Pages

Showing posts with label faiqfadya. Show all posts
Showing posts with label faiqfadya. Show all posts

March 3, 2016

Leteran membawa kejayaan

Pinjam tajuk surat khabar utusan zaman dulu masa sepupu saya dapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau  beritau pihak akbar bahawa beliau berjaya kerana leteran ibunya :) Terbawa zaman lama  yang sebenar nak catit keputusan Faiq masa umur 4 tahun 2014. Tahun yang sangat mencabar kerana Faiq seorang budak yang tahu minatnya tersendiri jadi saya buat andaian yang Faiq belum sesuai ke sekolah. Tcher tcher sangat concern tentang Faiq kerana suka keluar kelas pantang tcher keluar, dia pun keluar kawan pun ikut. Rasa dah pernah buat entri tentang Faiq, mama cuma berdoa, tcher biasa cakap ada kelas tambahan aiii macam buat sale pula kat mama dah hap hap nyawa tak lepas lagi hantar sekolah tak cukup umur, nak kena pergi kelas tuition lagi...memang sekolah Faiq ni bukan sekolahnya tetapi ibubapa yang berbangsa asing yang minta semua tu atas sebab persediaan awal ke sekolah jenis kebangsaan. 

Jadi bila buka kelas, nak cukupkan kelas, kena minta ibubapa yang tak concern ni, macam kawan saya yang isteri doctor tu. (emak F jugak)  Beliau pun pening hantar anaknya, macam macam dinasihat tcher kat pintu. Beliau cakap je dengan tcher tak payah bagi homework dekat anak beliau, itu baru berani. Saya diam ja sebab dah register, kalau duduk rumah saya pun tak tahu nak tekankan apa selain belajar sekeliling..tak da la nak buat flash card berbagai. Yang hidup-hidup depan mata boleh diajar seperti baca majalah, menu. Bagaimanapun Alhamdulillah Faiq dapat keputusan yang baik, dua tiga orang tcher juga dalam sesi perjumpaan ibubapa, kena la kami suami isteri, Tcher minta Faiq hafal maths sebab dapat 92, adoi. nak tergelak pula. mengaku ja sebab kenapa 92 kan nak la 100 kan. Faiq pun dah mula ajar adiknya sekarang, lagu lion king tu ada lirik hakuna matata. dont worry.sebutan Fadya memang lain, jadi Faiq eja untuk Fadya N A na..bukan ma, hakuna dulu baru matata..Ya Allah Faiq dah besarnya bila terdengar dia terangkan begitu dekat adiknya.
mama usaha juga buat nasi buh kurma, kismis, fig inshaAllah yang sunnah ni

March 2, 2016

Gaya Hidup

Beg susu pun di bawa oleh papa. Bila nampak pic ni Fadya happy sangat dapat hadiah dari auntynya. Bila tengok papa tak boleh layan buku-buku sebab tangan penuh :). Sekarang ni anak-anak dah besar dah kurang pengambilan susu tak pasti kenapa mungkin dah makan portion besar untuk nasi dan solid food lain. Alhamdulillah.

Kalau di minta anak-anak susu, saya buat separuh kalau lepas makan. Kalau tidak di minum separuh, letak atas meja, buat aktiviti main lepas datang balik ke meja nak minum susu rasa sikit dah jerit sesama sendiri susu old (susu dah lama) abang bagitau adik, adik bagitau abang tak boleh minum. Almaklum la mama duk pesan minum susu kena check dulu, tapi kalau sejam dah sejuk tu boleh minum lagi.

January 28, 2016

sesi study

Setiap hari selepas sekolah, saya beri buku pendidikkan islam untuk Faiq buat latihan. Semasa berada di kedai buku, saya masih teragak-agak nak beli buku apa untuk Faiq belajar menulis dan membaca. Pilih punya pilih saya beli buku agama dan awal matematik berdasar standard prasekolah. 

Tempat study mereka ni saya cuma letak di kawasan TV ja. Saya letak dua buah meja, dua tiga kerusi. Suasana berlajar ni kurang, kerana TV pun tak tutup pun. Baru ni saya tak buka TV lagi, kira dalam minggu ni tv tak di pasang. Mereka pun main ja dalam bilik Faiq yang penuh dengan mainan.

Di atas meja tu saya letak buku, pensil dan pemadam. Sama ja atas meja Fadya. Perlahan saya suruh la duduk dan buat latihan. Berdekatan dengan meja tu ada papan hitam kecik yang Fadya lebih suka main di situ. Gambar/video semua tu minggu minggu lepas. Alhamdulillah, mereka mula menaruh minat.

January 9, 2016

fear of / takut kehilangan kasih

Gambar Fadya dibawah sedang melindungi Faiq rasanya saya dah post. Walaupun sedang bela abang yg krna marah tapi matanya tetap hala ke tv kerana takut terlepas cerita yang sedang dia tonton. Terfikir saya tentang buku perkembangan kanak-kanak " Laura Berk, di mana memberi kasih sayang  hingga mereka takut kehilangan kasih sayang ibubapa dan takut pada dendaan sangat bersamaan dalam surah-surah seperti contoh surah dibawah. Takut atau Taqwa kepada Allah swt tak sayang hambaNya dan kepada balasanNya. Dalam buku perkembangan kanak2 "child development" pun menyebut didik anak biar mereka takut kehilangan kita. Terang sekali lebih kurang pengajarannya seperti dalam Islam, bertegas untuk solat umur 7 atau Rasulullah pun dibersihkan hati umur 6 tahun. Dalam buku perkembangan kanak2 tu buat berbagai research untuk umur berapa seorang kanak2 patut pegi sekolah.  Tetap 6 tahun walaupun ada yang hantar awal tetapi mereka masih main2.

Tengok pic Faiq diatas masa berumur 1-2 tahun tu pun rasa takut mak bapak dia tak sayang dia tu bila tengok mak bapak tengah pegang tangan masa tonton TV, terus nak gigit tu.

Freud assumed that fear #fear of punishment and loss of parental love motivate children" (Berk 488) Berk, Laura E.. Child /

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

surah 5:35

Hmm blogger frens sedang  tonton tv atau kat luar :))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin