Pages

Pages

April 21, 2016

umur 6 tahun guna kalkulator?

Mamanya yang buat lawak tau tajuk tu, Faiq nak kata suka dengan matematik tak pasti, bibir tak semanis gula masa buat latihan tambah ni. Yang mengajar pun baru belajar mengajar, cuma tahu kira duit ja heee..

Cuba sedaya upaya juga untuk tarik minat Faiq duduk buat latih kerja ni. Sebelum tu ajar ada 9 toys tambah lagi 5, suka la mengiranya. Makin lama dah tak cukup jari. Kalau rakan blogger ada teknik lebih mudah boleh sedekah caranya..saya tak galakkan kira dikertas lain, sebab nanti banyak menulis. Saya buat jari kertas yang di salut plastik seperti gambar di bawah, inilah calculator hehe... Faiq teruja sampai abis satu muka surat juga.

Sebelum tidur, semasa nak ucap selamat malam, Faiq bagitau nak bagitau sesuatu.  Faiq bagitau matematik ni panjang/lama mengira mama, tersentuhnya hati ni, saya memaksa ke, asas je kan..

Saya cakap nanti kita buat perlahan-lahan. Tetapi darab Faiq cakap dia suka sebab hafal, lagi satu cepat sebut sama jugak / equals tu cepat. Buku latihannya bernombor besar juga, jadi asyik ulang mengira nombor nombor tu.......semasa saya draft entri ni, saya tanya Faiq nak baca buku cerita atau nak menulis, tak berani sebut matematik tau. Faiq jawab nak buat matematik. Terkejutnya, minat jugakkan, patutla nak tido pun teringat.  Alhamdulillah

16 comments:

  1. saya guna batang ais krim untuk tambah dan tolak, kadang guna teknik utk tambah yang tak cukup cari misalnya 9+6, minta adam buat begini, 9 didalam otak keluar jari 6, kira selepas 9, 10,11,12,13,14,15..yeay dah dapat hehehe 9+6=15

    ReplyDelete
  2. anak saya time tadika saya guna bahan2 semulajadi ajar maths. kalau guna jari susah nak faham

    ReplyDelete
  3. Kakak dulu ajar anak kakak simpan nombor yang besar dalam mulut. Maksudnya contohnya 22+4, yg 22 tu simpan lepas tu sambung 23, 24, 25, 26. Sambung nombor yg kecik guna jari. Cepat jugalah cara ini BP.

    Apa pun method buat jari tu ok juga - menceriakan:)

    ReplyDelete
  4. saya follow group teacher collectn kat group fb.. mcm sharing menagjar anak yg kreatif.. kalau masa kecil2 sy tahu gini..mesti skrg dah pandai...hahaha

    ReplyDelete
  5. anak2 akak dulu kalau tak cukup jari tangan depa guna jari kaki...hahaha...dah satu hal pulak nangis2 kat sekolah time math sebab kaki dah berkasut tak bole nak guna...T__T bijak Faiq ni tau kecik2 lagi dah bole selesaikan soalan math camtu...

    ReplyDelete
  6. Faiq minat math tu ajar pelan2 ikut minatnya.

    ReplyDelete
  7. Kreatif mama faiq. Saya belum lg ke fasa ini. Kena ceduk ilmu kawan2 sikit2 hihi

    ReplyDelete
  8. kreatif BP..buat jejari as calculator..bila dah minat, susah nk stop..hihi..

    ReplyDelete
  9. BP ni kreatif tau...Akak masa anak kecik2 dulu tak pernah terfikir idea ni.
    Biasanya guru ajar guna batang aiskrim atau lidi satey itulah yang akak ajar dorang kat rumah.

    ReplyDelete
  10. kreatif mamanya buatkan jari tu..
    akak ajar anak nombor besar ingat dalam kepala
    lepas tu guna jari, sambung nombor yg hendak ditambah

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULILLAH....faiq budak cerdik.... bagus kenalkan awal dgn kira2 mcm nie .... due2 otak berjalan gitu...akak pun dayyan baru 5 tahun akak dah ajar math mcm nieh...biar le die kengkang2 jari kire tapi nak latih die suke math.....

    ReplyDelete
  12. bagus ajar budak2 dari kecil kemahiran matematik. math menarik sebab main kira-kira. takdelah boring..cuma yang kelakarnya kalau dengan jari kaki sekali dijadikan bahan untuk pengiraan. hihi.

    ReplyDelete
  13. Akak guna kaedah kakzakie dan KB tu Farah..
    Tapi cara farah tu pun ok juga..
    Anak2 gembira bila belajar..

    ReplyDelete
  14. Lupa dah camne kekdah ngajo anak BP hihi...maklumlah dah belas tahun yg lepas .....
    Tapi budak budak mmg bijak, nak cepat habis, kalkulatorlah penyelesaiannya haha...

    ReplyDelete
  15. Klu dekat sekolah anak sy cikgu ajar pakai batu kot mula2 dulu..pastu penutup botol..sy kt rumah boasanyang ajar pakai jari original.cuma anak yg lebih kecik kena pelbagaikan cara..tak boleh terlalu formal..kaedah belajar sambil bermain sy aplikasikan untuk afia

    ReplyDelete