Pages

Pages

October 24, 2014

Nama baby / Name

Faiq suka sangat ada kawan bernama sama dengan namanya iaitu Aish tapi ejaan untuk nama Faiq, Aaish. Bila ingat balik masa mencari nama Faiq ni, dalam fikiran nakkan mula dengan alphabet A dan F sebab en hubby A dan nama saya F, Faiq tu saya suka dah lama sebab ada Q tu hehe..maksud semua tak tahu, bila nak letak tu baru cari, tapi bila bagitau Dato Sheikh Abdul Majid, Tokoh Maal Hijrah, dia cepat je cakap yang terungul, orang atasan..sama dengan uncle saya yang belajar di Mesir, excellent maksudnya. InshaAllah Faiq seorang yang terbaik dunia akhirat seperti namanya.

Yang Aaish tu memang tak terlintas pun nama tu, dengar pun tak pernah sebut pun tak tau, tapi nama tu memang Tuhan yang suruh letak kut, atau Faiq pilih nama dia sendiri. Dah Aaish kan, very rare, lepas beranak kat Faiq baru tau anak Imam Muda Asyraf pun nama Aisy, ejaan tu kalau dalam jawi sama ja sebutannya.. tu la nama ni di takdirkan hanya dalam inpirasi atau terbuka buku atau terfikir kerana Tuhan yang tentukan.. jadi la nama Faiq - "Aaish Faiq". bermaksud kesenangan hidup, yang hidup, yang kaya. Masa cakap dengan anak saudara lepasan Tahfiz pun memberi tahu makna yang sama. Itu la nak cakap plan nak letak nama lain jadinya lain, buka buku buka internet terkeluar itu ja juga, cakap dengan saudara pun nak sebut pun tak reti, tetap nama ini milik shayang mama juga. Tiba di sekolah ada kawan nama sama. Shukur, rasa nama Aaish Faiq yang terbaik, ada yang cakap middle east name sounded international, ada yang cakap fortunate sebab ada kedai emas di Bangsar Village, Faiq Jewellery :).

Tapi plan kami untuk Faiq ni, nak juga dia jadi Tahfiz Professional,masih mendoakan jalannya. Sepupu-sepupunya yang Doctor, Engineer bertahfiz, saya dan en hubby memandang tinggi pada abang saya dan kakak ipar saya yang mendidik anak-anak hingga ke tahap dunia akhirat, en hubby kata dah Tuhan hantar abang kakak ipar yang beranak ramai bila tanya 9A sebab bahasa Arab, 11A sebab ada Arab atau subject arab2 ni, bila tanya nape tak masuk U lagi sebab buat tahfiz dulu, bila maduk U, umur lari skit dari peers, biasiswa tunggu juga, ni semua untuk kita lihat, takkan nak buat tak tahu lagi. Kalau dalam Amway ikut upline, hal hidup ni ikut abang saya kut maksudnya :) InshaAllah Faiq ke sekolah English Islamic Pre School tahun depan. Amin, jauh sikit, abang saya pun hantar anak ke sekolah jauh juga.

10 comments:

  1. Insyallah, kita bentuk generasi baru ni..menjadi pendakwah yg mampu bersaing dlm ilmu duniawi dan akhrawi.
    Insyallah... doa yg baik2.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..satu perancangan yg baik untuk anak...:)
    InSha Allah ..Faiq akan berjaya satu hari nanti..:)

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kita yg mencorakkan anak-anak kita. Kalau dari kecil kita dah terap dan didik haluan mana dia akan ikut.. melentur buluh biar dari rebung.

    ReplyDelete
  4. Sedap nama Faiq, dan maksud begitu baik.. InsyaAllah Faiq seorang muslim yang unggul, aunty pun doakan..

    Nampaknya Faiq betul-betul tukar school ya? Semuga Faiq gembira belajar di school baru nanti;)

    ReplyDelete
  5. Bagus balance dunia akhirat..seronok dapat belajar bahasa Arab..

    ReplyDelete
  6. SUKA TENGOK GENERASI KINI YG CEMERLANG ILMU DUNIA N AKHIRAT..MOGA FAIQ ADALAH ANAK SOLEH YG CEMERLNG...

    ReplyDelete
  7. nama yang baik adalah satu doa juga. kita panggil bererti kita doakan dia setiap kali kita panggil namanya.

    ReplyDelete
  8. Tumpang gembira bila la ni ramai sedara seislam yg sudah dan sedang menghafaz Alquraan...Sedap juga nama Aaish Faiq tu....maknanya pun bagus....

    ReplyDelete