Pages

Pages

March 23, 2016

perubahan anak-anak | pencarian anak-anak

Sumber google
Bercuti tanpa merancang apa-apa cuma diajak oleh ibu kawan Faiq untuk naik hop on. Tak jadi kerana fikir Fadya belum bersedia kut, risau kena kejar dia tanpa papa.

Tetapi Fadya dah berubah sebenarnya, sejak berjumpa ramai orang awam ni, Fadya jadi tak suka kepada orang yang cubit pipinya bila menegurnya. Jadi Fadya mengadu kepada saya cakap orang tu cubit pipinya. Saya cepat bagitau "betul, tak boleh cubit pipi, lepas tu Fadya cakap tegas "saya panggil polis kalau cubit lagi". Dalam hati saya amboi Fadya siap nak panggil polis, saya biar dulu, anak perempuan perlu protection tapi tak pasti apa patut terangkan). Sejak tu dia duduk dekat dengan mama dan papa ja. Kadang terleka nak main juga bila ingat ada orang dia datang balik ke meja kami.

Kat rumah seperti biasa cari ranting pokok, batang pokok hampir nampak kasar duk ambik batang pokok yang panjang pulak. Nak bakar dalam cuaca panas-panas ni.

Lepas main rehat atas  buaian


Itulah update hari ni heee :)

16 comments:

  1. Oh... sampai nak report polis lagi Fadya ye:)
    Kalau auntie jumpa tak nak cubit pipi tapi nak kiss boleh tak?

    ReplyDelete
  2. Comel sangat Fadya ni sebab tulah orang geram. Weyh mak tak pernah naik Hop on ni lagi. Teringin gak nak try walaupun tgh cuaca panas cenggini katanya.

    Bape RM BP ? Mahal gak rasanya kan. Huh...kalau 5 org, kopak Pak Jilapah nampaknya

    ReplyDelete
  3. terpesona dgn wajah fady yg comel sgt tu sbb tu sesiap saja teruja nk cubit sikit heh..heh..

    ReplyDelete
  4. Fadya homel2 sangat pasal tu ramai yg jadi gatal tangan nak cubit2 pipi dia...kikiki...kalau aunty jumpe Fadya pon mungkin aunty pon cuit2 pipi dia...abis la kene masuk lokap pastu...hahaha

    ReplyDelete
  5. banyak jugak hasil pungut kayu tuh.. hehehe
    ape lah yg dorang imejinasikan.
    macam anak saudara zura.. banyak2 menan ibu dia belikan.. batang penyapu nenek dia jugak yg dia main. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. mst Fadya xsuka org xknl cubit2 dia.. heee sampai nak report polis tu.. tinggi akalnya..

    ReplyDelete
  7. Kelakarla fadya ni, tak kira kalau aunty jumpa aunty nk cubit gak pipi gebus tu, heee.

    ReplyDelete
  8. Bagus Fadya. Dia tak mudah mesra dengan orang luar. Zaman sekarang ni, bahaya kalau budak terlalu senang nak bercampur dengan orang tak dikenali.

    ReplyDelete
  9. anak2 kita keciknya cuma beberapa tahun kan, mainlah puas2 time tu.

    ReplyDelete
  10. Budak comey.. mmg org geram nak cubit pipi fadya tu BP..
    Brpa harga seorg naik Hop On tu BP..
    Mcm teringin pulak..

    ReplyDelete
  11. Dah pandai ya Fadya tapi oklah jugak tu
    nanti orang tak berani lagi cubit sembarangan kan hehee

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...

    Budak-budak berhenti main bila dah penat jer kan...macam2 karenahnya...sementara nak besar...

    ReplyDelete
  13. seronok melihat anak-anak membesar depan mata, suatu hari nanti bila mereka semkin dewasa pasti akan merindui saat 2 yang pernah dilalui, salam ukhwah dari www.anajingga.com :)

    ReplyDelete
  14. wahh..berani Fadya..good girl..

    ReplyDelete
  15. alalala comel tau fadya ni . tak suka heh org cubit pipi gebu dia..=)

    ReplyDelete
  16. pandai fadya, sampai nak report polis tu, ya dengan anak perempuan ni akak rasa kerisauan itu lebih sedikit, anak lelaki bukan tidak risau tapi rasa mereka boleh berdikari

    ReplyDelete