Pages

Pages

April 13, 2016

semangat | sedekah

Bila buat sesuatu yang kita suka mana boleh terlupa nak cerita kan.. mesti la buka rahsia hati apakah yang memberi tenaga hari-hari, salah satu rehat hati ni.. kata Ustazah Dr Nik Salida Suhaila .untuk rehat hati  perlu bergurau.

Emak saya pun suka bergurau kadang tu lawak ulangan ja, contoh lawak yang saya segan nak cerita tu tapi cerita di sini jugak ialah emak selalu beri minuman sejuk seperti 100 plus setiap kali keluar bila balik singgah kedai beli yang sejuk dan hulur je botol minuman tu melalui tingkap kereta kepada pengawal keselamatan kawasan rumah emak, jadi saya pun cakap dengan emak yang saya pun nak beri lah minuman juga..emak cakap tak boleh sebab nanti pak security tak tidoq lena.. sebab saya muda haha.. nak tergelak pula bila ingat..

Berbalik kepada tajuk saya, sentuh sedekah air dan Semangat mengutip syiling sebenarnya, kutip di sekeliling dalam rumah, Alhamdulillah dalam plastik aiskrim malaysia tu ada RM5 dan dapat berbungkus juga tau :)  ingat tak nak cakap lagi tentang ciptaan manusia untuk ditukar dengan ciptaan Tuhan ni seperti makanan dari bumi iaitu bendang, kolam ikan.  Di awal keperluan adalah makanan, lebih sedekah kalau kurang kongsi. 

Bila minta sesuatu mesti ada niat atau matlamat penting, memang la si BP ni nak travel dah rasa bersalah nak travel tak menolong jadi duit yang dapat tu diberi kepada golden rice (beras yang tahan lama) lebih kurang (contoh) seperti Bill Gates beri duitnya kepada makanan ruji di Filipina dipanggil golden rice atau ladang susu sebab matlamat pertama makan dulu :) Itulah kenyataan. InshaAllah, Ameen.

Betul selepas published saya ada post baju untuk sedekah dan diletak di kotak iklan page ni. Itulah saya delete sebab tak pasti bile boleh poskan tetapi blogger AA dah komen jadi memang untuk sedekah dan gambar tu contoh baju untuk diberi. InshaAllah. (T&C untuk stocks, masa & blogs)


13 comments:

  1. lawak la mak BP tu...hahaha, sebenarnya banyak cara untuk kita bersedekahkan, seronok tengok orang yg begitu kreatif dlm bersedekah ni.

    oh baju disebelah tu nak disedekahkan ye? cantik tu

    ReplyDelete
  2. Setuju sesangat...I feel the same way..suka travel.. duit tak seberapa banyak tai kekadang bila jumpa orang yang memerlukan, kita sedekah... tetapi pulak, kekadang bila sedekah pun yang pelik orang tak hargai...

    ReplyDelete
  3. kelakar la emak..sy pun tergelak bab bergurau tak tido lena tu.hehe

    bersedekah ni byk cabangnya kan..Insyaallah bertambah rezeki bila kita bersedekah ni

    ReplyDelete
  4. Idea mak memberi air minuman kepada pak guard perlu dicontohi. Tapi macam mak kata kalau pak guard terpikat sampai tak boleh tidur bahaya tu BP hahaha...

    Sebenarnya banyak hak yg kita ada kena kongsikan kepada yg memerlukan. Itu lebih baik daripada kita sentiasa bergembira tapi ada saudara kita yg bersedih. Semua itu kelak di 'sana' kita akan ditanya juga BP - itu yg kakak takut.

    ReplyDelete
  5. Good idea cara mak BP bersedekah beri air pada guard tu....sekurang2 dapat menghilang lelah dia.Betul lah tu andai BP yg bagi jadi lain pulak nanti.

    ReplyDelete
  6. sedekah pada sesiapa pun, good one

    ReplyDelete
  7. hehehehe.. gelak baca part lawak mak BP tu. hehehe.
    abang guard skrg pon boleh tahan jugak rupernye kan. (berdasarkan guard kat taman opis zura) hahahaha

    Zura pon suka kutip duit syiling atas lantai masa sapu rumah. hasilnye lumayan jugak kan. hehehe tapi Zura trus masuk tabung jer.

    ReplyDelete
  8. Kak Zai selalu jumpa duit kertas dlm seluar hubby bila nak masukkan dlm mesin basuh. Masuk tabung sendiri bila ingat baru bagitau hihi...

    Bagus idea mak BP. Kak Zai pun suka bagi air bila ada orang cuci longkang atau mesin rumput.

    ReplyDelete
  9. Sikit2 bersedekah tapi istiqamah ..bak kata mr os nak bersedekah sng,nak melaksanakan tu yg susah..

    ReplyDelete
  10. Kt tadika saya pun saya dh sediakan tabung, bila jmp duit syiling masukkan je, bila ada keperluan nk guna sikit2 senang je bole amik..
    Lawakla mak you Fair, gurau yg ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  11. Tp betoi jugak kalau BP yg sedekah kt pak guard x tido malam dia dok teringat2 hihihi. The power of sedekah ni memang besarrrrrr sgt :)

    ReplyDelete
  12. uma yaya pon lau dicari uet syiling bnyk tu..
    huhu tp payoh la lau nk cri yg terselit2 kann
    =p

    ReplyDelete
  13. Betullah BP...kat rumah ni pun sama merata duit syiling....yg tukang pungut dah tentulah mak dia huhu....malas tau nak pungut sebenarnya ( dasar pemalas hihi )

    Tp tulah kan sedekah biar sedikit sedikit tp istiqamah...insyallah Allah akan pandang

    ReplyDelete