Pages

Pages

July 10, 2014

Nak berjaya seperti pasangan dibawah

Saya bagitau emak nak buat business weekend ni, emak cakap rehat dulu kesian kat budak-budak, saya cakap Faiq cuti isnin, emak kata Faiq cuti sendiri pun boleh, bagi cikgu dia cuti pun tak pa, kesian kat cik abang tu,  biar dia rehat weekend ni, saya cakap tu yang nak buat business ni....emak sambung...lepas raya baru tungkus lumus...Semangat saya datang selepas baca artikel dibawah.


Abdullah Nafiah & Mariam Omar

Kami mula menyertai perniagaan Amway pada tahun 1985 tetapi hanya aktif selama 3
bulan sahaja kerana kami tidak begitu memahaminya. Pada tahun 1989, saya mula menggunakan produk Artistry™. Saya juga bertemu mendiang Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke. Minat saya terhadap Amway kembali berputik. Namun begitu, niat saya itu ditentang hebat oleh Abdullah. Tetapi saya bersabar, tabah dan berpegang pada prinsip hidup saya bahawa saya tidak akan menjawab apabila dimarahi beliau, membuat mimik muka apabila ditegur dan tidak akan sesekali meninggikan suara apabila berbincang walaupun dalam keadaan yang tegang. Akhirnya, beliau faham dan menerima perniagaan Amway. Inilah rahsia untuk memenangi hati suami yang berfikiran negatif.

Latarbelakang

Saya seorang guru lepasan SPM sementara Abdullah seorang posmen. Kami menghadapi masalah kewangan sewaktu hendak memulakan perniagaan Amway kami. Saya terpaksa menggadaikan barang kemas untuk dijadikan modal. Dengan modal yang terhad itulah kami berjaya membina perniagaan ini sedikit demi sedikit. Walaupun adakalanya kami tertekan, kami tidak pernah mengalah kerana pepatah ada mengatakan, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Kami juga terpaksa meninggalkan anak-anak kami yang seramai empat orang tanpa dijaga oleh sesiapa setiap kali kami melakukan aktiviti perniagaan. Anak kami yang sulung berusia 10 tahun dan yang bongsu baru berusia 4 tahun pada masa itu. Kami sentiasa dihambat rasa bimbang, namun kami hanya mampu bertawakal kepada Allah S.A.W. Ternyata pengorbanan kami itu tidak sia-sia. Akhirnya, pada Mac 1992, kami mencapai Penyandang Perak, diikuti dengan Pengedar Terus Platinum pada Disember 1992, Pengedar Terus Delima pada Julai 1993 dan pada tahun yang sama juga kami layak ke Seminar Kepimpinan Amway di Gold Cost, Brisbane, Australia buat kali pertama.

Cabaran

Langit tidak selalu cerah. Pada bulan Mei 1993, kami kehilangan mentor yang amat kami sayangi Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke. Kami meratapi pemergian beliau buat selama-lamanya. Selama 5 tahun kami terumbang-ambing. Kami hilang arah dan segala yang dilakukan serba tidak menjadi. Namun, mungkin sudah suratan Ilahi bahawa kami akan berjaya dalam perniagaan Amway. Pada bulan Januari 1998, kami mengumpulkan semula kekuatan diri. Kami kembali bekerja keras bagi mencapai matlamat kami dan pada tahun 1999, kami layak semula ke Seminar Kepimpinan Amway di Korea. Semenjak itu kami tidak pernah ketinggalan dijemput menghadiri Seminar Kepimpinan sehinggalah sekarang.

Pencapaian

Kami terus meniti tangga kejayaan. Pada Mac 2000, kami mencapai tahap Pengedar Terus Nilam dan Zamrud dan pada Ogos 2009 kami layak sebagai Pengedar Terus Zamrud Pengasas dan Pengedar Terus Intan sekali gus! Pada tahun ini kami akan ke Dubai dan ini merupakan jemputan yang ke-14!

Penghargaan

Kesempatan kami ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada permata hati kami atas pengorbanan mereka dan memahami segala apa yang kami lakukan. Ucapan tahniah kepada anak kami yang kedua serta menantu Pengedar Terus Platinum Shahrul Fahmee Abdullah & Mazliatul Mokhtar dan anak kami yang ketiga serta menantu, Shafyeenaz Nadia Abdullah & Zulkarnain Redzuan yang mencapai tahap 15%. Terima kasih juga kepada penaja kami Fadzil Mahamud & Kalsom Din dan sudah pastinya mentor kami mendiang Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke dan keluarga. Ribuan terima kasih kepada penaja atasan Pengedar Terus Duta Mahkota Chan Lee Sean yang tidak jemu-jemu memberi motivasi dan membantu kami, Pengedar Terus Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho yang sanggup turun padang membantu kami mencapai matlamat kami dan semua pemimpin Amway yang sentiasa menyokong terutamanya Pengedar Terus Zamrud Azizah & Mohd Ariffin. Tanpa anda semua, kami tidak akan berada di sini.

Tahniah kepada semua pemimpin dalam organisasi kami yang memberi kerjasama dan sokongan padu kepada kami. Kepada yang belum mengenali Amway, lihatlah Amway sedalam-dalamnya supaya anda dapat menemui keistimewaan dan kehebatannya. Jika anda ingin berjaya dalam Amway, ada ramai yang akan membantu anda. Ia selaras dengan falsafah Amway bahawa sebelum anda berjaya, anda hendaklah membantu orang lain berjaya dahulu. Kepada rakan pengedar Amway, teruskanlah perjuangan anda. Kami pasti gemilang Intan menanti anda. Amway adalah jaminan masa depan kita. Jumpa anda di puncak kejayaan!

(Dipetik dari Amagram Amway Malaysia, November 2010


19 comments:

  1. setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.....
    sejak zamn remaja lagi akak dah guna barang amway ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, salah satu cabang rezeki adalah bisnes, bagus dear nak ceburi bisnes...hebat baca perkongsian Amway ni...rasa diri ni kerdil sgt sbb tgh mencari kesesuaian dalam bidang perniagaan apa nak diceburi

    ReplyDelete
  3. Kalau baca majalah Amagram Amway memang kita akan melihat satu-satu kejayaan diraih oleh mereka yg diletak di muka depan majalah. Kagum kan dgn mereka yg gigih dan berjaya.

    ReplyDelete
  4. nak berjaya dalam MLM ni kena gigih, rajin, kuat semangat dan kena ada sokongan juga..

    ReplyDelete
  5. suka dgr certa2 org berjaya..
    motivasi utk berjaya..
    insyallah suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. pernah jugak masuk Amway dulu..bukan Amway jer..Zhulian,Gano Excel..dah masuk ..semuanya bagus2..tapi sekarang memang setia ngan Shaklee..In Sha Allah siapa rajin dan gigih..pasti ada kejayaan..:)

    ReplyDelete
  7. motivasi yg baik utk mencapai kejayaan...berusahalah dgn minat yg sungguh2 pasti sukses insya Allah...

    ReplyDelete
  8. kalo kita rajin berusaha.. pasti kita akan berjaya kan..
    InsyaAllah~

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah kalau rajin berusaha pasti membuahkan hasil.. lagi satu, kena minat baru ceburi klu tak takut sekerat jln..hehe
    tahniah pd semua yg telah berjaya...

    ReplyDelete
  10. Nk buat bisness ni perlu tabah dan kuat semangat semoga success ye

    ReplyDelete
  11. apa yang penting jgn putus asa & sentiasa berusaha..

    ReplyDelete
  12. tak cuba tak tahu.. dah cuba pasti akan berusaha untuk berjaya.. ;)

    ReplyDelete
  13. owh akak agent amway ea??

    ReplyDelete
  14. produk Amway memang berkualiti..dah lama di pasaran... produk berkualiti, good marketing plan, rajin berusaha, tabah mengharungi ujian..InsyaAllah..menuju ke puncak jaya..

    ReplyDelete
  15. Insyaallah.. amin..

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz"

    ReplyDelete
  16. Betul tu..produk ni dah lama popular sejak tahun 80an lagi...kalu bunda tak silaplah, bunda pernah guna..

    ReplyDelete
  17. All the best, bp. Haha..mcm kena dengan entry saya nak jimat cermat sbb nak bersara awal. Tapi saya tak pandai nk bisnes. Saya dah masuk 24 tahun servis. Tunggulah lagi sikit tahun..

    ReplyDelete
  18. semoga berjaya ikut jejak mereka

    ReplyDelete