Selepas hantar anak² ke sekolah, terfikir tentang makanan Tinggi protin, lihat peti sejuk ada Ayam chicken chop tu. Nak goreng macam tak nak guna minyak banyak, so jadilah Ayam panggang atas pan. Juga masak Bolognese To go pada petangnya
Semasa di jalanraya, sempat ambil gambar bas Dua tingkat, teruja ja walau dah lihat beribu Kali. Belum pernah naik lagi, tapi pernah naik di singapura Dan Penang yang bas hop on tu.
Masak Ayam yang mudah ja, marinate dengan lada hitam, garam, herba itali, minyak zaitun.
Di atas pan, letak sesudu minyak Dan sesudu marjerin. Letak ayam masa pan tak panas lagi. Biar 15 minit, alih, 15 minit kut lagi alih, pastu angkat
Untuk kuah pulak masukkan black pepper life, guna minyak Ayam tadi, bawang merah sebab tak da bawanghollah,masuk bawang putih, hiris besar sebab buat makanan side jugak, tomato ceri, susu, tepung untuk pekat kan tu saya letak tepung bestari, naik seri naik rasa la, macam magic sedap dia.
Lepas ambil adik, terus ke pasaraya, nak beli cat food je pun hehe, beli juga telur, dried yogurt, sebelum tu beli Pisang tepi jalan, buah laici, buah naga. Itu je, tak da gambar pulak, Telefon buat Hal.
Moga semua dipermudahkan urusan dan bahagia selalu. Aameen.

No comments:
Post a Comment