Pages

Pages

April 12, 2016

bila air yang disediakan tak diminum

Bagi saya kalau rasa semacam ja mesti cari air dulu, sebab emak la yang pesan dari dulu lagi suruh minum air bila ada sesuatu. Kalau kawan berbangsa lain memang sentiasa bawa botol air. Sepatutnya minun air sekerap yang boleh kan..
 
Dengan Faiq, saya bersyukur dia ambil air  sendiri di bawah. Saya perasan memang kerap juga dia turun naik ambil air kosong tanpa ais. Sambil tengok tv atau belum mula buka tv dah ambil air untuk di minum sambil-sambil tu. Fadya ajak main pun dia liat lah nak join sebab dah tahu apa yang di minat di tv. Lagi pun Fadya main candy dalam bakul atau terpurung kelapa tu tak menarik bagi mata Faiq.

Oh tentang minum air tu , Fadya turut sama tetapi ambil air kotak. Yang sebenarnya Fadya dah mula minum air kosong, jika nampak ada air warna dia ambik yang warna dulu.

Jika saya keluar saya akan sedia air, susu, makanan untuk Faiq kerana dia tak nak ikut. Jadi Fadya terpaksalah berkawan dengan teddy bear nya dah abang kat rumah.. Dalam pic tu Fadya cakap dia minum dulu baru teddy bear minum...aiii :)

Biasa bila saya balik dari keluar, saya masuk rumah tengok Faiq dah mandi dan makanan dan minuman abis tetapi kali ini tak di sentuh, hal ini baru jugak jadi walaupun dah lama juga Faiq tak nak ikut bila kami keluar.

Sedihnya perasaan ini, maksudnya anak saya ni dah terlalu asyik nonton tv atau bermain. Macam saya dulu main komputer sampai malam pun tak sedar nak buka lampu. Dari situ saya pesan betul-betul kena peka atau alert dan ingat nak minum air.


Fadya memang cakap dia good girl sebab habiskan air botolnya siap tunjuk lagi, saya tak perasan semua ni, dia nak tunjuk sangat, mungkin di sekolah di ajar minun air sampai abis kut.


Oh ya air bekal Faiq abis, saya check jugak :), Alhamdulillah. Letak juga botol Faiq yang dibeli 3 tahun lepas.. berjasa jugak, kerana yang sebelum ni asyik pecah ja.

18 comments:

  1. ank2 kat umah ni.. klau minum nk dlm esbok saja..air biasa dh kna bebel bru minum hihihi

    ReplyDelete
  2. Bijak faiq kan boleh berdikari bila ditinggalkan.
    Anak akak Iman tu memang kuat minum ,sentiasa je nak ada air...tapi akak tak biasa kan dia dengan air manis.

    ReplyDelete
  3. Kakak pernah dengar satu ceramah motivasi utk anak-anak, salah satu utk buat minda cergas kena minum air masak banyak. Sebab kandungan air H2O itu. Pembekalan oksigen dlm otak sangat penting. Kalau kita perhati org Cina anak mereka mesti bawa air dlm botol yg besar. Itulah yg kakak ikut BP. Sebab itu bila dah dekat University pun anak kakak still tak tinggal air botol besar.

    Tak makan tak apa tapi jgn tak minum.

    ReplyDelete
  4. Budak budak mmg susah nak minum air masak.... nak bagi minum kena paksa. Tapi baguslah Faiq ni, mau dia ambik sendiri air masak.
    Ohhh si Faiq tak suka ikut awak keluar ye BP? Anak anak mak pantang tinggal kat rumah nak mengekor saja huhu

    ReplyDelete
  5. FAIQ N FADYA KUAT MINUM AIR TU...TAPI JGN BIASAKAN AIR MANIS KECUALI TIKA BERSARAPAN..

    ReplyDelete
  6. bagus faiq dan fadya minum air masak sampai habis.

    anak2 dirumah ni minum air masak juga, tapi mesti yang dalam peti sejuk tu, tapi tanpa ais lah, kalau ke sekolah memang dibekalkan air sebotol.

    bagusnya faiq boleh tinggal dirumah, anak dirumah ni memang takkan ditinggalkan mesti mengikut juga

    ReplyDelete
  7. kena selalu pantau kan

    ReplyDelete
  8. Bagus kanak2 suka minum air kosong..comel Fadya..boy bila dh besar mmg kurang minat main games gegirl..

    ReplyDelete
  9. kena ingatkan selalu kalau pasal air kosong ni. anak saya yang sulung paling susah nak suruh. yg adik2 mmg suka air kosong je

    ReplyDelete
  10. Anak2 Zura pulak kena selalu ingatkan. sebab dorang memang suka minum air. cuma bila ralit main dorang x ingat nak minum. bila tanya dah minum air ke belom? masing2 berlari kedapur minum air.

    ReplyDelete
  11. salam..
    xpe.slow2..budak2 kan.kena selalu kita ingatkan..
    tapi minum air kosong la..kalo kerap bg air bwrna mmg itu la dia cari je..kan..huu

    ReplyDelete
  12. bagusnya anak2....yan dulu sekecil diaorang tak suka minum air masak

    ReplyDelete
  13. Bagusnya anak2 kak fai. Dah biasa minum air dari kecil. Kena ajar dorang camtu. Kalau tak, sampai ke besar lah payah nak minum air masak. Air manis ditala dulu.

    ReplyDelete
  14. Ank2 saya pun lebih minum air kosong, utk sarapan je buat air manis.

    Wah, beraninya Faiq tggl kt umh, tinggal dgn siapa? Dgn nenek yea?

    ReplyDelete
  15. Bagusnya nak minum air putih..budak berdua kat rumah ni kena paksa baru nak minum...sabo jela

    ReplyDelete
  16. kebanyakan budak2 jarang sangat nak minum air kosong...dia org suka yg sejuk dan manis2..

    ReplyDelete
  17. sy kt rumah ni memang takde sediakan air manis.sesisi keluarga minum air tapis saja.sy n suami pun minun aor kosong semata.so memang didik anak2 minum air kosong..kt rumah ada sediakan sorg satu botol air.

    klu nk merasa air manis pun bila ada org dtg rumah..makan kt luar or beli air kotak dikedai

    ReplyDelete
  18. Bagus dorang boleh minum air kosong. Biasa budak kalau daj umur baya diorang ni jrang nk sentuh air ksong.

    ReplyDelete