Pages

Pages

March 6, 2016

Tetamu yang diundang | invited visitor


Sememangnya tetamu ini, saya mengundang dengan kemahuan Fadya ingin mempunyai hobi. Sejak menyediakan rumah untuk tetamu,  kami sekeluarga berdiam diri, merendahkan suara supaya tidak menakutkan tetamu. Senyap sunyilah rumah bila adanya buah kelapa kering ditebuk lubang di jadi rumah tumpangan. Yang menjemputnya adalah bijian di letak keliling luar buah kelapa itu.

Visitor, the bird
Bertenggeknya tetamu di dahan pokok selari dengan rumahnya; sempat lah mengambil gambar untuk kenangan dan di tunjuk kepada anak-anak yang berada di atas. Tetamu berupa burung itu, tidak dapat bertegur sapa :) tetapi puas hati dengan pokok-pokok yang diusahakan di gemari oleh garden birds dan en hubby sambil bermain gitar dan buat kerja dengan computer di tepi pokok bunga tu. Alhamdulillah.



Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata),..

10 comments:

  1. Bukan aje burung yg terpikat utk singgah. Kakak pun terpikat tengok pokok-pokok yg menghijau. Cantik dan menarik!

    ReplyDelete
  2. i pun tumpang terpikat sis laman rumah u nie...
    nyaman mata memandang...

    ReplyDelete
  3. Sejuk nya suasana laman BP ...menghijau patutlah ada tetamu yang berminat.

    ReplyDelete
  4. banyak poko gitu memang meredupkan suasana dik..best kalau dapat lepak2...tetamu yg duk bertenggek tu pon nampak homey2 je...rumah banglo tergantung kan mahen...hahaha

    ReplyDelete
  5. Redup dan sejuk dipenuhi dengan pokok2 bunga. Sebab tulah burung pun suka menjadi tetamu.

    ReplyDelete
  6. TETAMU COMEL RUPANYA..SUASANA YANG NYAMAN MACAM TU TENTU BANYAK TETAMU YANG SINGGAH. NAMPAK CANTIK KAWASAN RUMAH DIHIAS POKOK-POKOK.

    ReplyDelete
  7. cantik dan menarik suasana menghijau gini..patutlah pun tetamu pun terpikat sama untuk singgah

    ReplyDelete
  8. syoknya...dah mcm chalet dah laman u ni...cantik sangattt...i pulak yang rasa tenang ni...hehe...

    ReplyDelete
  9. beshnyer rumah penuh dgn pokok tanaman ni..

    ReplyDelete
  10. Murah rezeki burung dpt makan bijan hari tu....tuan rumah apatah lagi, berlipat ganda rezekinya
    Bestnya kalau ada taman cenggitu tepi rumah BP....ilham pun boleh masuk ....manalah tau boleh hasilkan lagu lagu best hihi

    ReplyDelete