Pages

Pages

March 25, 2016

diduga dengan soalan berpanjangan


Video di bawah. Budak berumur nak masuk 6 tahun berdepan dengan dugaan. Budak itu ialah Faiq yang disoal bertubi-tubi oleh adiknya. Keadaan masih dalam kawalan kerana saya begitau biarlah Fadya ingin membuka begnya kerana Fadya ingin memeriksa ala spot check tu. Faiq risau bukunya dikoyak oleh adiknya. Dipesan kepada Fadya elok'elok ambik buku dan buka. Fadya membuka buku itu dengan perlahan dan hendak bertanya sesuatu kepada Faiq katanya. Semua ini berlaku selepas Faiq yang happy masuk ke kereta dari kelas ngaji. 

Biasa selepas jemput anak-anak, kami terus balik atau singgah isi perut. Pada hari kejadian, kami ingin turun dari kereta tetapi Fadya tetap hendak abiskan dengan soalannya seperti "what is that?" dengan mendapat jawapan segera. Dalam video tu bolehla lihat  dan dengar bertapa tekunnya seorang budak 4 tahun buat check keatas abangnya seperti guru lagi. Faiq penuh sabar sekurangnya, itupun ada suara yang tak senang hampir keluar ditekak tetapi masih bersabar hingga akhir, Alhamdulillah :)

Fadya menyoal Faiq tiada henti 

14 comments:

  1. Comel sangat fadya ni, mujur abang sabar melayankan, bagus faiq

    ReplyDelete
  2. Kena spotcheck dengan adek ya Faiq...
    Ingin mengetahui sungguh si Fadya ya...sabar je lah abang.

    ReplyDelete
  3. Faiq ni caring dan dia pun tak mahulah kalah dgn adik yg bukan main kalah cikgu nak bertanya. Nak test abanglah tu. Nasib baik abang pun bukan calang-calang:)

    ReplyDelete
  4. naseb abg penabar...heheh..layan kan je la yeh abg..

    ReplyDelete
  5. hahaha...gigih sungguh lahai..bertalu2 soalan nye langsung tak sempat nak bernafas...cerdik anak2 ko dik sejuk perut mama dia :)

    ReplyDelete
  6. penyabarnya abang faiq

    ReplyDelete
  7. comelnyeeeee.... adik gigih menyoal, abang plak gigih menjawab. hahahaha. harus di contohi kesabaran mereka berdua tuh. :)

    ReplyDelete
  8. gelak tengok video tu..comel jer sura si adik menanyakan abangnya..abangnya pulak bertabahlah menjawap..hihi..
    nanti amik video lagi..suka tengok..:)

    ReplyDelete
  9. SUKA TENGOK GELAGAT FAIQ N FADYA NI SAMA2 BIJAK...

    ReplyDelete
  10. Entah kenapa pulak tak boleh bukak video tu....Huh...tak dapatlah tengok Fadya comel menyoal Faiq mcm polis pencen haha....
    Tp mak dpt bayangkan camne gaya si Fadya menyoal abg dia tu BP...

    ReplyDelete
  11. good boy Faiq..Fadya bertanya non-stop..hihihi..

    ReplyDelete
  12. Aah la, tkleh bukak video tu, sayangnya..

    ReplyDelete
  13. comelnyaa, sabar betul faiq ni jawab soalan soalan adiknya :)

    ReplyDelete
  14. fadya tanya ke terus baca ni..tak kasi chance langsung faiq bersuara.hehe

    ReplyDelete