Pages

Pages

April 15, 2016

rutin biasa | dear dairy | choc cake

Kalau dulu tulis dairy, mesti tulis dulu, kejap na dairy nak kunci pintu bilik dulu, atau emak panggil ke.. yang ni pun tulis patut kena kerap beli dairy baru...

Hari ni mama bersyukur Faiq kancingkan baju sekolahnya cepat.

Fadya pun siap untuk ke sekolah senang, bangun sendiri hari ni keluar dari biliknya, siap-siap lepas tu tido balik.

Saya seperti biasa bancuh nestum, oat, susu, gula milo 2 cawan untuk diri dan habibi. Letak atas meja, ambik roti dua keping sapu untuk Faiq, tunggu roti canai goreng dengan minyak zaitun atas api siap untuk Faiq juga, ke dapur balik, isi air bekal untuk dua beradik tu. Datang ke meja sapu roti dua keping lagi untuk kami berdua. Flow ni hampir sama sebab tak nak tertinggal apa pun.

Kadang bakar  cake untuk fadya bawa bekal. Ke belakang lagi bancuh susu. Ok baru duduk, ngap telan ja.. berdiri papa, mama pun bangun ambik beg fadya, roti baru digigit pun letak tepi bersebelahan epal hijau dalam gambar atas tu hehe.

Lepas bye bye.. masuk siap kan diri, masak nasi keluar servis kereta, kalau kesempatan nak jumpa adik kesayangan yang tinggal di amerika balik untuk beberapa minggu ni. Alhamdulillah.



Bersyukur selepas subuh, senaraikan.

14 comments:

  1. Rutin pagi yg cantik
    Dah jadi mama ni selain kena sihat kena cepat.
    Minda dan pergerakan kena seiring supaya tak tertinggal masa.

    ReplyDelete
  2. BP..... patutlah slim makan roti ngan epal hijau rupanya....jeles le mak cenggini weyh hihi....
    Biasalah BP..... rutin emak emak gitulah....

    ReplyDelete
  3. macam ni lah rutin setiap pagi bila dah berkeluarga dan ada anak2. akak pun sama, setiap pagi terkejar2, semua kena pantas dan sempurna.
    bagus makan buah pagi2, menu sihat.

    ReplyDelete
  4. beruntungnya dapat rasa macam ni....rutin yan berbeza sangat..tak punya anak..huhu

    ReplyDelete
  5. rutin setiap hari dh sebati dgn diri ya BP.

    ReplyDelete
  6. Rutin emak2 ni mmg mcm tu kan BP, kdg penat juga tp seronok

    ReplyDelete
  7. Gitulh org perempuan kesana kemari..pnt Allah sjer yg tahu

    ReplyDelete
  8. Mula2 sebelum nak menjadi rutin tu, rasa x terbuat semua kerja tu kan? Bila dah jadi rutin, banyak benda kita boleh buat dalam satu masa. Ira baru nak adapt dengan rutin baru.. hehe..

    ReplyDelete
  9. pagi2 mmg sibuk..tapi happy dapat sediakan semuanya utk keluarga...sedap nampaknya choc cake tu..

    ReplyDelete
  10. Itulah ibu..kadang2 mkn pun x sempat haha
    apa2pun ttp hepi..

    ReplyDelete
  11. Setiap yg bernama mak/ ibu mmg ada rutin tersendiri utk kelansungan hidup keluarga, yg berkerja dgn cara bekerjanya, yg suri rumah pun kena bijak mengatur jadual supaya semuanya tersusun.

    You mmg selalu mkn epal hijau ke Fair?

    ReplyDelete
  12. Pagi semestinya sibuk dengan anak-anak dan suami. Kelam kabut tapi seronok melakukan tanggungjawab :) Rajin bake kak fai ni :)

    ReplyDelete
  13. makanan berkhasiat sarapan depa..kalau kami pagi2 dh kena nasi lemak.aduh patut la montel2 semuanya.hehe

    ReplyDelete