Pages

Pages

April 5, 2016

Syukur ada tempat menumpang

Alhamdulillah saya dapat mesej dari kakak tersayang yang beliau boleh menjaga anak-anak kalau kami hendak ke umrah. Beliau minta bagitau awal kerana beliau pun perlu bincang dengan anak-anaknya dan abang ipar jika tarikh berselisih dengan rancangan mereka.

Beliau cakap pergi umrah dan suruh saya pasang niat, itulah, pegi umrah tu ambik masa 2 minggu juga. Ustazah pun pesan pegi sendiri suami isteri dulu. Macam tak bagi bawak budak-budak tu :)

Seperti biasa saya ingin juga hendak ke tempat tidak jauh yang ambik masa satu hari satu malam ni, saya main main bertanya emak saya la untuk letak budak-budak ni, emak cakap boleh cuma  risau tentang tangga di rumah beliau ja. Dalam foto Faiq fokus tonton tv, kalau..

Fadya ni budak yang tegas jugak, kalau nak main tu memang ajak betul-betul. Tarik seluar Faiq pun muka relek ja. Kalau Faiq tak nak ke apa, merajuk..kalau siapa tak faham, susah jugak nak pujuk.

Pernah jugak saya tinggal budak-budak ni, saya sediakan stamp pad barang stationery yang baru untuk Faiq, magic ink yang baru highlighter...saya cakap kalau budak-budak buat hal, keluarkan barang ni satu-satu,..siap ada strategi tu :)

13 comments:

  1. Memang risau kalau nak tinggalkan anak-anak ni kan? Lagi-lagi kalau masih kecil lagi...

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan urusan untuk pergi umrah, inshaAllah jika niat kita baik pasti Allah akan mudahkan

    ReplyDelete
  3. Oh, mahu ke umrah..Alhamdulillah..nanti doakan saya juga yea..
    In shaa Allah, niat yg baik tu segala urusan akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. semoga Allah permudahkan segala urusan ke sana..supaya BY and husband tenang mengerjakan umrah..

    siap ada strategi..hihi..

    ReplyDelete
  5. semoga hasrat berumrah terlaksana tapi fadya n faiq dh boleh dibawa bersama kalau mahu tu.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan BP untuk ke tanah suci tu ...anak2 pun dah ada tempat nak ditinggalkan,tak perlu bimbang sangat.

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan urusan umrah , dear ... nanti bila dah sampai sana mesti rasa sangat tenang and nak balik dah rasa sebak ....subhanallah , makkah and madinah rindunya =)

    ReplyDelete
  8. siap ada tips untuk anak-anak lagi. hii. insyallah, dipermudahkan segalanya untuk sis ke tanah suci..

    ReplyDelete
  9. Bila nak pergi umrahnya ni BP. Jangan lupa doakan mak ye hihi....
    Yelah kan kena pikir jugak tu budak budak nak ditumpangkan dgn siapa masa awak pergi umrah tu.

    Betul jugak kata ustazah tu kang takut kita sebok dgn budak budak pulak kat sana. Moga dipermudahkannyer

    ReplyDelete
  10. anak kecik2 lagi memang risau la nk tinggalkan.2 minggu lama tu.harapnya anak2 ok la kan..semoga hasrat nk ke umrah tu terlaksana dan dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. hihi...amboi memahami mama diorang siap dah ada weapon cover kalau diorang dah booring kan

    ReplyDelete
  12. Lega la sikit kan kalau dah nampak ada jalannya untuk selesaikan dilemma kita. Boleh la gi umrah dgn senang hati. Btw, fadya cantik la. Nampak girly sgt.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..lg yakin bila adik beradik kt sdri y jaga ank kita

    ReplyDelete