Pages

Pages

February 18, 2016

komunikasi anak | kids communication

Tak sangka tiba bulan feb lepas cuti cny dah mula sibuk sikit. Mungkin sekolah pun dah bagi homework, petang anak-anak ada kelas ngaji. Anak-anak mengeliat untuk buat sesuatu. Saya sedang mencari solusi juga untuk atasi kerenah semua ni. Saya bertanya ibu kawan Faiq, seorang SAHM, surirumah, suaminya seorang Doctor dan ketua klinik kerajaan di sini. Bincang dengan beliau, boleh kah bertegas dan memaksa anak-anak umur 4 tahun ni supaya lebih cepat urusan semua. Dalam buku child development dan psikoloji perangai (behavior) kena adakan sistem, budak-budak akan ikut. Tu la saya adjust keadaan untuk Faiq la yang penting kerana tahun depan Faiq akan masuk sekolah Agama sebelah petang, itu memang kena displin. ok akan diperbincangkan entri yang lain:)

1 year plus say no to the cake with a smile
Dari kecil lagi Fadya pandai menolak tawaran.
Bukan tak nak lagi tak suka terus
Sudah belajar untuk berkata tidak kepada apa yang tidak di sukainya melalui gerakkan badan.
Tok wan main main bagi ibu jari pula ofkos tak nak dan toleh 360'
Sekarang juga begitu tetapi dengan ayat pula. Saya terangkan kami kena cepat untuk ke kelas mengaji dan mama tinggal Faiq dan Fadya di situ, lepas itu papa akan ambil. Dia cakap tak boleh pegi sebab Fadya akan rindukan mama. Itu yang jadi lambat untuk Faiq yang sudah patut pegi awal ke kelas tapi ambik masa bernego dengan Fadya. Masa depan mungkin nak tinggal atau angkat ja dia masuk dalam kereta. Semua menerlukan tenaga, bila dia tak happy dalam kereta jadi susah sikit.

Ni 2 tahun masa dah letih, cabut macam tu
Itu lah cara Fadya, bila di pujuk, dia akan buat. Masa ambil dia, dia happy, nak peluk, lama kelamaan dia merungut dia ditingalkan. Dia cakap tak boleh pegi papa. Sekarang saya dah ingat Faiq pun cakap jangan pegi, jangan tinggalkan kami masa kami terpaksa pegi kerja dari subuh hingga 12 malam/pagi esoknya. Esok pagi panjang la percakapannya.

umur 1 tahun lebih tak nak wake up untuk hantar Faiq
Bila lihat gambar-gambar Fadya memang dia ada pendapat sendiri dan berkata tak nak dengan cara tersendiri. Walaupun saya sudah memahami, saya masih melakukan sesuatu supaya urusan kami berjalan dengan lancar InshaAllah.

7 comments:

  1. Alahai comel kan bila flash back hal anak2 ni...apa lagi tengok gambar2...cute sangat..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, nanti lama2 anak2 dear akan ikut peraturan...faiq dan fadya...cantik sungguh nama2 anak ni...

    ReplyDelete
  3. Walau apa pun kerenah kita mesti akan dpt satu solusi terbaik utk anak dan juga utk kita juga. Yg penting anak happy kita pun senang hati nak pergi kerja. Kalau tak hati pun tak senang kan. Sebab mereka semua belum matang.

    ReplyDelete
  4. DALAM KELEMBUTAN MEMUJUK ANAK TETAP PERLU ADA KETEGASAN DLM MENDIDIK ANAK2 KAN...

    ReplyDelete
  5. Comelnya Fadya.
    Dulu kak Zai pun keluar rumah pagi2 balik lewat malam. Semua urusan serahkan pada pembantu. Alhamdulillah anak2 mendengar kata.

    ReplyDelete
  6. anak2 umur camni memang ada ego sendiri

    ReplyDelete