Pages

Pages

September 6, 2021

Chee Cheong Fun | Masak di rumah

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Kulit popia, dijadikan experimen


Resepi ikut selera, sos cili dicampur sekali



One morning, my mom called and asked us to order nasi lemak for her, the way she described the kind of nasi lemak for her and my dad made me drooling! It was early in the morning, I was thinking what to blog, and what to eat. She said hello asking me to buy her delicious nasi lemak with this and that, without that and this hehe... Since I mentioned about my mom, my mom told me that she onced asked a cook at the nasi kandar restoran to not make too spicy not too salty on the order, and turned up, the cook offered her the stove to cook by herself! customer was right or wrong?? hehe..but mom always left people happy when she leaves.


As a matter of fact, If I happened to be at the restaurant that my parent normally go, most of the worker would ask where are aunty and uncle (popular since they frequently patronized the places & tipping generously). 


When I'm starting to blog again, I promised myself not to blog too much personal stuff. I once asked my mom, why dad talked about this and that, then mom said, people just listened and get over it and not even analysing it. 


Ok, back to my mom order withnasi lemak that end with giving tips to the rider, lead me to order for ourselves too. I clicked on 'Bungkus Kaw' , nasi lemak daun pisang, searched for nyonya kueh, there were none, but saw chee cheong fun, so thinking in my mind, I want to make my own chee cheong fun with the stuffs at home. Furthemore, I know the taste as I had it before. Similar as yong tau foo sweet sauce but not really the same. 


The ingredients that I used are:

Popia sheet

Nut and sesame seed

Sauce Recipe

1 tbs of soy sauce

1 tbs coconut sugar

1 tbs brown sugar

1 tbs chilli sauce

1 tsp corn flour mix with lil water


Methods:

Roll popia sheets. Put them in rice cooker and steamed. 

Roast the seed and smash nuts

Mix all sauces and heat up add corn mixed with water. Cut the the soft popia sheet and served on saucers and top with sauce with sprinkling nuts and seeds


The taste is amazing and delicious, so nice to have this meal which is oilless, but sweet. Everything has it's pros and cons, just alternate it but not too often. The best is have the variety.


Happy monday❤️


Suatu pagi ibu saya menelefon meminta tolong untuk kami membuat pesanan makanan iaitu nasi lemak. Ibu bukan memesan nasi lemak begitu saja tetapi menerangkan letak itu, keluarkan itu, macam sedap ja didengari penuh kenikmatan apa yang dipesannya.


Untuk bapa nasi lemak berkuah begini membuat saya tertelan air liur. Sudahlah di pagi hari, saya memikirkan tentang blog dan juga sarapan apa untuk memberi tenaga hari ni. 


Ibu memberi salam dengan memesan nasi lemak yang sedap dan lazat.. Oleh sebab itu, terbawa kisah ibu saya dalam blog ni, saya teringat ibu biasa menceritakan yang dia pernah ditawar masak sendiri di suatu restoran nasi kandar kerana memesan terlebih dari pengetahuan mereka (nak kurang pedas, kurang masin etc) hehe.. Yeke macamana ni? pelaggan betul ke salah ni?


Tapi tak pa, kerana ibu saya selalu tinggalkan mereka mereka yang direstoran itu dengan rasa gembira. 


Beberapa kali saya pergi ke restoran-restoran yang pernah ibubapa saya selalu kunjungi, mereka akan kenal kami dan bertanya tentang ibu dan bapa saya, 'mana uncle? mana aunty?'  dah lama tak datang sini. (popular kerana sering mengunjungi kedai mereka sebelum pandemik dan amat murah hati dalam memberi tip sedekah :) ) 


Bila saya mula membuat blog kembali, saya buat panduan sendiri untuk tak mahu cerita hal peribadi. Saya pun pernah bertanya ibu saya,  bapa saya cakap tentang kita dekat individu begitu begini, ibu cakap tak pa, mereka dengar tapi tidak menganalisa. 


Berbalik kepada pesanan emak saya dengan nasi lemak tu.. Dipengakhiran perbualan itu, emak berpesan bagi tip kepada rider; Ini telah membawa saya untuk memesan nasi lemak untuk kami juga.


Saya klik dan buka Bungkus Kaw, dan klik Nasi Lemak daun pisang, dan scroll mencari kuih nyonya tetapi yang ada ialah chee cheong fun terus bunyi ting! di kepala ni, ingin membuat chee cheong fun sendiri.


Resepi boleh di cari, lagipun dah pernah rasa ia seakan kuah manis yong tau foo tapi tak serupa. 



Bahan-bahan yang sedia ada:

Kulit Popia

Kacang goreng

Bijan


Resepi Kuah:

1 sb kicap masin

1 sb gula perang buah kelapa

1 sb gula melaka 

1 sk tepung jagung dicanpur sedikit air. 


Cara penyediaannya:

Kulit Popia digulung letak di dalam periuk nasi atau diolah periuk kukus. 

Sangai bijan. Kacang dihancur dalam beg plastik kecil. 

Campur semua bahan sos, panaskan masuk air & tepung jagung. Potong kulit popia yang lembut seakan kueyteow atau isi laksam. Letak atas piring, bubuh kuahnya, ditabur kekacang dan bijan


Sedap chee cheong fun buat sendiri dan keenakan yang menakjubkan. Makanan ini tanpa minyak tapi manis, biasa la semuanya ada kebaikan dan kekurangannya, memadai lah dengan pengambilan yang berselang-seli dan jarang jarang sekali. InshaAllah, yang terbaik itu ialah mempelbagaikan. 


Salam bahagia hari Isnin♥️







10 comments:

  1. oo..improvise kulit popia jd chee cheong fun..idea yg bagus..amalan yg bagus, selalu bersedekah, perkara yg baik sentiasa diingati orang..

    ReplyDelete
  2. They are my absolute favourite dimsum! Thumbs up for you making them from the scratch.

    ReplyDelete
  3. Wow. Nampak sedap la.. Guna kulit popia je. Boleh cuba juga ni..

    ReplyDelete
  4. terhibur baca kisah ibu dan bapa sis. Hehe. Chee cheong fun macam simple je kalau dibuat sendiri. nantilah nak cuba

    ReplyDelete
  5. selalu tgk org buat. tapi tak pernah mencuba. pakai kulit popia je kan. macam ok.

    ReplyDelete
  6. Customer is always correct. They just cannot remember too many instructions so ask customers to do it themselves. Lolx! Your parents are such happy people. Very good. You are so creative to use popiah skin to make Chee Cheong fun. Must be so tasty since you put peanut and sesame seeds.

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba resepi ni . Tengok bahan2 pun mudah sahaja

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan chee cheong fun. tapi stail macam yong tau fu memang sedap. Baru tahu boleh juga gunakan kulit popiah. lebih mudah nak sediakan. menarik. thanks share.

    Semoga keluarga akak dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn...
    mak ayah dan akak sendiri sudi bersedekah. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Dishes you shared their recipes have a really rich ingredients and look very healthy. They are so new for us. Greetings from Turkey.

    ReplyDelete
  10. Pernah cuba sekali je makan CCF ni dulu tu pun sebab colleague order. Sedap juga. Tapi ni guna kulit popia eh. Maybe boleh cuba biat sendiri lepasni.

    ReplyDelete