Pages

Pages

June 3, 2016

inspirasi aunty

Anak sedara adik W kiri dan abang C kanan

Semalam  rasa bersyukur dapat memberi hadiah kepada anak sedara atas kejayaannya. Bersyukur kerana terdetik di hati ingin memberi tu yang rasa lega sebab saya ni bukan jenis pemberi, bila dengan anak buah ok saya panggilnya C yang adiknya yang belah kiri tu W. Bila dengan mereka ni mereka lah yang selalu memberi termasuk mommy mereka yang comel tu kakak saya memberi jugak hehe..
Kakak tersayang dan anaknya

Sejak saya juga berjinak memberi ni baru terasa nak jadi proaktif contoh bayar secepat mungkin macam minta bill cepat macam emak saya tu. Tak mau la macam teragak-agak nak memberi ni. Lagipun C baru pulang dari Austolia rindu la hehe..C ni travel Eropah solo masa belum 18 tahun lagi tau amboi dah terlebih cerita ni. Dulu C baca dan puji blog saya ni.

Ok lah itu saja dapat cerita tentang anak-anak menakan yang disayangi ni. Lagi satu C ni bersekolah kebangsaan biasa yang masih baru dan dapat 5A baru saya ingat, bila menengah C bersekolah ala ala international. Tak terikut la makcik hehe.. Inspirasi la kan sebab Fq pun pegi sekolah rendah macam tu tahun depan hehe inshaAllah  

24 comments:

  1. Bila ada kalangan sepupu yg sudah cemerlang tak mustahil ia menjadi inspirasi buat Faiq dan Fadya jua.

    Tunggulah BP akan tiba masanya Faiq/Fadya juga macam C. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  3. WAH CANTIK BERGAYA ANAK MENAKAN BP...KEJAYAAN KEDUANYA TENTU JADI SUMBER INSPIRASI FAIQ N FADYA KELAK.

    ReplyDelete
  4. handsome n lawa anak sedara =)
    bab memberi ni kan, selain daripada mengembirakan penerima
    kita pun sebagai pemberi akan terasa gembira n puas
    tu yang mahal dalam nikmat memberi =)

    ReplyDelete
  5. bolehlah jadi role model buat anak2 kecik kita. alhamdulillah semua berjaya

    ReplyDelete
  6. Mmg patut dijadikn inspirasi BP...
    sure pandai ckp cina...seronoknya

    ReplyDelete
  7. banyak memberi banyak jugak yg kita akan terima BP..
    tahniah buat anak buahnya..

    ReplyDelete
  8. Hensem anak buah BP.Kejayaan anak2 moga jadi inpirasi untuk anak2 BP.

    ReplyDelete
  9. Ensem dan comey dorang ye. Faiq dan fadya ada cousin yg berjaya, in shaa Allah diorg pun dpt inspirasi😉

    ReplyDelete
  10. adik beradik W dan C ni sepupu Faiq dan Fadya lah ye
    kalau sepupunya dah berjaya...
    insyaAllah boleh jadi contoh pd mereka juga

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...bila kita banyak memberi tentunya banyak juga yang kita akan dapat nanti.

    Tahniah diatas kejayaan anak buah BP, inshaAllah satu hari nanti faiq fadya pun akan berjaya.

    nampak muda tu kakak BP tapi anaknya sudah besar,macam kakak dengan adik pula

    ReplyDelete
  12. Kakaknyer comel..adeknya pun comel... anak2 n anak menakan pun comel juga...

    ReplyDelete
  13. Best kan bila dapat rezeki belajar di luar negara ... Handsome anak sedara kak BP ... Hihihi

    ReplyDelete
  14. pemberian walaupun kecil, ingatan tu yg sgt berharga...

    independent & berani anak menakan BP, budak2 lg, dah travel sorang2 ke europe..

    ReplyDelete
  15. Mudanya kakak kesayangan.cantik patutlah turun ke anak menakan..hehe

    Memang sepatutnya terinspirasi..semoga kejayaan milik faid n fadya juga

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dikurniai anak2 penakan yg bijak. Semoga dapat mnyumbang kepada negara dan ugama.. in sha Allah.. aamiin..

    ReplyDelete
  17. ibu dan anak cam 2 beradik je..ibunya nampak muda jelita cam bebyPose jgk

    ReplyDelete
  18. Comelnya anak beranak awak BP, mcm auntie dia jugak.....
    Tahniah..... Gud Luck masuk alam pekerjaan yg penuh cabaran ni.
    Gitulahkan...nak buat baik ni mmg banyak cabarannya. Sebab tu jgn bertangguh. Cek!! Pandai jer kalau nasihatkan org hihi...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Bp
    Hensem dan cantik mcm kacukan je kan
    Ingtkan harry potter tadi hehe

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah boleh jd role model untuk sepupu2 yg kecik2 pulak.. =)

    ReplyDelete
  21. hensem. ingatkan retis korea mana tadi. hehe

    ReplyDelete
  22. Hensem anak sedara BP.. :-)
    Rasa puas bila dapat memberi walaupun pemberian kita tak sebesar mana..
    InsyaAllah kejayaan mereka akan jadi sumber inspirasi buat Faiq/Fadya nanti..

    ReplyDelete
  23. Insyallah. Moga faiq berjaya seperti C nanti. C menjadi sumber inspirasi buat kak BP dan pastinya buat Faiq dan Fadya :)
    Btw, handsome anak saudara akak. Hihihi

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah..kejayaan ahli keluarga boleh menjadi inspirasi pada yg lain... :)

    ReplyDelete