Pages

Pages

June 21, 2016

ketumbucks / coriander

Daun ketumbar ni menjadi kegemaran kami. Tak kira makan dengan nasi ke atau dengan roti, kalau ada stok mesti letak macam daun salad. Dulu kami adik beradik ada bincang nak buat kedai makan atau cafe. Adiklah yang dapat idea letak nama ketumbaq atau ketumbucks ni.. (kazen bagitau ada restoran nama ni di ampang kalau tak silap). 
Hidangan nasi berlauk bercoriander

Tak senang nak terangkan yang daun ini sangat menyelerakan, masak apa pun ada ketumbar ni menjadikan makanan itu terasa lazat dan enak serta nyum nyum hehe..
Fish fillet cheesy sandwich

Kalau lah anak-anak pun makan daun ni kan kira anak beranak punya kegemaranlah..Mama dah pandai bersiang daun ni dengan cepat dapat daun je, batang bole buang. Baru ni yang dibeli ada akar yang panjang dan sihat. Jadi ditanam di halaman umah ni. En hubby cakap untuk kenduri buat serangga tu sebab di tanam atas tanah, sedap lah mereka makan pucuk kan..hehe..

Assalamualaikum, Dalam mengejar Lailatul qadar, saya mohon maaf jika ada salah dan silap. Terima kasih :)

15 comments:

  1. Terutama nasi arab, nasi beryani dan nasi minyak kalau tak ada daun ketumbar memang kurang sikit sebab aroma tidak naik. Begitu juga buat tomyam kalau ada daun ketumbar barulah nyum-nyum:)

    Kakak tak buang batang pun BP. Cuma buang akar aje.

    Good idea tanam atas tanah sedekah kat serangga haha...

    ReplyDelete
  2. oo akak suka yer..hurmm kitorang tak pandai makan..bau kuat sangat..kalo ada dalam tomyam tu kena ler mengasingkan dulu..

    ReplyDelete
  3. baunya sedap, sebab itulah sedap juga dimakan kan.

    ReplyDelete
  4. akak pulak tak berapa nak suka la dik...somi akak lagi la tak suka...tekak kiteorng kalau makan nanti ada bau macam pijat...kikiki...selera memasingkan...takde apa yg nak di maafkan dik...tapi kat sini akak pon nak minta maaf jika ada tulisan akak yg menyinggung adik ye

    ReplyDelete
  5. daun ketumbar ke..memang sedap kan

    ReplyDelete
  6. kenapa dibuang batangnya. kalau akak, potong dgn batang2nya sekali. selalu letak dalam sup, harum je bau dia kan.

    ReplyDelete
  7. Knor pun suka...msk nsi beriani...
    Tpi utk anak2 nk exam tk elok mkn..katanya

    ReplyDelete
  8. daun ketumbar & daun sup mcm nak sama...sedap bubuh dlm tomyam..tak pernah lg makan dgn roti..boleh try..

    ReplyDelete
  9. sama la dengan , kita pun suka cik daun ketumbar ni !
    Btw ema kacau you jap ! Ni ada tag awak tanpa sengaja , KAH KAH !
    http://www.vetovirago.com/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html

    ReplyDelete
  10. Salam Nuzul Al Quran BP... sy tak berapa pandai nak makan daun ketumbar ni..hehehe.. tapi sbnrnya bgus kan...harap nya dpt tumbuh dgn subur dihalaman... :)

    ReplyDelete
  11. saya pula kurang gemar dengan bau dia..hehe

    ReplyDelete
  12. Daun ketumbar.. Kurang gunakan daun ni masa memasak. Mungkin sebab siqah pun jarang masak. Bulan puasa ni je rajin. Hehe

    ReplyDelete
  13. memang sedap juga daun tu, tapi anak2 memang tak mahu makanlah

    ReplyDelete
  14. Wahhhh dahsyatnya awak BP.... makan mcm salad ek? Mak makan jugak tp tengok menulah....tak pernah pulak makan dgn roti cenggitu

    ReplyDelete