Pages

Pages

January 31, 2016

tujuan berblog | purpose of bloggin

Assalamualaikum wbt, baru selesai melayan sarapan anak-anak. Saya terlantar di atas kerusi panjang ni kerana en suami sedang memperbaiki extension cod sambil berbual dengan beliau. Saya buka phone nak berblog, sambil mengeluarkan suara "kenapa saya berblog, en suami sambut dengan berkata kena ada banyak sebab. Saya sambung berblog ni sekurangnya untuk mengimbaskan nanti situasi atau ayat-ayat anak anak. Semalam Faiq nak mandi cepat selepas sekolah kerana mainannya sedang menunggu untuk bermain dengannya, Faiq mengadu. Itu perspektif dari minda kanak-kanak. Simpan dalam blog meringankan minda juga.

Ada juga sekali tu Faiq jumpa duit syiling bertaburan atas meja saya dan meminta duit tu sambil bertanya "duit mama kan ni". Saya jawab ye, terus Faiq berkata "kenapa tak simpan elok-elok, duit tu, dah lama kat atas meja". Dia cakap dalam english.

Sekarang ni budak bermain tak jauh dari tempat saya berada, di ruang tamu. Itu lah mama di pagi hari ahad, merehatkan selepas menyediakan dan memikirkan apa pula untuk di letakkan di atas meja.

2 comments:

  1. Salam hujung minggu.. melihat keletah dan kepetahan anak-anak membuat hati rasa amat bahagia..

    ReplyDelete
  2. Betul tu...mcm saya tujuan berblog untuk catatkan kisah anak2 tapi ada juga cerita diri sendiri..

    Anak2 bijak berkata-kata.

    Sama juga tengah memikirkan apa yg hendak dimasak untuk tengah hari nanti

    ReplyDelete