Pages

Pages

August 3, 2021

Aglio Olio | Makaroni goreng ala Itali

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Makaroni mudah dengan cili kering


Sempat videokan cabut daun-daun tepi tingkap buat hiasan dan buat ulam juga



Stepped into the kitchen, wash hand hold the utensil, the voices asked that she wanted macaroni & cheese, another one asked for bolognese with macaroni, not the usual with spaghetti; Eventhough the taste of pasta are the same yet their shape differentiated. 


Take out a packed macaroni, first bring to boil from theres varieties come to appear clear. As for us we made do the macaroni with spices olio, garlics, italian herbs and spices with bit of prawns. Earlier on we cooked bolognese sauce, always do it from scratch. We cut carrots, onion, garlics, tomatoes, italian herbs and spices, basils. And add minced chicken. We are glad when we did this as abang loved it but didnt realised it that what he ate was totally vege plus protein. 


Happy greetings❤️


Langkah masuk ke dapur, basuh tangan, pegang alat-alat dapur, kedengaran suara-suara yang mahukan keju makaroni, suara lain pula nakkan makaroni kuah tomato bolognese, biasa bolgnese dengan spegeti yang macam mi tu tapi dia nak mi berbentuk siku walaupun rasa pasta sama, rupa sahaja yang beza.


Keluarkan juga sebungkus makaroni dan rebus dulu, dari situ boleh la dipelbagaikan dan apa tukang masak nak makan sebenarnya akan terbongkar hehe..ya tumis, garlic dengan cili kering (chillie flakes), herba macam basil, oregano, rosemary, lada hitam thyme semua tu letak termasuk skit udang. Untuk kuah bolognese tu memang dimasak dari tumis berbagai rencah asal daging ayam kisar, tomato dipotong dadu, bawang besar atau holland dadukan juga, bawang putih, rempah ratus itali, basil, oregano, tak letak pun sedap. Macamanapun suka la si abang suka makan bolognese tapi dia tak perasan sos tomato tu jus sayuran. 


Salam bahagia ❤️




12 comments:

  1. Yang penting anak anak suka makan, selera kita boleh apa aje kan BP...Tak pandai biat Olio spageti, mungkin sebab kurang bahan kot jadi tak sedap...

    ReplyDelete
  2. Masing masing selera berbeza. Masakan pasta yang mudah. Saya suka dua dua jenis yang akak masak ni :)

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka buat bolognese. Buat stok kuah banyak-banyak. Kemudian apabila hendak makan baru rebus spagheti atau pasta.
    Bagus Abang makan sayur tomoto yang dijadikan sos.

    ReplyDelete
  4. Hmm anak-anak di rumah pun suka macaroni

    ReplyDelete
  5. Bisalah akak ni buat makanan enak. Sederhana yg oenting semua suka.

    ReplyDelete
  6. kwn sy selalu ckp kalu mkn macaroni ni mcm mkn tiub basikal...ggrrmmm geram je sy dgr

    ReplyDelete
  7. suka jugak buat sos bolognaise sendiri. Provided ada tomato yang banyak. lepas ni bolehla try buat pasta sendiri pulak. renyah tapi budak-budak suka

    ReplyDelete
  8. Dulu2 wak tenguk makaroni ni sebijik macam getah nat tiub basikal
    (orang panggil getah cacing)

    ReplyDelete
  9. Wah! Berselera si abang makan ye sampai tak terfikir sos tomato itu pun sayur juga! Hidangan berkhasiat dan menyihatkan untuk seisi keluarga!

    ReplyDelete
  10. feveret ni , even kalau tak lalu nak makan nasi , ini la makanan sampingan ccl

    ReplyDelete
  11. Bagus sisipkan tomato kuah versi sayuran. Jadi si anak makan tetap berkhasiat. Bijak!

    ReplyDelete
  12. lama la plak tak buat makanan unsur spageti & makaroni.
    dok buat makanan melayu aje pkp 3.0.
    mood masak seolah2 gone. time pkp 1.0 ari tu, abis segala resepi dok try.
    western food ni mudah nak sorok sayur.
    like lasagna. aida buh sayur dlm tu, anak2 makan licin. termasuklah terung.
    kalau ditayang terung tu depan mata, hmmmmm tak dimakannya.

    ReplyDelete