Pages

Pages

February 19, 2016

Faiq Pemenang membaca poem |Winner Poem Recitation Kindy

Hari ibu tahun lepas saya dapat panggilan dari Teacher Faiq, terkejut juga terima panggilan pada hari cuti hari Ahad rasanya. Teacher kelas Faiq mengucap selamat hari ibu dan tahniah kerana Faiq terpilih dalam pertandingan membaca poem semperna hari ibu. Saya masa tu macam blur blur je kan sebab saya mendoakan Faiq ni senang pergi sekolah macam tu ja dan mengharapkan dia menimba ilmu agama dan balik membaca surah-surah sudah rasa bersyukur. Kira bulan hari ibu tu Faiq baru masuk 5 tahun. Penghafalan Faiq dengan surah-surah Alhandulillah tetapi saya ni asyik bagitau teacher hasrat saya untuk Faiq masuk sekolah Agama walaupun agak jauh dari rumah. 

Saya berterima kasih kepada teacher Faiq atas ucapan beliau kepada saya dan membawa berita baik Faiq terpilih. Saya teruja memberitahu en hubby tentang hal itu. Saya tidak terfikir apa pun, en hubby cakap hendak beli baju untuk Faiq kerana seluar kebanyakkan sudah senteng.

Selepas hari pertandingan itu, Teacher bagitau la pemenang iaitu Faiq mendapat tempat ke 3 dari 7 peserta. Teacher cakap juri serba salah hendak membuat keputusan kerana pertuturan Faiq bagus dan berbahasa inggeris  penuh yakin tetapi tiada langsung gaya atau body language. Jadi pemenang number 1 dan 2 jatuh kepada peserta perempuan kerana permakaian mereka dan gerak badan mereka. Betul juga saya pun tak terfikir begitu pun. Tak mengajar pula Faiq untuk lakukan apa pun. Biasa saja hari pertandingan tu cuma berdoa dan ucapan selamat berjaya.


Tentang entri ni pun saya tak terasa nak post, tetapi jika bersyukur  patut tunjuk penghargaan buat catatan kerana hampir lupa tentang hasil berdoa ni. dan kadang tu bila kegembiraan yang dikecapi tu ingin di simpan dalam hati ja. Oleh kerana ingin ingatkan Faiq dan diri tentang ini yang kami hargai kebolehannya. Hadiahnya juga tak tahu di mana sebab Fadya mahu simpan biasanya.nak juga post nanti. Dan video pertandingan itu di whatsapp.

Faiq juga menang tempat ke 2 untuk solat camp yang saya hantar musim cuti. InshaAllah nak post juga dan akan mendoakan Faiq menjadi Faiq seperti namanya dunia akhirat. Ahamdulillah

8 comments:

  1. alhamdulillah...berkat doa seorang ibu kan, inshaAllah pasti faiq berjaya seperti yang diharapkan ibunya.

    tahniah untuk faiq kerana berjaya mendapat tempat ke-3, tak apa ceritakan diblog sebagai penghargaan untuk anak-anak, pasti mereka seronok membaca tentang mereka yang ditulis oleh ibu mereka suatu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, elok lah dicoret di blog, utk kenang-kenangan...moga Faiq terus cemerlang dunia akhirat..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... tahniah dari kakak!
    Inilah hasil dari didikan parent sebenarnya walaupun BP tidak sedar. Faiq masih mentah lagi tapi bila melihat hasil yg diterap sedikit sebanyak sudah dpt dilihat perlahan-lahan.

    Congratulation Faiq!

    ReplyDelete
  4. Faiq anak cerdek BP ,InsyaAllah akan terus menyusul kejayaan2 seterusnya kelak....tahniah Faiq

    ReplyDelete
  5. tahniah faiq..mesti ibu bangga kan?

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH FAIQ...XBERAPA BERSEDIA DGN LENGGOK GAYA PUN MENANG JUGA...BERBAKAT TU...

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk BP dan Faiq...tumpang happy untuk Faiq..
    In Sha Allah ..Faiq akan terus maju lagi di masa mendatang..sebagai ibu,bila dengar anak2 baca/hafal surah2 pon dah rasa seronok..inikan pula jadi pemenang..:)

    ReplyDelete