihi...

    ReplyDelete
  2. setuju dgn komen kakzakie kita tak boleh sesuka hati tegur sesiapa saja walau jelas fakta kebenarannya kecuali anak2 kita n mrk yg kita percayai...

    ReplyDelete
  3. didik anak2 sekarang lain daripada zaman dulu

    ReplyDelete
  4. bagus bahan bacaan tu, memang patut dibawa kemana-mana, pokok yang berbunga rimbun itu amat cantik dan mendamaikan bila melihatnya

    ReplyDelete
  5. ada jugak la bahan bacaan sementara nak menunggu tu kan. takde la bosan nanti. nak kacau anak pun. kesian tgh tido hihihihi

    ReplyDelete