Pages

Pages

April 20, 2016

minum kopi


Rasa macam nak minum kopi, duduk-duduk tengok luar tingkap cafe di hong kong. Tak pegi ke tempat tourist attraction pun tak pa tapi cuma bersiar-siar di bandarnya, rasa rugi ke? Dah sampai tak ke mana. Yang penting sempat menikmati kapal terbang naik turun di airport di dalam laut tu berbelakangkan bukit, dulu airport hong kong di tengah bandar. Say peminat airport, setiap kali tengok pun duk jakun.

Naik kapal terbang pun dah rasa melawat ke tempat baru sebab suka lihat pramugari kalau KLM/Cathay pramugarinya dibawah ni, tak perlu ambik yang muda pun.

Google
Masuk dalam perut kapal terbang suka tengok pra mugari bilang jumlah penumpang. Lepas tu tunjuk cara penggunaan alat kecemasan.

Yang paling ternanti makanannya dengan pencuci mulut, nanti di tanya nak kopi ke teh, memang tertarik dan akan tertarik lagi suasana di dalam penerbangan. Kat umah ni tak da pula yang tanya tea or coffee kan..

Sampai di sana, kalau ada duit boleh naik taxi, kalau nak bayar dengan credit card pun boleh, ada mesin swap dalam teksi seperti di singapura jugak. Kalau naik ketapi, permandang bandar besar tak nampak hijau sangat. Nampak batu seperti diatas.

Sampai hotel, rehat sekejap, keluar cari makan. Masuk hotel, paling suka lihat permandangan dari screen tingkap. Kalau negara tiada tanah ni, kedudukkan meninggi, permandangan kena la tunduk ke bawah.

Turun minum kopi keesok hari juga merehat kan minda dan fizikal.

Lepak di cafe dalam negara orang ni pun saya mudah nikmati dan rasa teruja. Kadang terfikir yang datang itu salah satu gaya hidup sedang-sedang kosnya.

Bila jalan-jalan cari makan di restoran pakistan ke, singgah la posing di tepi jalan di dalam bandar, tangga yang menjadi trademark di sana, yela semua meninggi ja.

Tiket ke hongkong masa saya beli cuma RM199. dulu-dulu RM1300. Memang  harga sekarang nak pegi balik pun boleh, cuma dengan izinNya juga. SubhanAllah. 



20 comments:

  1. amboi minum kopi sambil tengok luar tingkap cafe di hong kong...dapat merasakan ketenangan tu

    ReplyDelete
  2. Betul tu..lain rasa nikmatnya minum kat tmpt org...dalam pada tuh beranganlah sikit2 BP...

    ReplyDelete
  3. Itulah semakin maju sesebuah negara semakin banyak batu dari pokok-pokok. Pemandangan juga terhad, jadi bila dlm flight kalau ada peluang jenguk bawah nampaklah bezanya.

    Sesekali dpt travel memang best. Kakak sejak anak-anak dah besar makin payah nak travel sebab semua cuti tak sama. Nak pergi berdua aje macam tak tenang pulak minda ni..

    ReplyDelete
  4. Mari saya tanya BP,"Nak kopi atau teh?" :)
    Bestnya pagi2 ni minum kopi sambil tengok pemandangan

    ReplyDelete
  5. seronoknya berada di hongkong ya...suasananya berbeza dgn negara sendiri.

    ReplyDelete
  6. Akak tertarik bila Bp kata pramugari tak perlu yang muda...unik juga perkhidmatan mereka kan.

    ReplyDelete
  7. seronoknye dapat jalan2 luar negara.
    tambah sonok kalo dapat melawat negara yang punye cuaca yang berbea dgn malaysia. teringin jugak. hehehe

    ReplyDelete
  8. kopi atau teh berbeza sebab negara orang. Jangan lupa pergi Disneyland.

    ReplyDelete
  9. murahnya RM199..bestkan dapat minum2 kopi di cafe2 yg cantik..kalau kt rumah, kita yg akan bertanya 'nak kopi or teh'..hihi..

    ReplyDelete
  10. wah bestnya BP, minum kopi sambil menikmati pemandangan hong kong, betul tu kadang dapat berjalan keluar dari rumah sahaja sudah macam satu kenikmatan

    ReplyDelete
  11. Oh, ada beza ek kopi rumah dgn kopi dlm kapal terbang, he he..kopi dlm kapal terbang mahal la kan.

    ReplyDelete
  12. Kaaannnnn? Nampak tak minum Kopi itu paling membahagiakan. Eh? Hihihi. Seronok kan berjalan-jalan. :)

    ReplyDelete
  13. Minum kopi sambil lihat panaorama Hong Kong bertuahnya bdn...nikmat ni

    ReplyDelete
  14. Bestnya BP.....sambil hirup sambil pejam mata menikmati kesedapan kopiii...pergh!!..

    Entah bila nak dapat merasa tah....
    Cheq ni tak rajin nak google google intenet skodeng pakej cuti....tulah manjang terlepas peluang harga tiket murah cenggitu.

    ReplyDelete
  15. beza betol harga tiket dulu dengan sekarang kan...time akak kecik2 dulu penah gak terpikir yg kaptebang tu hanya untuk orang kaya2 je tapi sekarang banyak yg dah berubah...sesape je bole merasai pengalaman menaiki kaptebang...awat comey sangat awek yg pakai baju pink tu :p

    ReplyDelete
  16. Inilah salah satu wishlist sy. Nak duduk minum kopi sambil menikmati suasana mlm di salah satu hotel d nz. InsyaAllah one day

    ReplyDelete
  17. Berjalan ke tempat orang. Luas pandangan luas jugak pengalaman kan

    ReplyDelete
  18. seronok berjalan negara orang...saya pasti tak tinggalkan kopi...hehe

    ReplyDelete