Pages

Showing posts with label dairy. Show all posts
Showing posts with label dairy. Show all posts

May 24, 2016

crita waktu petang hampir maghrib

Alhamdulillah boleh baring atas kerusi panjang tak lah comfy sofa sangat sebab PVC rasa panas tapi musim sejuk ni rasa nyaman saja.  Budak-budak sedang menulis dengan magic ink, baru juga perkenalkan, atas sebab bau magic ink atau marker tu tak berapa elok untuk budak-budak.
Nak snap ja, Fadya lari sembunyi belakang khemah pulak

Baru nak angkat punggung nak mandikan Fadya, alhamdulillah ternampak dia berbaju tido, rambut basah dah mandi leganya hehe.. jerit jugak la dekat fadya dengan nada dah mandi?  Fadya cakap dah mandi sendiri tapi eh sori sori papa mandikan. Alhamdulillah.

Belum kedengaran azan lagi ni, rasa dah nak masuk maghrib ni. Dah azan, ok jap nanti sambung :)

Lepas maghrib, tunggu isyak, budak-budak masuk tido. Kami sekeluarga makan malam sebelum lewat petang. Jadi dah tak da makan selepas solat maghrib atau isyak. Kira nak tengok movie ke apa lepas budak-budak masuk tido. Faiq tido awal sebab tak tido tengahari, Fadya lambat skit sebab tido tengahari, sebab lepas bangun buat homework jadi letih jugak Fadya kut, terlena awal jugakla.

Tula tentang movie ni kami ada koleksi filem Jim Carey, contoh cerita Ace Ventura tentang detektif haiwan. Kelakar cerita dumb and dumber pun. Bila ingat bab si dumb tu duk nangis teresak di depan tv ingatkan beliau tonton movie sedih apa, rupanya iklan tisu ja..haha.. satu lagi si dumber cuba ngorat seorang wanita, berkenalan secara cepat sempat la si dumber ni dapatlah info yang wanita tu dari Austria tetapi si dumber ni gi cakap slang australia haha goodaii mate!!! Memang salah la sebab orang austria cakap jerman.

Ala Fadya dah nak tido, lampu tido belum pasang lagi. Ingat dulu kalau tengah tulis dairi mesti berhenti sebab bapa panggil makan, biasala saya ambik kontrak mengemas dan membasuh je :)

April 16, 2016

the jungle book | mama yang lebih.

Pagi ni kami bertiga bekfas kat luar sebab roti nak abis, nak masak nasi goreng ada tak selera, ajak keluar makan kat kedai. Vitamins dah disediakan. Saya bancuh minuman saja, Faiq pun ada cerealnya tak risau, roti untuk Fadya ada. Ada hujung roti tu saya abiskan, boleh telan vitamins.

Google - the jungle book
Sampai di complex pasaraya, lepas isi perut, jalan-jalan window shopping. Dalam fikiran nak ajak en hubby tonton jungle book, en hubby ok ja cuma risau fadya. Saya interview Fadya, tanya nak tengok tiger, beruang tak. Fadya cakap nak tengok. Saya beritahu yang susu semua tak da, tak bole keluar dari bilik tv 2 jam. Fadya ok je nak tonton. Risaukan mama ajak tonton hiburan hingga berpujukkan. Sebab lama tak tengok, ikut hati nak jugak tengok. Bila sampai kat kounter tiket, saya cakap nak tiket untuk jungle book show yang terawal sekali, staff tiket tu cakap lagi sejam ada. Saya pun pusing ke belakang sambil fikir Fadya ni bole ke tunggu lagi. 

4 year 4 mon
Sambil fikir berbual dengan en hubby, ternampak poster jungle book, saya cakap ni la haiwan yang kita akan tonton nanti. Fadya jerit mama "fadya tak nak tengok budak tak berbaju, tak elok, tak nak tengok tak tutup tak cover, eee". Saya ingat nak terangkan tapi rasa tak perlu. Biar Fadya fikir tak sesuai tonton dulu sebab tak menutup aurat.  Fadya ni baru mula cover tangan dengan stokin tangan, kepala dengan scarf kecik ja. Kalau dalam kereta di tanggalnya, orang tak nampak katanya.

Itulah ceritanya seorang mama yang nak bawa anak ke tempat hiburan. Syukurlah..ada anak-anak Tuhan hantar tak bagi tengok. Begitulah movie boboboy saya syorkan kepada Faiq kerana kawannya ada tengok Faiq beritahu. Bila saya ajak Faiq, Faiq cakap dia dah cukup tonton wayang zootopia itu. Jadi tak mau tengok lagi movie apa pun.. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Allah says, " Call on me, I will answer your doas Surah Ghafir :40
Allah berfirman, Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu" Ghafir: 40

April 15, 2016

rutin biasa | dear dairy | choc cake

Kalau dulu tulis dairy, mesti tulis dulu, kejap na dairy nak kunci pintu bilik dulu, atau emak panggil ke.. yang ni pun tulis patut kena kerap beli dairy baru...

Hari ni mama bersyukur Faiq kancingkan baju sekolahnya cepat.

Fadya pun siap untuk ke sekolah senang, bangun sendiri hari ni keluar dari biliknya, siap-siap lepas tu tido balik.

Saya seperti biasa bancuh nestum, oat, susu, gula milo 2 cawan untuk diri dan habibi. Letak atas meja, ambik roti dua keping sapu untuk Faiq, tunggu roti canai goreng dengan minyak zaitun atas api siap untuk Faiq juga, ke dapur balik, isi air bekal untuk dua beradik tu. Datang ke meja sapu roti dua keping lagi untuk kami berdua. Flow ni hampir sama sebab tak nak tertinggal apa pun.

Kadang bakar  cake untuk fadya bawa bekal. Ke belakang lagi bancuh susu. Ok baru duduk, ngap telan ja.. berdiri papa, mama pun bangun ambik beg fadya, roti baru digigit pun letak tepi bersebelahan epal hijau dalam gambar atas tu hehe.

Lepas bye bye.. masuk siap kan diri, masak nasi keluar servis kereta, kalau kesempatan nak jumpa adik kesayangan yang tinggal di amerika balik untuk beberapa minggu ni. Alhamdulillah.



Bersyukur selepas subuh, senaraikan.

February 19, 2016

senam ringan | light work out

Sedang terbaring di atas lantai depan TV,  baru lepas buat senaman ringan bersama Fadya. Lepak dekat bawah tadi sebab nak makan pie blueberry, pie nutella dan pie oreo. Pie-pie itu saya beli untuk beri kepada jiran tetapi Fadya kawal nak makan jugak. Tak teringat nak belikan untuk Fadya. Masa nak beli pun gagau dalam beg keluar RM20 ja. Semasa menaip ni Fadya cakap mama nak milk...
Ok Fadya dah masuk bilik. Saya click remote cari movie ok skit asyik love story semperna valentine kut. Susah nak tonton dengan budak-budak. Eh macam mengantuk pula. Nak tido. Ok cuba la buat senam dalam pic tu :)

Duduk di atas lantai, bengkok kaki, lutut di dada, jari tangan capai jari kaki, perlahan, regang atau luruskan kaki menghala keatas , imbang badan ke belakang skit, jongkang jongket rasanya tetapi balance berat badan atas dan bahagian bawah. Relaks di posisi ini, perut kuat untuk mengimbang, nafas, Selamat malam lots of love to you 😊😴

Night hand and leg stretch ~
balance on on your tail bone, -  
bend knees,
grab toes, exhale,
stretch out,
stay a moment.
breathe in the workout position,
feel how you feel.

February 2, 2016

penjual bersedekah | at school

Setelah kelas mengaji bersurai, saya terpa untuk bersalaman dengan ustazah dulu,  melangkah keluar sambil bersalaman dengan yang bertembung ditepi. Tergesa jugak untuk menjemput Faiq, singgah rumah intuk ambil botol air dan minuman untuk Faiq Fadya kerana cuaca panas, cuba sedaya upaya untuk menyejukkan badan dan tekak.

permandangan dalam perjalanan menjemput Faiq
Sampai di sekolah saya bertanya Asst tcher tentang baju tertinggal semasa hari rentas desa itu. Tanpa berlengah saya diberi masuk tanpa pass untuk ambil dalam bakul, Faiq tahu kata A Tcher . Faiq lari masuk ke kelas dan pamggil "Teacher, i want to take my clothes". Teacher sambut dengan ceria dan mesra, she said Yes...syukur sangat saya.

permandangan menunggu Faiq keluar dari sekolah
Hala ke pagar, saya perasan penjual yakult memberi percuma kepada murid-murid kerana masa awalnya ada seorang budak menangis inginkan yakult tu. Penjual tu cakap beliau bagi percuma untuk budak lain juga. Saya yang memegang baju sukan dan baju yang tertinggal tu sambil bercakap dengan penjual tu "saya pun nak belanja budak2, saya pergi ambil duit ok?, beliau cakap tak payah, saya nak bersungguh, Faiq lari laju ke sungai, Asst tchr tu jerit sambil bangun untuk menghalang Faiq turun terus. Saya berlari mengejar Faiq juga dengan plastik baju jatuh. Saya tarik tangan Faiq, dia masih nak ke sungai, saya bisik di telinganya kena balik dulu blah, blah..sambil berjalan ke kereta. Di dalam kereta di minta air dengan favorite drink. Baru saya ingat bila keluar ambik baju, Faiq suruh saya jalan laju. Saya bukan berlengah saja tetapi berhenti bersembang lagi, mungkin respons kepada dahaganya begitu. Segan meminta secara terbuka. Masih membaca Behav psychology..baru lagi bermula dengan "stimulasi dan respons".




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin