Pages

Pages

June 2, 2016

anak bercuti bersama datuk nenek

Berfasa-fasa juga nak ceta pasal anak-anak ni sebab baru kenal tentang satu hal, dah nak kena kenal satu hal lagi..

Holiday dengan emak dan bapa serta cucu-cucu bertuah mereka la.. papa ada kerja, petang baru balik ke hotel.
@busstop

Persediaan macam biasa la mama ni, rasanya kurang kudapan.. atau memang snek yang tak sesuai untuk Fq kut. Fq cuma makan roti, nasi. Biskut tak makan, minum air kosong, baru ni ja suka air oren. Kadang tak ingat semua ni...pagi tu makan coco crunch pun sikit. Saja mama ambik letak atas meja masa breakfast buffet kat hotel tu. Tapi banyak juga Fq makan nasi goreng...kami keluar bersiar terlupa 12:30 masih duduk dalam bas hop on lagi. Rupanya Fq dah lapar. Fya ok sebab duk kunyah janjan (biskut). Mama pula bukan jenis pemakan. Kalau hari kerja dan sekolah, memang rutin sangat proper, tertib dan ikut masa. Bila bercuti lari tambah papa tak da, ikut mak tok wan yang lena dalam bas tu kira dah simpan tenaga rasanya sesiapa pun boleh tahan tak makan duduk saja, kenderaan berjalan goyang macam dibuai laju laju. Paniknya bila di cuit cuit oleh Fq ni tau. Nasib maktok terjaga tolong pujukkan dengan bagi duitRM10. Lepas tu Fya nampak kami korek duit tak da pula duit warna merah..aii pening...bagi warna hijau sambil cakap hijau lagi cantik, fya cakap nak yang tulis 10 pulak.
@beachroad

Bas hop on tak bole stop lagi. Nak stop pun tak tahu rasa kena jalan jauh ja dalam panas dengan budak-budak dalam kelaparan. Alhamdulillah Tok wan pun terjaga menolong.

Pada mulanya Fq dan Fya dah risau maktok pinjam dua batang payung di counter hotel untuk buat tongkat memudahkan maktok berjalan. Bila kami hendak melintas jalan ja kereta, motor berhenti sebab warga emas serta kanak-kanak kan, ada yang menolong lintaskan.. Masa menunggu juga mengambil masa lagi.. Fq cakap dia rindu papa.. Fya pun cakap tunggu papa baru kita bersiar. Emak saya suruh bapa cakap perlahan skit yela saya sendiri pun jenis cakap kuat. Emak kata cakap perlahan dan tenang baru Fq tak ingat papanya sebab emak cakap menantunya ni soft spoken haha.. ke situ pula adoi.  Memang la papa orang selatan.. orang selatan ni tegas tapi ton control yekkk hehe..

Bila diterangkan kita bersiar dulu petang baru jumpa papa, Fq bukan main lagi cakap ok semua ikut footprint dia jejak kakinya sambil dia mengetuai kami..Fq laju jugak, mama tak terkejar, dari belakang nampak Fq bertanya tuan beca bergerak hendak naik.  Panik jadinya bila dari jauh nampak Faiq nak naik beca tu, saya cepatkan langkah mendekati beca terdengar tuan beca cakap tak boleh sebab ramai. Bila kita macam tourist ni, driver teksi menolong tunjuk hala hotel kami ni mengambil kesempatan, bapa saya kata kami jalan saja. Tetapi bapa ni pula outspoken, cakap pula kepada emak, naik ja sambil menolong, driver teksi tu cakap perlahan skit sambil gelak walau naik dan berhenti untuk turun ja.

Sebelum hala balik ke hotel tu kami singgah makan nasi beryani, minum air botol yang kedua, Fq cakap minta maaf sambil sambut botol air tu, saya cakap haa sorry kena ada makna dan tak akan buat lagi... emak saya cakap tak yah panjangkan lagipun salah kita dah waktu makan tengahari tak turun dan terperangkap dalam jem.  Terpaksa jalan dalam panas lagi.
 @airport 
Harga hop on RM19 untuk dewasa, kanak-kanak RM12.

Ni baru nak ajar Fq bersabar.. google tadi ada beberapa tips.. elokla bulan puasa nanti, tahun lepas ok ja tunggu pukul matahari jatuh baru bole makan. Kena reset ni..inshaAllah

17 comments:

  1. Pengajaran lain kali kalau bawa anak-anak at least bun dan air kotak/mineral kena ada. Sebab musim cuti sekolah ni anytime boleh terperangkap dgn jem di jalanraya.

    ReplyDelete
  2. faiq teruja nak naik beca la tu...sampai mama dah tak terkejar...hehe

    ReplyDelete
  3. itulah kan kalau bawa anak2 berjalan macam2 kena sediakan, kadang saya pun macam tu terlupa beli sesuatu jalan sesak anak cakap lapar-lapar,susah hati dibuatnya

    ReplyDelete
  4. KALAU BAWA ANAK2 BERJALAN MESTI BAWA BEKALAN SERBA SIKIT TU.

    ReplyDelete
  5. berjalan dgn budak2 ni banyak cabarannya
    kena banyak bersabarlah
    akak selalu spare at least roti dan air masak utk mereka
    kalau dah kenyang senang, mereka tak meragam

    ReplyDelete
  6. Wah, jenjalan ke mana tu faiq and fadya, tak aci tak ajak aunty tau.
    Yela Fair, sepatutnya jln2 ngn ank2 kena bwk bekal cam air kotak and roti.

    ReplyDelete
  7. Samalh kita bkn yg kecik2 jer ,mak pak dok sibuk cari ayak minirel dlm keta lagi.....

    ReplyDelete
  8. Anak akak Iman ni pun walaupun dah besar tetap bawa makanan dan air minum bila jln2 ,kalau tak buat dia xde mood lah Tapi puasa ok je seharian.
    .

    ReplyDelete
  9. Bercuti ke mana tu BP?
    Larat lagi berjalan mak ngan pak mertua tu ye BP. Tambah bertenaga bila menantu ngan cucu ada bersama hihi....

    Tak pernah naik hop on tu BP... teringinlah pulak nak test, tp bila kedekut tu sampai, mcm sayang pulak dgn harga tiket tu hihi

    ReplyDelete
  10. Kami klu jenjalan paling kurang kena mineral water BP..sbb abg Pae tu kuat minum... takpelah lain kali boleh sedia lebih2 kudapan... :)

    ReplyDelete
  11. samalah dengan yan ..atie yusof...air no 1 kalau bjalan

    ReplyDelete
  12. seronok pusing2 dgn hop on tu ya...
    samalah klau kuar dgn ank2 mesti bawa bekalan..
    tengoklah atuk n neneknya kuat lg tu BP

    ReplyDelete
  13. Alahai kesian faiq..memang tak boleh salahkan dia..lapar ni bukan boleh ditahan2 tau.yg familinjenis oemakan macam kami ni je faham.hehe

    Lain kali klu kemana2 kena bawa sikit bekalan makanan n minuman yg faiq suka.tp bagus juga jadikan pengajaran kan..didik anak sifat sabar

    Amboi fadya pandai awak 5 hinggit takmau..nk duit merah jugak.hehe

    ReplyDelete
  14. time cuti sekolah lah leh main2 ngan atuk n nenek kan

    ReplyDelete
  15. Betullah kak.. dengan anak2 ni kalau berjalan mesti ada air dan kudapan.. seronok ye cuti sekolah dapat jalan2 ngan atuk n nenek diorg..

    ReplyDelete
  16. Hihi. Orang dewasa pun kalau berjalan nak kena ada kudapan, apatah lagi budak kecik kan.. Hihi. Seronoknya berjalan2 musim cuti sekolah ni.. Bahagia dapat luangkan masa dengan keluarga :)

    ReplyDelete