Pages

Pages

June 14, 2016

Petang Ramadan...


Bawa Fadya pegi shopping, Faiq tak nak ikut. Sampai mall fadya nak main inflatable playground. Kami pula menghabiskan masa bersantai, makan aiskrim, berjalan berlenggang sambil tengok kedai baju PDI dan berberapa lagi. Berhenti makan Auntie Anne... duduk kat tepi makan sekejap lepas tu sambung jalan lagi.. jumpa baju Fadya, beli dulu.. naik atas jumpa baju kurung moden untuk Fadya beli juga walau tak pasti warna tema tahun ni. Rasa nak pakai baju lama ja kut. Kami nak singgah makan tengahari dekat Nandos ke atau Chicken Rice ke tapi Fadya nak balik. Fadya cakap dia rindu Faiq, nak balik umah. Kami ingat nak hantar ja Fadya keluar balik. Hala ke parking, sempatla beli barang dapur.
Ingat nak makan kat restorante, rupanya rezeki kat umah 

Sampai rumah, saya turunkan Fadya, teringat barang dapur ada juga yang sejuk kenala bawak keluar dulu. Dah masuk dapur, buka tudung, masak nasi, potong avocado, potong apple buat salad, masak udang sebab ini ja yang rasa cepat , masak herbs lemon mentega.. ha dah siap. Dating kat rumah la...dan rehat petang tu, dapatla berterawih malamnya, ramadan eve.

Ni baru add pudding roti/bengkang sebagai dessert petang tu, rasa petang ni pun nak buat lah :)

susah hati selepas berseronok | Dairy mama

Tajuk macam cerita siri kisah benar..kan, memang benar. Keluarga yang tak tahan lasak tiba nak berlasak inilah akibatnya.

Lepas sarapan terus memandu hala ke hutan yang ada ulu sungai, ni cerita hujung bulan Feb.

Tengok Faiq begitu ceria semasa hendak pegi. Faiq minta Faiq suruh papa pusing balik sebab makin nampak hutan makin tak da kereta,  Faiq mula la risau cakap sunyi jalan ni..

Sampai ke destinasi, tak sempat apa, Faiq Fadya nak main air sungai tu. Terbaring terlari dalam sungai. Sungai atas bukit kami naik hingga ke hulu.

45 minit hingga sejam begitu kami berangkat pulang. Dalam kereta saya bagi air kat dua beradik. Fadya cakap lapar, saya bagi donut. Ok faiq pun makan bekalnya.

Menuju pulang memang niat hendak cari tempat makan tengahari. Toleh belakang Faiq dah lena terkejut tau. Jarang dia tidur. Kejut dia sebab dah sampai di kedai makan. Faiq ok ceria ja. Lepas makan, masuk kereta, tido balik.

Sampai rumah Faiq sakit perut. Saya fikir balik apa puncanya ni. Dalam minda terbayang-bayang air sungai kotor. Sebab cuaca sangat panas pasti semua haiwan datang ke sungai itu walaupun hulu sungai.

Susah hati tau, saya telefon emak minta doakan tapi tak cakap detail. Teringat-ingat di board tepi sungai tu dah beritahu tentang air kencing mickey mouse.

Saya bagi ubat smecta yang biasa klinik bagi tu. Bagi minum air yang banyak. Alhamdulillah makin sembuh, hari isnin pun Faiq cakap buangan dia tak elok. Faiq tetap ke sekolah, saya pesan Faiq minta guru call kalau apa- apa. Saya rasa garam dalam masakan pun dapat mencuci perut atau tambah gar galian maca eno tu, lagipun pembantu yang dulu minum air garam bila perut tak sedap. Biasa doctor bagi mineral powder, rasanya kami tak minum pun. Baik-baik, cuaca panas ni, sebab tu emak pesan makan makanan yang masak dulu sebab air yang dari tap tu pun tak tentu, basuh ulam pun basuh dengan air masak kalau boleh.

Jadi di rumah ni first aid la konon iaitu ubat-ubatan bulan sabit yang patut ada dirumah saya. saya sedia untuk 2016 ni dah bulan Jun setengah tahun kira.

1. Ubat paracetamol untuk dewasa /kanak-kanak - belum guna, ingat nak bagi Fadya yang badan panas,  tetapi lepas minum susu dan mandi, Alhamdulillah elok.

2. Zyrtec - untuk selsema - saya dah ambik. Untuk Fadya, ingat nak bangun dekat Fadya, tak terbangun. Alhamdullah mungkin sebab susu, Yakult sebab tu hidung dah sihat.

3. Woods Peppermint - saya suami ambik. Faiq tak suka ubat. Alhamdulillah pengambil minyak zaitun tu bole melindunginya. Fadya pun tak sempat bagi sebab baru ada honey lemon disyorkan oleh kakak berbentuk gula-gula tu Fadya pura-pura batuk terlampau sebab nakkan gula-gula honey lemon. So alhamdulillah sihat.

4. Tea tree oil ni (ubat sapu) pun disyorkan oleh kakak saya - untuk bulan puasa ni.. baru guna masa perjalanan jauh baru ni sebab ekon sejuk kalau perlahankan ada yang mengantuk pula jadi saya sapu belakang leher bila hidung sejuk semacam alhamdulillah. Sapu juga di perut Fadya rasa dia angin kut suka sangat koko crunch dalam kereta. Yang ni kira baru tetapi macam bagus. Alhamdulillah.

5. Smecta pula yang terakhir, saya simpan juga. Untuk perut, cherry berry. Farmasi pun ada jual.

Apa-apa sakit pun kalau lebih 3-4 hari kena ke klinik. Nauzubilah..Walau ada panas badan ke, hidung berair, saya akan basuh juga cadar dan sarung bantal. InshaAllah moga ahli keluarga lain sihat. Ya kalau keluar, bila balik tu elok mandi, kalau rajin ler hehe.. Alhamdulillah sekarang semua sihat dan baik-baik ja.