Pages

Pages

February 26, 2016

Assalamualaikum Dunia dan Video anak-anak

Amboi tajuk lagu hehe..Berblog ni kekadang rasa senang ja nak tulis, kadang rasa susah pula. Pagi tadi berbual dengan emak, emak tanya apa lagi Fadya cakap yang menghibur hati, saya jawab tak ingat pula, tak berapa ada dah kut. Ada video bapa dan abang dia menyakat ada tapi sekerat ja pun ambiknya..

ada juga video Fadya bagitau papanya yang dia ni Fadya bukan bantal (pillow) ada. Fadya berkata begitu kerana papa buat buat nak lena dekat bahunya.. saya letak ja video ni.

 
 Fadya 4 year 1 month

Bila tanya Fadya happy tak di school, Fadya jawab happy tapi mama i miss youuuu mulut tu muncung sangat bila sebut youuuu tu rasa sayu pula mama. Tanya en suami ok ka menghantar Fadya ke sekolah lama sangat dari 7:30am, En suami cakap ok tapi bila sambut dia kat pintu sekolah Fadya cakap teacher pukul kat tangan tu yang tak suka la en suami cakap. Mulalah saya mendoakan ayat pelindung untuk Fadya.

Kami makin sibuk sekarang terpaksa adjust masa juga, kesibukkan ni saya mula fokus menyelesaikan hal yang diutamakan dulu, Biasanya, saya akan menggunakan surah surah yang reti baca ja tetapi membayangkan Nabi Musa as meneruskan perjalanannya melalui laut yang dibelah oleh Allah  ...Ada hal yang sukar sukar tu saya mengharapkan di beri jalan penyelesaian olehNya juga. Perasaan lega untuk melalui rutin harian lebih mudah, kadang terbayang juga air laut kat tepi yang saya rentas ni sejuk pun ada rasanya....

"Dan kenangkanlah ketika kami belahkan laut untuk kamu lalui maka Kami selamatkan kamu " Surah Al-Baqarah 2 Ayat 50

InshaAllah, Ameen

7 comments:

  1. Fadya masih terlalu kecil tapi dah bijak BP tak apa pelan-pelan dia akan adapt dgn keadaan kelilingnya. Doa moga anak-anak sentiasa dlm peliharaan Allah.

    Yelah.. bukan pillow tuk papa ye Fadya:)

    ReplyDelete
  2. Fadya semakin sehari semakin comel n bijak n yakin dgn dirinya juga apa yg dimahukannya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah.. tq for stopping by.. :)

    ReplyDelete
  4. Pandai Fadya jack mama....rindulah sangat tu hihi...Oklah kalau dia rasa happy ke sekolah BP sekurang kurangnya awak pun lega kan...

    ReplyDelete
  5. Singgah follow.."0

    jemput join segmen blog wawa..")

    ReplyDelete
  6. cuba selidik Tanya Fadya kenapa teacher pukul tangan dia

    ReplyDelete