Pages

Pages

June 30, 2020

Harapkan rama-rama, siput menjelma



Tugasan menyiram dan mengharapkan burung dan rama-rama tetapi yang bermastautin siput slow and steady yet get to feast. Perlahan asal dapat menikmati. Kembali peluang bersedekah tanaman kepada haiwan yang diilhamkan ke sini taklah mudah. Mendidik hati redha, memupuk jiwa ikhlas, cuba sedaya -upaya, inshaAllah.

Dilaman depan lebah berkongsi rumah, sudah pernah panggil bomba menguruskan mereka. Tak sanggup buat sedemikian lagi, lagi lagi bila terima berita baik ini dari Allah swt.

An-Nahl 16:68


وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.





Moga dipermudahkan urusan, stay steady semua yang dihormati.

June 29, 2020

Kek carrots oats tanpa tepung



Kadang demi anak tekak, masih nak telan kek. Kurang tu kurang ni tetap ada yg dielakkan, yang ni betul2 tanpa tepung. InshaAllah nak cuba buat yang kurang bahan pula.

Resepi di formularized oleh papa.

1/2 cawan =  1 btg carrots dikisar kasar + 3sb raisins + 3 biji fig kering jadi setengah cwn
2 cawan oats
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
1/4 minyak
1/3 susu cair
1 st baking powder
1st baking soda
1st serbuk kayu manis

Campur dan gaul sebati. Tuang dalam loyang atau pakai buang loyang. Bakar suhu 180° dan kurangkan masa. Jadi 35 minit dah memadai. Kami bakar 40 minit, terlalu lama untuk kek seakan cupcake, patut less baking time. Kurang masa bakarnya.

Alhamdulillah menjadi. Sedap mengenyang, sarat dengan serat lobak, kismis dan fig atau buah tin. Surprisingly, warna lobak tetap oren. Potongan kek seakan kek karot lepas cuma yang ini tanpa tepung ada dlm video.

Bagus untuk dicuba, bertahan 4 - 5 hari juga. Cuba ye semua, senang dan kenyang dapat hilangkan kempunan makan Kek manis2😍

Stay active and safe.

Salam bahagia semua 💓 .

June 28, 2020

Tanam dan keringkan bunga ros



Tanam pokok bunga ros dari potongan batang berukur 76.2 mm dari bunga yang kering. Cucuk inshaAllah bercambah. Yang dalam video ni pokok ros ditanam dalam botol dan diikat dipagar.

Alhamdulillah mudah berbunga pokok ditanam cara cucuk. Jika dibiar, bunga mengering jadi hitam, mama cuba potong dan gantung dikeringkan di tepi tingkap. Hasilnya cantik tapi tak secantik bunga ros dari jambangan bunga pemberian papa.

Berbagai khasiat dari bunga ros,  contoh toner kulit wajah. Bolehlah cubakan, inshaAllah. Moga berinspirasi dan kekal suci serta sihat.

June 27, 2020

Beri ikan makan, no one gets left behind



Setiap jiwa berharga, luangkan masa untuk memastikan ikan-ikan masih ada disetiap bekas pokok air dan di beri makan. Sekali sekala boleh ditambah seekor dua. .

Bunga pokok lembayung berwarna ungu cantik menyeri taman, dah berkali buang sebahagian, cambah mendadak juga. Dengan ada air dilaman, tupai, kucing singgah menghilangkan dahaga. Makhluk2 inilah menghidupkan suasana laman. Tiada siapa tercicir, semua diberi perhatian. InshaAllah.

Lagipun dapat menyelamatkan ikan longkang ini yang menjadi mangsa ikan besar di pet shop dan umpan pemancing-pemancing.



Sentiasa berhubung ya semua. Stay safe and connected 👭🙉🙉🐋🐟

Tanam pudina di tepi tingkap, window gardening



Hanya membeli daun peppermint pudina dari kedai yang berharga RM1.70 sebungkus besar (sorry takperasan brp gram). Simpan dalam  peti ais, bila nak makan, ambil daunnya, batang dicucuk ditanah yang disediakan dlm polibag tepi tingkap. Sangat berhasil hingga sudah beberapa kali dipetik.

Bila diperhati, pucuk juga bercambah. Lagi tuai lagi subur. Melepaskan kepunyaan kita diganti lagi dengan baru inshaAllah. Oleh kerana puas hati cuaca di tingkap ni, mama berani ambil sepokok dua tanam di bawah belakang rumah, setiap hari nampak setiap helai daun dimakan serangga, kecewalah juga tapi syukur batang pokok kukuh, tengokpucuk daun kecik2, berputik hati kembali pulih :) Alhamdulillah bila teringat nanti, boleh tunjuk pic pokok mint atas tanah kat sini InshaAllah.
*
...dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba' 34:39) .



Salam ceria semua.