Pages
▼
Pages
▼
July 8, 2020
Pokok penapis air
Biasa tertarik kepada tanaman air kerana kehijauannya. Tidak menternak tetapi bercambah dengan sekelip mata, daun berkelopak seperti bunga berubah menjadi bunga yang leper. Makin nipis dimakan air, relai akhirnya berganti pokok kecil-kecil.
Juga menarik perhatian makhluk yang berterbangan singgah untuk membiak pula. Si perenang di dalam kolam menjadi penghalang, mini sistem eko yang senang diterangkan untuk anak-anak. Masa si adik abang kecil menunjuk simpati, jika anak ikan dibawa balik tanpa ibu, minta cari ibu ikan la. bila makhluk lain tak dapat menumpang buat rumah (serangga belang hitam putih), mereka sedih. Comel bila ingat.
Berbalik kepada sekolam kehidupan - sejuk permandangan dengan setimba atau sekole berisi ikan-ikan guppy dan ikan sword.
Airnya sangat jernih dengan adanya dua pokok keladi bunting. Nasib pokok-pokok ini tidak mengeringkan air. Sebelum ini bila balik raya, air hampir kering dengan pokok teratai di dalamnya. Algae juga menjelma.
❤