Pages

Pages

April 29, 2013

Seerah Rasulullah SAW Retreat Camp / Tahajjud

Assalamualaikum kawan-kawan blogs yang didoakan semoga dirahmati selalu,

Saya bersyukur kepada Allah SWT telah menghantar hamba Allah SWT iaitu kakak saya sendiri menjemput dan sponsor saya suami isteri ke Majlis yang memberi manfaat pada saya sekeluarga iaitu Majlis Seerah Rasulullah SAW. Dengan menghadiri Majlis ini, saya mempelajari lebih mendalam lagi sejarah Nabi Muhammad SAW terutama solat Tahajud adalah sumber rezeki dan kebaikan dengan mendirikannya dengan kushuq.


                                                                                                                           Inspiration



Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Mekah pada tahun 570 Masehi. Semasa itu, Mekah adalah tempat penghentian para dagang dari Yemen ke Syria. Beliau adalah anak yatim pada usia muda, Rasululllah SAW dikenali sebagai seorang budak yang tenang dan boleh dipercayai.(source dari iMuslim booklet)

Yang menarik sekali tentang solat Tahajud ni yang disampaikan oleh Ustaz Abdulbary Yahya, beliau menggambarkan Tahajud adalah waktu Allah SWT ingin memberi hadiah kepada kita, jika kita tidak bangun membuka pintu dengan bersolat Tahajjud pada waktu malam seperti kita tidak mendengari ketukkan pintu olehNya.

"Saya sangat terharu bila diberitahu Ustaz Abudlbary Yahya bahawa Allah SWT menunggu kita menyambutNya dengan mendirikan Solat Tahajud pada waktu malam untuk memberi hadiah kesukaan atau permintaan kita.

 Dengan pengalaman yang saya lalui saya berasa sedih kerana saya sangat liat untuk bangun untuk Tahajud, TETAPI bila ada musibah, saya tidak dapat lelapkan mata, tetapi kerana terlalu letih memikirkan solusi untuk menyelesaikan atau untuk mengharungi keadaan yang sesak, saya boleh terjaga didalam lena dengan senangnya bangun dan bersolat Tahajud, menangis dalam sujud. Dan Allah SWT beri apa yang diminta, Alhamdulillah.

TETAPI bila senang, saya mementingkan tidur tanpa terdetik untuk bersujud syukur dalam solat Tahajud atau untuk memupuk diri untuk mendirikan Solat Tahajud untuk menghindari musibah terjadi lagi atau bersyukur untuk mendekati diri padaNya. Sedihnya dengan berharap setiap malam dapat mendirikan Tahajud", InshaAllah."

Alhamdulillah kerana Allah SWT telah menyelamatkan saya yang merancang untuk membawa suami ke senaman Yoga retreat dan memberi jalan yang benar untuk merehatkan diri dan minda adalah dengan cara Sunnah.


Tips untuk memupuk diri menjadi positif ialah dengan memikir dan menyebarkan tentang kesukaan anda. Apa yang anda syukuri, nyatakan dan Sukses yang anda niatkan, tunjukkan...

    a change

salam sayang semoga bertemu lagi,
babY


English Version,

I feel touched listening to the Scholar Ustaz Abdulbary Yahya that he told us that Allah is coming with gifts to give to us when we wake up to perform Solat Tahajud. When he comes we still asleep is like we didn't hear His knocks at the door.

My own experience when I have calamity, I can get awaken in asleep so easily, and perform Tahajud and cry in prostration, Alhamdulillah, Allah SWT gave what I have asked for. Sadly when everything is well, I become lazy and enjoy sleeping more and don't feel bad not to remember Allah SWT at night. Teary eyes and hope that I make Tahajud every night.

                                                                                                                                                Ready

Tips to be positive in talking and action, is to spread your loves on anything or anybody, list out what success that you intend to achieve, show what you are grateful for...

love that enlightens,
babY

7 comments:

  1. nice la akak...best... ^_^ kalau boleh nak join jugak... ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. seronok baca kisah ni.. terima kasih atas perkongsian dan peringatan :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...
    perkongsian bersama...

    ReplyDelete
  4. thank you, your reflection of the Seerah is so beautiful.

    ReplyDelete
  5. as salam
    BW n terus polow..betui.. bila susah kita selalu leh terbangun n buat tahajjud....tq for sharing..moga dpt beri manfaat utk diriku..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal n follow di blog berinfomasi ini...

    Alhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan ;)

    ReplyDelete