Pages

Pages

September 13, 2021

Me Time for a fish? | Masa bersendirian untuk seekor ikan menetaskan telur-telurnya

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 

Fish needs alone time to hatch 10 to 20 fry. 


Biasa minta jurujual ikan tolong pilih ikan betina yang perutnya ada telur 

We used to ask the sales guy at the fish shop to choose the fish with a big tummy. 



In one phase of my life, by chance I indulged in taking care of fish.  First, I became interested in rearing gold fish inside a big fish bowl. I bought the bowl and filled it with two gold fish for display in the living room.


I even shared with adik the idea to buy fighting fish for a present, then it lead me to have some guppies in the room.

I got to learn to set up the fish aquarium without using filter from one of my relative. 


When that idea implemented, I kept arranging cookies jar converted to aquarium. Fish in jar is also set as a present for the teacher's day. Adik brought the pair of guppies, while abang gave a pegaga plant for their respective teachers.


The condition you need to set up an aquarium for guppies without a filter; You need four things for a natural circulation aquarium.


Items to set up a natural aquarium:


  • A container, round or rectangle or square.
  • Rocks or pebbles
  • Water Plants
  • Filtered water or dechlorine solution for tap water. 


One day we decided to put one female alone in a aquarium. Then a surprise happened the very next morning. So excitedlly to see the fry (newly hatched babies) like 10 to 20 swimming in groups, they looks like tadpoles giving goosebumps to me at the same time. Of course I am excited, started to dreaming of my own fish shop, also want to give some to my friends. The feeling on that day was like I just got MYR2 Million hehe.. 


Love❤️

 

Ada fasa dalam hidup ini, saya terjebak dalam hobi membela ikan. Berminat lebih kepada ikan emas dalam balang bulat dan diletakkan di sudut ruang tamu.


Pernah saya berkongsi idea dengan adik yang mempunyai minat yang sama untuk memberi ikan laga sebagai hadiah, selepas itu terbawa-bawa pula untuk menghias bilik tidur dengan ikan gapi. Saya belajar dari seorang saudara saya tentang penjagaan ikan  tanpa mesin oksigen atau "filter".


Bila dapat idea terus saya buat akuarium dengan balang biskut. Ikan dalam bekas pun dijadikan hadiah untuk hari guru. Adik bawa sepasang ikan gapi, manakala abang bawa pokok pegaga untuk guru yang  masing-masing mereka kasihi. 


Bahan yang diperlukan untuk menyediakan akuarium tanpa mesin oksigen  untuk gapi ada empat iaitu:

 

  • Bekas plastik, balang biskut yang sedang saiznya. 
  • Batu sungai atau batu bukit bersaiz kecil atau campur. 
  • Air tapisan atau air yang dikeluarkan klorin dengan cecair dechlorine.
  • Pokok air atau pokok duit-duit. 


Suatu hari saya telah asingkan ikan betina dalam bekas lain iaitu akuarium kecil. Paginya kami dikejutkan dengan anak-anak ikan yang begitu ramai. SubhanAllah! Teruja melihat ikan beranak pinak dalam 10-20 ekor berenang selonggok bagai berudu, naik meremang bulu roma. Mula berangan-angan nak buka kedai jual ikan pun ada, nak beri sebagai hadiah kat kawan kawan pun terlintas, rasa pada masa itu bagaikan dapat duit RM2 juta hehe.. 


Salam❤️

Chicken Dendeng | Ayam Dendeng

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Chicken "dendeng" means chicken sliced thinly cooked with coconut sugar and spices


Ayam dendeng ialah ayam yang dihiris nipis - nipis dimasak dengan gula melaka dan rempah.




Loving the taste of sweetness and spicy, I thought of "Biltong"/ Jerky that I had during Seerah Camp that conducted by South African scholars, they gave us to try Biltong that is famous in South Africa.


So I was thinking which local delicacy Chicken Dendeng, which closely resembled to Biltong or Jerky, the dried sweet and spicy meat. 

I had beef dendeng before, it was delicious and yummy. It's like a snack from the RNR stop, thin sliced potato crisps with glaced sweet chili taste. However, I want a food that is drier and not sticky.  I love the taste of coconut sugar in it, as it has creamy taste and with the spices, it is so good to eat by itself provided the chicken strips are crispy before mixed  with the fiery spice paste.


Simple Ingredients of chicken dendeng:

400g chicken keel

3 red onions - blended

5-6 garlic cloves - blended

1 tbs coconut sugar add more to suit taste

4 tbs blended Dried chillies

1 tbs kurma spice (rempah kurma

1 Lemon grass stalk

Salt to taste


The recipe called out for boiling the chicken first. I didn't do that as I have the feeling that boiling the chicken it's like eating tasteless pulps, so I skipped that. 


Cut the chicken thinly and fry them crispy.. Put aside. 

Sautee the blended spices, add every each of the above, last but not least mix the sliced chicken, stir well til dried. You can serve it with hot rice, or eat it alone by itself. 


This kind of cooking is good for snack actually, but it's nice to have it with rice too. It's simply delicious. 



Happy Monday. ❤️


Suka rasa manis dan pedas dalam masakan daging yang digoreng kering. Teringat saya kepada daging "Biltong" /Jerky yang diperkenalkan oleh Ustaz-ustaz Afrika Selatan semasa menghadiri Kem Seerah. Daging Biltong itu manis berempah. 


Jadi saya memikirkan apa masakan tempatan yang hampir sama rasa dengan Biltong dan saya rasa ialah daging dendeng yang dimasak dengan gula melaka dan cili berempah.. Saya pernah makan daging dendeng sebelum ni, ia sangat sedap bagai nak ulang makan sebagai snek pula. 


Rasa seakan snek yang dijual di RNR, macam kerepek ubi cili manis tapi ianya terlalu melekit. Saya lebih suka kering dengan rasa gula melaka yang berlemak tu dengan rempah cili. Saya guna ayam yang dihiris nipis-nipis dan digoreng sebelum dimasak manis dengan cili berempah yang telah dikisar. 


Ringkasan bahan untuk Ayam dendeng:

400g ayam bahagian isi

3 labu bawang merah dikisar

5-6 biji bawang putih dikisar

1 sudu besar gula melaka atau tambah secukup rasa 

4 sb cili kering yang telah dikisar

1 sb serbuk rempah kurma

1 batang serai dititik

Garam secukup rasa.


Sepatutnya daging perlu direbus dahulu seperti didalam resepi, tetapi saya kurang gemar, kerana rasa ayam direbus dulu bagai rasa hampas. 


Jadi saya terus goreng ayam yang dipotong nipis hingga garing. Angkat dan letak dahulu di sebelah. 


Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan ayam dan gaul rata sampai kering. Hidang dengan nasi atau makan begitu saja. 


Cara masaknya memang mudah. Rasanya sedap macam snek, tetapi enak juga jika dimakan dengan nasi. Alhamdulillah, amat sedap. 


Salam Isnin, selamat berpuasa bagi yang berpuasa. ❤️