Pages

Pages

April 21, 2016

umur 6 tahun guna kalkulator?

Mamanya yang buat lawak tau tajuk tu, Faiq nak kata suka dengan matematik tak pasti, bibir tak semanis gula masa buat latihan tambah ni. Yang mengajar pun baru belajar mengajar, cuma tahu kira duit ja heee..

Cuba sedaya upaya juga untuk tarik minat Faiq duduk buat latih kerja ni. Sebelum tu ajar ada 9 toys tambah lagi 5, suka la mengiranya. Makin lama dah tak cukup jari. Kalau rakan blogger ada teknik lebih mudah boleh sedekah caranya..saya tak galakkan kira dikertas lain, sebab nanti banyak menulis. Saya buat jari kertas yang di salut plastik seperti gambar di bawah, inilah calculator hehe... Faiq teruja sampai abis satu muka surat juga.

Sebelum tidur, semasa nak ucap selamat malam, Faiq bagitau nak bagitau sesuatu.  Faiq bagitau matematik ni panjang/lama mengira mama, tersentuhnya hati ni, saya memaksa ke, asas je kan..

Saya cakap nanti kita buat perlahan-lahan. Tetapi darab Faiq cakap dia suka sebab hafal, lagi satu cepat sebut sama jugak / equals tu cepat. Buku latihannya bernombor besar juga, jadi asyik ulang mengira nombor nombor tu.......semasa saya draft entri ni, saya tanya Faiq nak baca buku cerita atau nak menulis, tak berani sebut matematik tau. Faiq jawab nak buat matematik. Terkejutnya, minat jugakkan, patutla nak tido pun teringat.  Alhamdulillah