Pages

Pages

March 19, 2014

Untuk anak dapat 8A

English version follows later
Untuk yang terlewat menelaah sebagai contoh dapat nombor akhir dalam kelas masa tingkatan 2 dalam peperiksaan akhir dan gagal hampir semua matapelajaran.
Boleh bermula seperti di bawah

1. Hanya berbahan media bertulis seperti surat khabar, jika ingin sedikit hiburan sekali sekala bole baca majalah atau buku cerita. (tiada TV, handphone, computer)
- disarankan berbual dengan anak dan minta anak cerita balik apa berita yang dibaca. (Kecuali ada subjek computer)

2. Buat kerjasekolah, jika tiada, buat latihan matematik di dalam buku latihan bergaris supaya senang ibubapa semak, jika ibubapa ada masa bole check di buku latihan. Pasti buku latihan dipenuhi dan pastikan beri buku baru bila habis.

3. Jika letih kerana ada latihan sukan, beri motivasi bahawa sukan untuk mencergaskan lagi cerdas minda bukan meletihkan.

4. Untuk yang memberi alasan tak faham, tak reti buat, suruh buat darab bertulis dalam buku latihan, disarankan parents check sambil main teka teki, kalau anak lambat jawab, bermotivasi dengan hafal darab, mempercepatkan lagi menyelesaikan matematik.
Jika banyak yang rak faham, tanya yang mana faham, buat yang tu dan suruh ajar kawan yang pandai matematik. Minta tukar pendapat dari situ.

5. Pembelanjaan harian ditulis dalam buku nota kecil.

6. Sentiasa ingat sebab sentiasa ditulis apa patut buat mengenai sekolah di dalam buku note.

7. Kerja rumah kurang tapi latihan sekolah lebih, bacaan dengan cerita balik apa yang dipelajari.

8. Bila banyak alasan, suruh buat karangan atau essay, baca Al-Quran dan Tafsir.

9. Jika ingin sesuatu, suruh buat budget/ belanjawan. Budget masa juga, ada berapa hari lagi nak exam, nak cover apa lagi.

10. Puji selalu, minta pendapat anak untuk membuat sesuatu contoh nak jalan makan angin ke mana. Beri beg yang diisi dengan buku untuk dibawa jemana pun seperti dah ramai berhenti mesti buka fon, tapi biar anak buka buku.
Balik  - minta anak buat karangan lagi.

* seeloknya meja baca disediakan, air masak disediakan. Kamus; dan tafsir Quran juga diletakkan di atas meja.

Alhamdulillah yang dah berjaya menggunakan tips ni. Dan inshaAllah.

3 comments:

  1. Petua berguna di masa depan....

    ReplyDelete
  2. tetibe mcm xsabar nak tunggu anak besau...hehe..

    btw, baru la dpt jenguk sini..selama nie xleh nak jenguk sbb ade virus...

    ReplyDelete