Pages

Pages

March 31, 2016

Dengan meminta ....Dapat

Ok ini dari buku yang saya baca lama dulu, rasanya kebanyakkan dari rakan blogger sudah tonton videonya.


Dalam buku itu penulis menyatakan bahawa kemahuan dapat mengubah hidup dengan meminta, yakin (percaya) , dapat yang diminta itu.


Bukan apa, saya perlu solusi saya fikir balik bagaimana caranya sambil berusaha itu. Merendah hati meminta tolong dari ibubapa mendoakan. Macam saya bila jumpa ibu mertua, saya bagi duit, Ibu mertua saya tanya untuk apa kan saya cakap terima kasih doakan saya. Beliau buat pintu baru ke apa,  beliau cakap ni duit dari saya beliau sebut dua tiga nama lagi. Beliau akan beritahu bila sesiapa tanya tentang perubahan baru tentang rumahnya tu.


Dalam Surah pun sebut supaya kita menjalankan usaha masing-masing lepas solat.


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al-Jumu'ah 62:10



Contoh usaha seperti sediakan meja kerusi untuk anak-anak ulangkaji.



Dugaan anak-anak terasa kenapa meja besar dan kerusi tinggi untuk abang, aadik tukar sendiri meja dengan buku-buku sekali. Abang selamba ja buat latihan untuk umur 4 tahun kadang tu.

Hajat untuk dicapai dengan meminta di dalam doa dalam sujud atau dalam solat sebelum beri salam. Sesudah itu cari jalan yang ditunjukkan untuk diusahakan. Catitan diri sendiri, InshaAllah


Oleh itu, bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah orang-orang yang tidak menyakini apa yang engkau sampaikan iut menjadikan engkau resah gelisah.
Ar-Ruum 30:60

11 comments:

  1. betul tu usaha kita dimulai dengan doa..kerana Allah jugalahbyg maha penhasih lg maha penyanyang memberi apa yg kita minta..cantik meja kayu tu.hehe

    ReplyDelete
  2. Sering kita diingatkan usah putus asa andai sekali minta tidak kesampaian. Teruskan usaha disamping doa yg tak putus. Tapi perlu diingat ada doa org lain yg boleh membantu kita seperti ibu-bapa kita...

    ReplyDelete
  3. Semoga doa2 kita dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  4. salam..

    Alhamdulillah. salah satu usaha kita jg kan utk bntu anak2 ni berusaha dlm khdpn mereka utk msa akn dtg.. =)

    ReplyDelete
  5. seronok tgk anak2 sis rajin buat homework...comel jer dorang...

    ReplyDelete
  6. Dia maha pemurah lg maha penyayang in syaa Allah doa kita akan dimakbulkan.

    ReplyDelete
  7. Doakan senjata paling berharga kita.
    minta sebesar2 permintaan sebab Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Memberi.

    ReplyDelete
  8. jangan berputus asa pada jalan Allah, minta pada Allah dengan jalan sabar dan mendirikan solat, inshaAllah apa yang kita minta pasti kita dapat.

    cantik meje belajar untuk anak-anak tu

    ReplyDelete
  9. Doa sebagai perantara antara kita dengan Allah. Insyallah, jangan putus asa dalam berdoa dan dalam masa yang sama berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati :)

    Rajin anak-anak belajar. Bagus bagus :)

    ReplyDelete
  10. Nampak mcm menghargai Mil BP tu yer....
    Kalau dah namanya ibu bapa, tak kira mertua ke apa, mesti mereka mendoakan kitakan BP....

    Ustaz Asyraf dalam motivasi pagi radio Ikim ada ckp, Allah suka kalau kita merayu dan merintih utk meminta kepadaNya, jangan pernah jemu. Keadaannya sama mcm anak anak yg merengek nak kan sesuatu dpd mak ayahnya .... Wallahu aalam....

    ReplyDelete
  11. Cam ustazah plak org kt atas tu, ada bakat juga tu nampaknya,hi hi..

    Doa, usaha, tawakkal...in shaa Allah..

    ReplyDelete