Pages

Pages

July 5, 2024

Piranha in Aquaria

Piranha di Aquaria  


                  Ocean Trip video 


We're delighted with brother and his friend's plan and told our kids about it. On the day, we dressed up for the fun day in Aquaria KLCC. 


Woke up early, was a bit skeptical coz brother who just came back from the states, earlier hesitates as he came to knew it was school holiday week here in Malaysia. 


Luck was our side, get ready, and drove to pick them up. Arrived there early.


Tips to feel easy at this tourist attraction. 


    1. Go as early as possible

    2. Parking conveniently at KLCC

    3. Walk through the tunnel to Aquaria

    4. Fill the tummy first as can't eat inside

    5. Bring IC or passport. 

    6. Tiket price varies RM52 ++


We were intriqued with the Piranhas that welcomed us. Yes, it was placed at the entrance. 


Pira means fish, sainha mean tooth. But saw like canine, all of it. Also meaning is biting fish, that's the thrill of predatory omnivor. Which mean they eat plant based and meat. 


Piranhas are known aggresively to tear apart human body  in seconds. Yeah! in seconds, believe it or not 😨, we saw it live and many, not checking the strength of the aquarium that protect us. Careless, yet trusting the Aquaria authorities on that. 


Another creature was the lobster, right after the piranha on the right.


This creature has smart brain I heard, and check it out it is true, it is a smart animal with feelings, carry their young 9 months, and has blue blood like spider. 


Amazing trip we had, we very much love and thanks to brother and his friend. We'll do more :)) and yet more fish to explore..  


Admidst walking out, we saw Kenny Rogers restaurant, we had roasted chicken for lunch. 


Peace and joy to you. Give gratitude always ❤️




Kami teruja dengan rencana adik dan kawannya untuk bawa anak² ke Aquaria. Tiba hari yang dijanjikan kami bersiap untuk keriangan di Aquaria KLCC. 


Bangun awal, tapi rasa skeptikal sikit sebab adik yang balik bercuti dari USA mengeluh awalnya sebab baru tahu yang minggu tu minggu cuti sekolah di sini. 


Nasib menyebelahi kami, Bersiap siap, dan pandu terus ambil mereka. Sampai awal pagi kami di sana. 


Tip nak rasa selesa di tempat tumpuan pelancong ini. 


1 Pergi seawal mungkin

2 Letak kereta di KLCC

3 menapak melalui terowong ke Aquaria

4 Isi perut dulu, kerana tidak dibenarkan makan di dalam

5 Bawa I/C atau passport

6 Harga tiket anggaran RM52 ++


Kami terlalu terpersona dengan Piranha yang menyambut kami. Ya, tangkinya berada di depan pintu masuk. Bergambar, berborak sesambil lihat mulut ikan bergerak. 


Pira bermaksud ikan manakala nha tu dari bahasa Tupi bermaksud gigi. Tapi taring kesemuanya yang saya perasan hehe.. Juga ia bermaksud ikan mengigit, itulah yang mengujakan, pemangsa yang omnivor, makan berasas tumbuhan dan daging.


Juga ia terkenal dengan mengoyak daging dalam beberapa saat ja, percaya atau tidak 😨. Dah lihat dekat hidup², tanpa periksa cermin aquarium tu kuat ke tak, lalainya kan. Tapi yakin dengan pihak Aquaria lebih arif. 


Makhluk didepan kanan tu udang galah. 


Makhluk yang bijak dan berperasaan saya dengar, dah check tadi betul, ia juga membawa telur selama 9 bulan dan berdarah biru macam labah-labah. 


Menakjubkan lawatan kami, berbanyak terima kasih dan sayang buat adik dan kawan. Kami suka :)) dan ada lagi ikan nak di kaji nanti...


Keluar dari Aquaria, ternampak restoran Kenny Roger, kami pun pekena ayam panggang untuk makan tengahari. 


Tenang  &  bersyukur selalu ❤️







July 3, 2024

Shrimp Tumeric Coconut Gravy Budget Recipe

Masak Lemak Udang Budget | | Shrimp Tumeric Coconut Gravy Budget Recipe 


                   Mini cooking video


It takes determination to have dishes on the table, persistent and sincere for it to appear :) 


🦐6 shrimps

3 onions*

3 garlics*

1 lemon grass*

2 tb minyak*

1 pack of brahim's  Coconut tumeric paste (if prefer making it, the recipe is below) 

1 cup of water


Method

🍳Heat up cooking oil, sautee the starred ingredients til aroma spreads

Add Ibrahim Paste (or make it from scratch, 1 inch tumeric, 1inch ginger, 1 onion, 3-5 chillies, 1 tb anchovies (blend all, add tamarind during cooking) 

1 box of coconut milk but I use water (saving option) 

Lastly add shrimps, let em cook slight (miss foodcourt style) 


This dish, I served with okra dried shrimps which I put on the rice, got ginger chicken as one of us still eats water pale gravy. Fried tofu, all this for breaking the fast. The appearance of dates are the indication 😅


Happy greetings, always give gratitude to yourself the pure and clean you, importantly you have yourself❤️



Dengan ada semangat untuk menghidangkan makanan atas meja, penuh kegigihan dan keikhlasan  untuk ia menjelma :)


Udang Masak Lemak


🦐6 ekor udang

3 bawang besar*

3 bawang putih*

1 batang serai*

2 sb minyak*

Sepeket pes masak lemak jenama Brahim's (untuk buat pes sendiri, resepi di bawah) 

Secawan air


🍳Cara²nya

Panaskan minyak, tumis bahan bertanda bintang hingga beraroma

Masukkan pes masak lemak (atau buat sendiri seinci kunyit hidup, seinci halia, sebiji bawang, 3-5 biji cili, 1 sb ikan bilis, semua di kisar tambah 1 asam keping semasa menumis) 

Sekotak santan (dikacau untuk elak pecah minyak) tapi pes brahim saya cuma tambah air ( option jimat) 

Akhir sekali udang, biar ala2 masak. (rindu gaya foodcourt)


Hidangan ini dipadankan dengan bendi tumis udang kering yg terus letak atas nasi, ada ayam halia juga kerana seorang tu makan putih² lagi. Tauhu goreng ada juga, semua ni untuk berbuka sebab ada buah kurma sebagai indikasinya.😅 


Salam bahagia, sentiasa bersyukur dengan diri yang tulen dan bersih, yang penting ada diri ini❤️

July 2, 2024

Dendeng Chicken | Ayam Dendeng

Ayam dendeng | Cumin Chicken


Never in my mind to have a menu planning. Since I am in control of time, I had to plan a meal that lasts, good to freeze, chill to heat. 

                         Simple Video


I guess cumin dendeng chicken was the start. 


Cumin Dendeng Chicken


7 ingredients

🌿Chicken 1kg

🌿10 red Onions *

🌿3 Garlics *

🌿1 tbsp Palm sugar *

🌿10 Chilies but Substitute  with 🌿1 red Capsicum *

🌿1 tbsp Cumins or Kurma Powder*

🌿Pinch of Salt


Method

🌸Slice chicken slightly thin

🌸Fry the sliced chicken, toss and put aside

🌸Blend the star items

🌸Heat 3 tbsp oil

🌸And sautee the blended ingredients til nice aroma

🌸Add cooked chicken, stir well. Ready to serve. 


Happy and success always, may we give gratitute with every breath we take ❤️





Tak pernah la pula saya nak merancang menu harian. Sejak saya mengawal masa, saya pertimbangkan masakan yang tahan lama, baik untuk bekukan, dan perhangat bila sejuk.

Agaknya ayam dendeng saya mulakan dulu. 

Ayam Dendeng

7 bahan

🌿Ayam 1kg

🌿10 bawang merah*

🌿3 bawang putih*

🌿1 sb gula merah*

🌿10 cili tapi saya letak sebiji capsicum merah*

🌿1 sb serbuk kurma atau jintan putih*

🌿Secubit garam


Cara-caranya

🌸Hiris ayam agak nipis

🌸Goreng hirisan ayam, angkat  serta tapis dan letak tepi. 

🌸Kisar bahan berbintang. 

🌸Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

🌸Masukkan ayam digoreng tadi, gaul rata. 

Sedia untuk dihidang. 

Bahagia dan berjaya selalu, moga kita bersyukur dengan setiap helaan nafas ❤️


July 1, 2024

Butter Cake & Banana Fritters

Kek Mentega &  Cucur Kodok


            Making and cooking video


As said cotttage life practice, one of it is, make homemade meal. So I baked a basic cake from scratch.


Basic Butter Cake


1 cup of sugar 

1 cup planta (out of butter) 😅

1 cup flour

1 tsp baking powder

3 eggs

1 tsp vanilla essence


1.🌱 Mix sugar with butter til pale. 

2.🌱 Add egg one by one, mix it well

3.🌱Then add vanilla essence.

4.🌱 Add  flour 

5.🌱 baking Powder 

🌸 Mix till fluffy 

🌸 Pour it in the tray

🌸 Bake at 180°C for 35 minutes


By right, I should add frozen banana for flavouring, but on second thought, I made banana fritter instead :)


Happy greetings ❤️



Macam yang diperkatakan selalu, amalan kehidupan desa nyaman, di antara adalah, buat masakan sendiri. Jadi saya pun bakar kek dari mula. 


5 bahan Kek Mentega ringkas:


1 cawan gula

1 cawan planta (tiada mentega) 

1 sk serbuk penaik

3 butir telur

1 sk esen vanila


1.🌱Putar gula dan mentega sehingga putih

2.🌱Masuk telur, satu demi satu, campur sebati

3.🌱 Kemudian masuk esen vanila

4.🌱 Masuk tepung

5.🌱 Masuk serbuk penaik


🌸 Putar hingga gebu

🌸 Tuang dalam loyang

🌸 Bakar pada suhu 180°C untuk 35 minit


Sepatutnya saya masukkan pisang sejuk beku sebagai perisa, tetapi fikiran kedua, saya buat cucur kodok :)  


Salam bahagia ❤️