Pages

Pages

January 6, 2015

school 2015 / sekolah islamik pertama

Assalamualaikum


Hari ni bangun pagi, solat, kejut Faiq ke sekolah, Alhamdulillah Faiq bangun, masuk bilik air., dia duk
merungut masih malam ni.Buat breakfast, dia makan sambil jalan sana sini, ke tingkap depan belakang cakap tak da matahari. Papa ajak masuk kereta pun masih duk cakap belum pagi lagi.  Semalam pun dah sampai masa dah Faiq mula sekolah semula sebab saya perasan dia ambik buku haiwan dan ambil kertas, tulis dan lukis lukis...

Lepas 40 minit macam tu lepas mereka bertolak, en hubby call, bagitau Alhamdulillah Faiq turun kereta disambut guru, dan ucap Assalamualaikum dan good morning. Dalam perjalanan tu Faiq bagitau papa jalan salah, "it is a wrong way papa, to my school, we need to go straight not turn.. sambil mumble lagi..mama knows..you call mama.. papa pun terangkan yang hari ni Faiq pergi sekolah baru, jumpa guru dan kawan baru, learn to make doa..and solat..bila sampai, Faiq happy cakap "my school".

Pada awal tu,  hubby dah label barang-barang Faiq, macam baju persalinan, tuala, sikat, sabun semua, cuma lepas mandi saya ada fikiran kedua nak dia pakai baju long sleeves, so saya ambik marker pen label nama dia, Faiq cerit la " duk buat apa dengan baju dia, dalam bahasa inggeris dia "what have you done with my t-shirt and pants, can get dirty" boleh jadi kotor sebab marker pen.

Faiq ni, perkataan dan ayat besar juga dia tahu, apologise, allow me, we have a problem, good morning sunshine, why are dressing so weird? yang ni bila papa dia pakai baju batik, masa dia pakai pun dia kata its a weird shirt sebab berbatik, tapi dia pakai juga. cuma tak sabar nak buka. Kadang-kadang tu Faiq datang bisik dengang saya, cakap rambut saya cantik, your hair is nice mama. Risau juga dia duk pick up dari TV apa lagi kami tak tau. Tahun lepas saya mendoakan Faiq dapat kedudukan murid terbaik, Alhamdulillah semua mata pelajaran dapat 90 ke atas, sains dapat 100/100. Syukur, Thank you Allah swt. Dan tahun ini saya mendoakan Faiq menjadi adalah anak, murid dan mukmin terbaik serta Imam di sekolah dan globally.

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji. Surah al-Hajj :24

For they have been guided (in this life) to the purest of speeches; they have been guided to the Path of Him Who is Worthy of (all) Praise. Surah Al-Hajj:24

InsyaAllah. Ameen

8 comments:

  1. Semangat & cerianya Faiq pagi2. Moga membesar menjadi anak soleh yang pintar :)

    ReplyDelete
  2. semoga faiq belajar rajin rajin dekat sekolah :D

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah... saya aminkan doa mama Faiq...

    ReplyDelete
  4. Didikan sempurna akan dapat anak yg sempurna walau pada awalnya ada sedikit yg belum menepati apa yg kita mahu. Faiq dah banyak catch-up apa yg mama/papanya mahu. Tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
  5. WAH FAIQ DH MULA SEKOLAH YA..SELAMAT BELAJAR FAIQ...

    ReplyDelete
  6. Bagus faiq.. Nampak cerdik dia ni.. Insya Allah makbul doa. Mama faiq ni.. doa tu ramai yg amin kan..

    ReplyDelete
  7. Wow hebat big boy, with big words!!!
    Selamat bersekolah ;)

    ReplyDelete
  8. good job faiq.... moga terus cemerlang dlm pelajaran yeak.....

    lieya dpt bykan petahnye die berkata2 tu...mesti cute heheehehehe

    ReplyDelete