Pages

Pages

February 17, 2014

persepsi berlainan

Bila terbaca komen blogger Lydsunshine tu saya ingin terangkan kenapa saya buat dwi bahasa. Saya rasa semua boleh agak untuk latihkan minda supaya menambahkan vocab dan lebih memahami bahasa kedua. 

Lagipun masa saya bekerja dengan syarikat oil and gas,  saya berjumpa dengan ramai principals manufacturer dari luar negara. Berbahasa inggeris untuk dokumen, tentang harga barang atau untuk urusan pejabat boleh la berinteraksi... tapi bila sekali sekala pergi lunch, sembang tentang general dah kalut cari ayat. 

Merekai menyoalkan tentang agama secara sindiran  seolah pilihan agama disebabkan tertekan dengan peraturan negara, atau sebab parents dah Islam, anak terpaksa ikut.

Saya terangkan, kalau parents tak muslim pun, saya akan pilih Tuhan yang tidak menyerupai apa-apa yang pernah dilihat atau yang boleh dibuat sendiri seperti dengan tanah liat. Sebenarnya saya ada memberi contoh masa perbualan tu.

Rasa tak logik kalau tak da Tuhan nak kira semua semulajadi, kepada siapa la nak diminta tolong  jika ditinggal seorang diri.  Susah juga nak explain pada orang tiada Tuhan dari yang ada agama lain. Tuhan segalanya, ada Tuhan sudah mencukupi.

Mereka mengatakan yang mereka buat kerana nereka baik bukan kerana ganjaran (pahala), kalau nak berbahas kenapa mereka ambil gaji bila membeti pengetahuan mereka hmm...tak tahu la

Lagipun agama Islam, jika menjadi warak masih boleh mengisi permintaan naluri atau nafsu, kalau agama lain terpaksa bertahan seperti agama lain tak bole berkahwin dan tidak berkeluarga. 

Mereka ada cakap saya ni bole baca Al-Quran dengan tak faham apa-apa, tah ke tulis apa dalam tu,. Saya mengaku betul tak faham tapi mukjizat surah menenangkan diri dan minda dan rasa selamat yang ttak dapat gambarkan dan takkan sama perasaan dengan membaca tafsirnya.

Harga minyak naik kerana kita masih bergantung dari produk mereka ni. Kereta buatan sendiri dah ada, harap mesin analisa mesin di pelantar semua nanti kita buat sendiri pula. Waulupun faktor kecil, malaysia ni bumi Allah , sesiapa pun boleh mencari rezeki di sini. InshaAllah.


english version below

When I saw the blogger Lydsunshine;s comment, I wanted to clarify a bit why I chose two languages, I guess everyone would know because to practice mind to think in the languages and also to improve in vocab as well.

Moreover, I had worked in an oil and gas company before, had experienced a hard time to figure what words to explain better. It was easy to interact on office matters, on prices of items but once in awhile discussing general rules during lunch with foreigners manufacturers' principals, I felt I wanted to explain and didn't want to shut down especially on my religion when they said that malaysians are tensed without freedom on believe wise. As seem I am what I am because of parents are.

That's when I had explained, even though the parents are not, I would choose the one that is I never seen that my feel its right or something that not I craft or carve it. To whom should I call for help if I am left alone, while in oversea the only to survive is to the One, actually it is harder to explain to the non-believers. 

They stated when they do something good because they are honest and because they are good not because they being bribe to be one. Like deeds. If I were to debate why then they exchanged their expertise to money (salary). Its better to shut down before it boiled up.

As it in my religion, being pious is the ultimate aim but it didn't suppress me to not have family and to get married.

They said I read Quran without understanding the meaning, I agreed but it soothe the soul, calm the mind and it shoo away the worries.

15 comments:

  1. moning
    singgah pagi isnin

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, syukur alhamdullilah dilahirkan dalam keluarga beragama Islam... semoga Allah permudahkan segala urusan kita. in shaa Allah ~~~

    ReplyDelete
  3. kalau nak explain kat orang yg pandang sinis dgn agama kita memang mencabar. Lebih2 lagi jika sesi perbincangan tu mereka ramai2 kita sorang. Kalau silap gaya, kita emosi then mereka akan rasa mereka menang. Jawapan2 yg awk bagi tu agak bagus juga. Nampak seperti awak beri jawapan yg berhemah kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. then ask them.. why do have to be honest?

    pada saya..ada sesetengah perkara..kita tak boleh jawab dengan jawapan.. instead..kita jawab dengan persoalan..to let them think..

    kenapa..kita ada option untuk buat baik atau jahat..tapi kita pilih utk buat baik..there must be a reason..

    and one thing that i always told these kind of people..religion is not there to suppress, but to guide..

    ReplyDelete
  5. memang bagus sekali berblog dwibahasa xlah mennyusakan yg singgah menggunakan google translate agar memahaminya dgn jelas apa yg ditulis...lgpun blog kita mudah menarik minat sedunia n patut mengambil peluang berdakwah sebaiknya dgn kebolehan yg ada...sebenarnya babYpose ni rajin...jarang ada penulis begitu...tahniah.

    ReplyDelete
  6. Bila duduk dilingkungi oleh mereka yg tidak faham agama kita dan kita pula bukan pakar dlm hal memberi pencerahan adalah suatu yg menjengkelkan. Cuba tanya pada dia nampak tak pokok bergoyang. Siapa yg goyang pokok sebab tak ada manusia/binatang. Kalau dia kata angin. Mana itu anginnya? Siapa yg jadikan angin.

    Kenapa perlu makan? Lapar? Macamana jadi lapar? Kalau perut itu lapar bagaimana tahu naluri kita lapar? Belajar agama tak boleh terus ambil ke atas. Macam tadika juga kena kenal dulu cara pegang pensil dsb.. tak boleh terus aje nak belajar tasauf...

    Moga kita diberi kekuatan... kakak pun kerja dilingkungi 99% org asing. Kakak is the only one Muslim here...

    ReplyDelete
  7. owh.. gitu..baguslah.. mg semua dapat memahami

    ReplyDelete
  8. memang susah kalau mau explain dengan diarong yang xtau apa apa pasal agama kita. maybe suruh dorang search dekat google, lagi senang hihi sebab kalau nak explain for sure ber page page nak terang kan. hihi

    ReplyDelete
  9. mmg susah kalau nak berdebat dengan mereka tentang Islam...

    ReplyDelete
  10. Sangat payah nak menerangkan kepada mereka yang Atheis ini tentang agama, especially Islam. Anyhow, knowing them makes me closer to Islam myself.

    ReplyDelete
  11. nak berdebat dgn dia orang susah... ada yg kata, cara dakwah yang paling senang ialah dengan mengikut sunnah Rasul... segala perlakuan kita akan diperhati dan dijadikan contoh

    ReplyDelete
  12. pendapat kaksura blog bayPose ni unik..sebab jarang ada orang yg rajin mcm tuan punya blog ni..taip 2 bahasa..lagipun kaksura suka jugak..kaksura baca dua dua tau..boleh jugak belajar english..lagipun english kaksura dah berkarat sebab tak pakai..tempat kerja akak semua melayu..:)

    ReplyDelete
  13. wah bagus buat dlm 2 bahasa ni ... usaha yg bagus !

    ReplyDelete
  14. Singgah malam. menunggu entri seterusny hihi

    ReplyDelete
  15. Trust Allah, and everything will be okay. Kalau kita kat negara orang, lagi banyak mereka persoalkan. Pakai tudung yang paling utama. Above all, try to answer with sincere heart. Kalau ada peluang untuk hati mereka terbuka, they'll accept it :)

    ReplyDelete