Pages

Pages

June 23, 2016

stroller

Atau baby pram atau kereta surung budak-budak ni baru dihargai mama sekarang. Terkenang masa dulu mudah. Sekarang Fadya minta bawa stroller tapi papa cakap jalan ja, lagipun Fadya tinggi macam tak muat. Dulu bila shopping lama skit, dua beradik ni tido lena dalam strollers. Bole la kami berdua sambung ambil masa buat pilihan apa yang nak beli atau nak tengok. Window shopping pun dapat nikmati. Rindu jugak zaman strollers,

Faiq lena dalam stroller Fadya masa kat airport ni. Boleh kata keluar dari teksi sampai nak berangkat duk lena lagi. Fadya merungut juga sebab guna stroller dia. 

Masa mula shopping di bulan puasa Fadya 2 tahun, Faiq 4 tahun, en hubby yang buat keputusan kena bawak jugak mereka ni pegi, nak tunggu bila. Sebab saya ni memang jenis last minit shopper macam emak jugak. En hubby cakap nanti tak da saiz untuk budak-budak ni kalau beli lambat. Memang betul baju melayu dah tak da lagi. Main grab yang ngam ja sekejap ja dah tak muat. Walaupun hingga hari ni belum beli baju melayu Faiq tetapi saiz umur 6 tahun ada banyak. InshaAllah.

Sepatutnya dah beli baju melayu minggu lepas tetapi long que di counter dan Fadya dah lapar. Beli ayam KFC senyap ja dia. Faiq diberi bekal awal tu, jadi kenyang lagi. Fadya bekal tak mahu pula tapi nak la yang dia nampak di pasaraya tu. Itulah perancangan kita, Tuhan yang menentukan.

14 comments:

  1. Stroller kakak dah kasi pada anak buah kakak. Memang tak ada stroller anak tak selesa berjalan. Dgn ini dia selesa kita pun tak penat nak mendukung.

    Fadya pandai ye nak makan yg beli tak nak bekal tu dpt KFC:)

    ReplyDelete
  2. betul tue kita mampu merancang

    ReplyDelete
  3. Betul juga kan, stroller mmg membantu bg yg ada anak kecik, tapi kena pegi shopping raya juga.

    ReplyDelete
  4. ANAK2 KECIL SELESA DLM STROLLER

    ReplyDelete
  5. Penting stroller kat ibu bapa ni..selalu guna bila anak nak tidur BP...sekarang ni jalan jauh perlu kita bawa

    ReplyDelete
  6. stroller saya rasa kena beli yang double. sbb anak kedua suka tumpang stroller adiknya. stroller adik bukan besar pun.

    ReplyDelete
  7. banyak faedah bila ada Stroller ni kan BP.. besaq skit masih boleh guna.. bila jalan jauh lagilah penting..menyenangkan kita..
    dah dapt lah ni baju anak2 ye??? hihi

    ReplyDelete
  8. g shoping kl minggu lepas,panatnya mendukung Luth.
    lama dah lipat stroller, ni rasa kena bukak balik ni..

    ReplyDelete
  9. Bukan ibu bapa saja selesa dan memudahkan dengan penggunaan stroller ni... anak juga selesa...tak penat berjalan...

    ReplyDelete
  10. akak kalau pi mana2 jarang yg bawa stroller...tapi bila si mak enon dah penat dan minta dukung masa tu la rase nak hantuk kepala kat dinding sambil jerit dalam hati..."nape la tadi tak bawa stroller!!!" bagos ek anak2 adik nak tido dalam tu...anak2 akak jarang kot tetido selalu duk membuas je..kejap bangun kejap tetongeng segala bagai... :P

    ReplyDelete
  11. Convenient kan penggunaan stroller begini :)

    ReplyDelete
  12. Kita hanya merancang, Allah tentukan semua :)

    ReplyDelete
  13. ada stroller ni lebih senangkan, kita dan anak2 tak penat, kalau tak jadi macam saya berdukung sajalah sebab malas juga nak bawa stroller

    ReplyDelete
  14. Alahai zaman sekarang ni tengok stroller cantik cantik...geram nengoknya. Masa zaman anak anak kecik dulu beli stroller yg murah jer, maklumlah kewangan kurang mengizinkan huhu....
    Tp anaka anak mak dulu tak suka duk strollerlah BP....entah kenapa agaknya..

    ReplyDelete