Pages

Pages

August 27, 2021

Homemade Chicken Floss on Toast | Serunding atas roti bakar

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and  one minute video below :) 

Potongan sengaja dipilih bahagia hijau


Serunding buat sendiri di pagi hari


I come back with toast again, at one time in my life, my dad said if I wanted to get married, I must be an active and energetic girl, otherwise I will not be a married material.  I tried to understand myself. My tastebud and food tolerance is not as fussy and this has helped me going on forward. Love life has led me to be a better person. 

As I woke up, I never think about what to eat till I reach the kitchen. As a routine, I usually take out butter and jam but I never did this anymore. I rather  make a plain toast, nothing on it at all as to save my tummy with other alluring sweetness maybe in the afternoon or evening. Sometime none of sweet come along. That'll be my lucky day. 

I grab two slices of bread, ands saw an avocado that I've purchased when there was an offer. It was hard and green when I bought it but now it's kind of oxidized a bit as the side is brownish, so I cut it round and place the green side which looks more tempting than brown hehe.. 

After the avocado slices laid nicely on the bread, I sprinkled the chicken floss on top of it. 

That made me feel as if in a cafe and resto ambience'. Feel like being served the toast to me. 

The taste of floss with the good avocado fat in the toast was amazing and tasteful. 

Happy Friday❤️


Saya datang lagi dengan roti bakar. Dalam hidup saya, pernah bapa saya berpesan jika ingin berkahwin, kena ingat perkahwinan ini memerlukan kerajinan dan tenaga, jika tidak, kira kurang sesuailah untuk alam bernikah ini. 

Saya cuba memahami diri. Citarasa yang tidak mengira dan mampu bertoleransi juga dengan apa-apa makanan menolong saya meneruskan kehidupan. Alam percintaan juga mendidik diri menjadi lebih baik hari demi hari.

Selepas bangun tidur, tak pernah berfikir nak menyediakan apa sampailah masuk ke dapur.

Kebiasaannya saya membuka peti sejuk sebagai rutin, tetapi kini saya tak keluarkan jem atau mentega sekarang ni.

Saya cuba makan roti cicah kopi atau roti kosong jika tidak ada yang tak manis untuk dimakan bersama. Saya sengaja tak makan manis jem hanya untuk makan manis yang lain yang mungkin menjelma tengahari atau petang nanti hehe.. Jika tidak ada yang manis pada hari itu, eloklah diet saya. 

Saya masuk ke dapur pagi semalam, saya ternampak avocado yang dibeli pada tawaran harga rendah sudah berada di bakul buah tu.

Bila dipotong, saya nampak avocado tu sudah mula pengoksidaan, berwarna perang di tepi. Masa baru beli tu hijau keras lagi. Jadi, saya letak bahagian hijau supaya nampak dari atas, lebih menyelerakan kann...

Setelah avocado di susun rapat beberapa potongan, ditabur pula serunding yang saya buat sendiri pada hari sebelumnya. Lazatnya tak terkata, rasa macam makan kat cafe pula, lemak mewah kut yang memberi aura tu. Tiba terasa dilayan dan disajikan pula. Alhamdulillah. Berbaloi buat serunding sendiri, kenyang makan pagi-pagi. 

Salam Jumaat ❤️


9 comments:

  1. Ya. Saya selalu kagum.wanita sudah berkahwin sebab banyak tenaga memasak, bekerja atau tidak bekerja buat kerja rumah pagi ke malam.
    Harap ada tenaga begitu juga.
    Hehe alhamdulillah buat sarapan roti setaraf kafe.

    ReplyDelete
  2. Sedap! Avocado memang sedap sebab rasa lemaknya sangat best! 👍😋

    ReplyDelete
  3. Dah berkahwin memang kena rajin dan kena sentiasa kuat bertenaga nak buat segala tugas kat rumah. Rare hidangan akak. Kalau avocado saya suka buat jus je :)

    ReplyDelete
  4. Ada hari kita nak makan manis dan ada hari nak makan savoury pulak. Ikut selera

    ReplyDelete
  5. I like meat floss but have not tried it with avocado.

    ReplyDelete
  6. Buah avocado memang menyihatkan. Saya suka tambahkan dalam hidangan salad. Makan dengan kruton. Sedapnya...!

    ReplyDelete
  7. Tiba-tiba jadi teringin hendak makan jus avokado. Roti bakar tu nampak menyelerakan yummeh!

    ReplyDelete