Pages

Pages

January 5, 2016

reciting session / mengaji di masjid

Anak-anak pergi mengaji, mama pun pegi ngaji. Biasa saya pegi di masjid tapi ustazah jemput juga mengaji di rumah. Saya cuma cakap inshaAllah segan pula ke rumah. Tapi bersyukur kerana dapat ustazah yang baik, ambil berat. Bila terjumpa kat di tepi jalan pun ustazah cakap bila nak datang ke rumah untuk mengaji lebih cepat abis. Beliau akan cakap, saya kereta ada, bukan susah nak datang umahnya. Bawa anak-anak pun ok. Serba salah pula saya, tapi minggu ni beliau ke umrah. Suka saya tempat mengaji, kawan-kawan baik.
Hari yang kedua saya pegi, ada kawan baru balik dari mekah, dia beri saya sejadah berbag ni. Syukur saya tapi kawan sebelah saya cakap baru join ja dah ada rezeki dah. Hehe Alhamdulillah. Bila saya lihat ustazah, damai ja. Beliau cakap datang umahnya bila-bila pun tak pa. Terfikir saya beliau tak kemana, hanya di rumah. Saya ni asyik keluar ja, antar ambik budak hal itu hal ambil antar hal mcm2 la. Rasa sejak berdekor ni lebih suka duduk rumah tapi en suami suka nyakat, laratke duk tengok pokok ni, jom gi nurseri pokok, kut ada yang murah bole tambah.

Dalam kelas kat masjid ni ada ketua darjah tau, garang juga sebab dia cakap kalau jarang datang dia akan keluar kan nama saya dari whatsapp hehe. Saya jarang juga pegi tapi dia jemput ke kenduri rumahnya, cium pipi bersalaman sambil tepuk bahu, datang tau bila ustazah balik. Saya cakap inshaAllah. Kat kenduri tu ada yang ingat saya anak kak mana tah adoi saya cepat cakap saya duduk kat situ, mengaji dengan tuan rumah. Oh ingat anak kak tu, siap dia tanya si kak tu ni anak you ke aiii saya segan la nanti kak tu tak suka ke apa. Ok melanjut pula tajuk :) oh btw saya bawa buku iqra juga, belajar lain masa uzur.

6 comments:

  1. As salam
    Terima ksih sudi dtg ke blog buruk saya tu..

    Bgusnya dpt tuntut ilmu...dh pndai mngaji pun kita wajib beljr lgi kn...suka sgt.

    ReplyDelete
  2. Ilmu ni tak mengira usia kan BP..
    Akak pun rasa nak belajar balik mengaji ni..
    Bukan tak tahu mengaji tetapi mengaji ni kena berguru..

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt join kelas mengaji cenggini BP....Rezeki murah tu, dapat bag ngan sejadah..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya BP ada geng mengaji. Ustazah tu pun baiknya, siap jemput datang ke rumah, biar cepat khatam bacaan ye :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah BP dapat sertai kelas mengaji.. Seronok kan bila ada geng ni..

    ReplyDelete