Pages

Pages

July 1, 2020

Kek carrots Ala roti tanpa mixer


Resepi mudah tanpa mixer melancarkan pengemasan dapur. Kurang membasuh, cepat ja duduk menikmati, dulu di cafe, sekarang Kat umah. Yang penting makan catu2 na.

Bahan kering
2 cawan oats
1 cawan tepung
1 cawan carrots dikisar kasar
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan raisins
1 sb baking powder
1 sb baking soda
1/2 st serbuk kayu Manis
1/4 st garam

Bahan cecair
3/4 susu
2 telur
1/4 cawan minyak atau minyak zaitun
1 st vanilla

Satukan semua bahan kering, juga bahan cecair dituang ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga Sebati. Masukkan adunan dalam loyang separuh penuh. Bakar selama 40-50min ,dalam suhu 180°C. Cuba cucuk juga untuk memastikan Kek masak di tengah.

Sepotong Kek ini sangat mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan. Mengurangkan kolestrol, manakala serat oats membersih dalaman "detoks". InshaAllah.
Selamat mencuba.



adik bancuh tungkus lumus kerana suka slime je tu😊

Salam💖

https://baby-pose.blogspot.Com