Pages

Pages

March 18, 2016

Rezeki | Zootopia tanpa adik

Baru dapat rezeki dariNya melalui apek paper lama semalam yang lama diusahakan.  Faiq cakap  "it was fun, Alhamdulillah", ada duit untuk bawa Fadya tonton movie Zootopia.

Saya cakap shhh.. takut Fadya dengar, nak jadi cerita saya terbawa Faiq seorang ja tengok movie buat pertama kalinya di panggung wayang minggu lepas. Faiq cakap nak tengok zootopia, kebetulan saya ada kerja berdekatan dengan movie area, saya cakap dengan en hubby. Hubby cakap bawa la, pegi la dengan anak-anak. Saya memang tak pernah buat lagi bersuka ria dengan anak, semua pergi bersama en hubby. Ok lepas jemput Faiq dari sekolah, singgah rumah refreshen up untuk Faiq, salin baju. Kami pergi singgah buat kerja, tengok Faiq lena dalam kereta, rasa macam ada reason nak balik tau. Adoi mama ni nak tengok wayang pun macam nak tak nak. Macam mana ni, kena aktifkan diri, kejut faiq pun bukan nak pegi tengok wayang tetapi sebab nak bayar tiket parking, takut nak tinggal dia dalam kereta. Dah berdiri keluar dari kereta tu baru rasa semangat skit. 

Di surau mall

Terus kami ke surau, baru beli tiket. Singgah ambil gambar kat zootopia ni. Faiq cakap dia nak tonton bukan ambil gambar kat statue je macam kat hello kitty all around malaysia (ya kami pergi sini kerana Fadya minat hello kitty nanti boleh cerita ni)
patutnya Fadya duduk disini

So masa untuk masuk  dalam hall wayang tu nak kata Faiq excited, tak da pun biasa ja cuma  cakap best kalau ada Fadya.

Jalan cerita zootopia ni memang menarik dan membuka minda kerana arnab iaitu haiwan mangsa yang kecil bercita-cita menjadi polis dihalang ramai beranggapan badan yang kecil tidak dapat menjaga keselamatan. Predator iaitu pemangsa ya kena check haiwan seperti harimau, musang tu kira dianggap punca kekacauan di bandar zootopia. Tetapi musang sangat kecewa kerana beliau berikrar menjadi baik tetapi oleh kerana nenek moyang makan haiwan lain menyebabkan beliau juga dipersalahkan dan juga mereka mengeluarkan statement yang musang atau haiwan bertaring ini haiwan ganas kerana ada DNA. Jadi haiwan begini enggan berubah kerana berbuat baik pun kerana tetap ditakuti atau dipercayai oleh haiwan lain. Ok la belakang cerita ni ada la komplot yang trigger keganasan dan yang baik mencari punca. Eee panjangnya lebih baik tonton. Suka la cerita ni, Faiq pun happy asyik ketawa part sloth monyek yang slow tu buat kerja sangat perlahan, nak stamp dokumen pun macam kat atas bulan haha... bila balik asyik cerita dekat papa tapi perlahan-lahan la supaya Fadya tak dengar.  Ok dah nak lunch ni :) bukan tak cukup duit nak bawa Fadya yang disangkakan oleh Faiq, sebab tak pasti movie berphylosophy ni sesuai ke untuk 4 tahun.

Rindu Fadya

11 comments:

  1. Bestnya pergi tengok movie. Tambah lagi movie yang menggalakkan kita ketawa :D

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak bawak anak2 pi tengok wayang. tapi bila pikir si kecik, trus terbantut nak pergi. hehehe

    ReplyDelete
  3. macam menarik ceritanya ni

    ReplyDelete
  4. Cian fadya kena tinggal ye.

    ReplyDelete
  5. Pandainya si Faiq tuu posing~ :D

    ReplyDelete
  6. mcm best cerita ni..baca saja dh tersenyum..

    ReplyDelete
  7. Akak pun br minggu lpas bersonok2 tengok wayang ngan anak2 tp citer boboiboy jer... lpas tengok wayang je ari2 sikecik tu minta akak taipkan boboiboy kat utube tab... aura wayang btoi..

    ReplyDelete
  8. cucu kaknokr mesti suka ni babyP

    ReplyDelete
  9. kalau x sesuai baik jgn bawak

    ReplyDelete
  10. Bagus Faiq pegi mana pun ingt adik dia :)

    Baru teringat ada lagi voucher MBO nak ajak hubby tgk zootapia ni lah.

    ReplyDelete
  11. Hari tu masa gi MV, anak yg bongsu tu mengajak tengok cite ni BP tp kebetulah tiket seat depan jer yg tinggal terus cancel. Alhamdulilah sebab mak bukannya suka pun tengoj cite kartun ni hihi...

    ReplyDelete