Pages

Pages

March 19, 2016

Green Trip | Makan Angin

Amboi tiru life inspired channel dan astro channel ni, simple je pengembaraan mereka. Singgah di manapun berborak dengan local people. Ada kawan saya pun ambik foto dengan cashier, waitress. Saya baru cuba tegur juga dengan penduduk di tempat yang saya lawati. Di Gerai jualan, saya bertanya kakak duduk di mana, beliau jawab berdekatan sini ja, pisang goreng baru ke ni, tak baru sangat beliau beritahu..saya sambung lagi sedap nampak buah pelam tu dan buah jambu tu, kuning elok ja pelam, beliau mesra saja bagitau pelam di celup warna bagi menarik.

Saya ambik air tin saja untuk menolong dulu. Saya dapat agak bua-buahan sekarang ni di letak ubat penahan sebab saya tengok buah epal tak hitam-hitam, ni dah lama sebab masa Faiq kecik, cuma makan epal ja, terjumpa epal yang dipotong tetapi was-was, sekarang teringat buah epal tu. Sekarang dah makan pisang. Fadya makan semua buah, pisang ambil sampai dua :)

Semasa berkenalan dengan seorang yang menolong jaga Fadya, beliau juga singgah beli ubat tahan untuk masakan pengusaha kecil-kecilan.

En hubby cakap quantiti yang skit tidak memberi efek, tetapi semasa bershopping di pasaraya saya nak beli susu dalam kotak  amoi tu cakap beli yang boleh bancuh la sebab ada ubat tahan dalam minuman dalam kotak, minuman tahan di sini orang yang minum pegi dulu, aii seram dengar. En suami kata susu pasturised tak letak ubat tahan mungkin yang berperisa tu ada coklat itu mungkin ada. 

Green trip yang creepy pulakkan saya cerita ni. Bersederhanalah dalam permakanan. InshaAllah.


11 comments:

  1. Menakutkan sekarang ni, nak membeli buah pun risau juga, nak tanam sendiri tanah pulak tak ada

    ReplyDelete
  2. aduh mcm serem je nk mkn buah skrg ni kan, elok nya mkn yg buahan local je kot maybe lebih selamat ye dak

    ReplyDelete
  3. Bahaya...tapi searang ni kalau diperhatikan buah buahan lebih tahan lama..

    ReplyDelete
  4. baru tahu minuman segara agak bahaya..kelakar..org yg minum p dulu

    ReplyDelete
  5. Tak kira mknan apa semua dh ada ubat bg tahan lama, tk tau apa yg selamat dimakan.

    ReplyDelete
  6. Baru tahu minuman kotak berbahaya. Selalu jugak beli sebab lagi senang. Huhu. Sekarang agak seram jugak nak beli buah. Nampak menarik warna tapi tuelah takut direndam dulu. Terutama pisang. Nampak segar sangat je pulak skrg.

    ReplyDelete
  7. bahan tahan tu memang sikit tapi klu selalu mkn , terkesan juga . ... bab kat buah tu , my anak buah yg malas nak kupas kulit apple , sesaja je gerak2n pisau kat kulit apple . hasilnya , ada lilin yang tertanggal dari kulit apple ... so , klu nak mkn buah import , kena buang kulitnya lah ...

    ReplyDelete
  8. seram kan sekarang ni kalau kite teliti betol2 semua pon cam ada rasa tak selamat....kawan sekolah akak hari meninggal sakit kenser perut :'(

    ReplyDelete
  9. menakutkan pula kan..bila mcm ni..kena more hati2

    ReplyDelete
  10. Ayerkkkk seram pulak dengarnya. Mcm kes donut dekat indon pernah tengok dalam video. Jadi donut lilin(gorg dgn lilin) sebab nak bagi tahan lama

    ReplyDelete
  11. Tuah kan BP ....kekadang tu taunya kita benda tu letak pengawet ke apa, tp kita ni tetap jugak beli, padahal kita ada hak utk memilih....beli atau pun tidak huhu....

    ReplyDelete