Pages

Pages

January 31, 2016

Persiapan hari lahir | Preps for Birthday

Hari yang terik, pukul 12:45 tengahari begitu, kami menjemput Fadya dari sekolah. Masuknya anak saya di dalam kereta, suaranya berbunyi ingin kek besar dan fire (api). Saya tahu dari gambar whatsapp group sekolah, hari tersebut memang ada sambutan hari jadi (stimulasi kemahuannya) yang di buat persendirian dari ibu bapa murid di sekolah.

Fadya 3 tahun di BSC, 2015
Jadi saya faham apa yang Fadya mahu itu. Saya berbual dengannya tentang kek, goodies tetapi dia asyik mentioned candles lilin untuk ditiupnya sendiri. Dalam fikiran saya, siapalah yang mencipta lilin atas kek ini sangat di minati Fadya. Budaya sekolah Fadya memang ada menyambut hari jadi.

di belanja oleh aunty tersayang
Untuk Faiq, saya sendiri pula ingin membuat kenduri cupcake untuk kawan-kawannya. Rancangnya akan bertanya dengan teacher Faiq dulu. Yang pasti tiada meraikan si pemberi kenduri itu, bersyukur kepadaNya sudah cukup. Biar senyap, lebih baik. Faiq cakap dia tak suka cupcakes, dia lebih suka beri yogurt dekat kawannya, risau mama basi ditengah jalan nanti.

ada 3 jenis ja, strawberry corn, choc rice, jelly pilihan Fadya, hari ini Fadya beli kacang mcm cap ibu jari tu untuk diisinya dalam goody bag :)
Semalam dah mula buat sedikit goodies untuk Fadya, yang ringkas, asalkan ada. InshaAllah.

*Saya juga sedang membaca buku "Behaviour Psychology".

tujuan berblog | purpose of bloggin

Assalamualaikum wbt, baru selesai melayan sarapan anak-anak. Saya terlantar di atas kerusi panjang ni kerana en suami sedang memperbaiki extension cod sambil berbual dengan beliau. Saya buka phone nak berblog, sambil mengeluarkan suara "kenapa saya berblog, en suami sambut dengan berkata kena ada banyak sebab. Saya sambung berblog ni sekurangnya untuk mengimbaskan nanti situasi atau ayat-ayat anak anak. Semalam Faiq nak mandi cepat selepas sekolah kerana mainannya sedang menunggu untuk bermain dengannya, Faiq mengadu. Itu perspektif dari minda kanak-kanak. Simpan dalam blog meringankan minda juga.

Ada juga sekali tu Faiq jumpa duit syiling bertaburan atas meja saya dan meminta duit tu sambil bertanya "duit mama kan ni". Saya jawab ye, terus Faiq berkata "kenapa tak simpan elok-elok, duit tu, dah lama kat atas meja". Dia cakap dalam english.

Sekarang ni budak bermain tak jauh dari tempat saya berada, di ruang tamu. Itu lah mama di pagi hari ahad, merehatkan selepas menyediakan dan memikirkan apa pula untuk di letakkan di atas meja.