Pages

Pages

April 28, 2016

aktiviti menunggu untuk anak-anak

Hari ni kalau boleh nak cerita tentang minum air kelapa yang di hidangkan oleh pelayan restoran di hotel tepi pantai. Sambil menikmati permandangan pantai yang indah. Bunyi kicauan burung eh ni dah ada kat umah ni. Hehe..tu la sebab ada cuti tiga hari hujung minggu ni rasa nak makan angin ja.

Emak telefon semalam bertanya apa rancangan hujung minggu ni. Serba salah nak jawab sebab minggu lepas dah jumpa.kadang jumpa tak bermalam di rumah emak pun tetapi minggu lepas adik masak ikan tu kami tertido di rumah emak. 


Biasa jumpa dengan emak bapa ni kami keluar makan. Dulu Fadya susah fokus duduk. Faiq pun yang sebenarnya, dugaan juga kami nak menikmati duduk. Sapa yang bole duduk tu, bersyukur lah.

Minggu lepas Faiq Fadya ok je walau dah kenyang. Mereka berdua duduk pandang kazen mereka yang hensem tu yela mix tak hemsem pun hidung tu nampak lain ja haha.. aktiviti menulis sambil menunggu pun ok sampai kazen pun tulis tak tengok phone.

Dulu jenuh cari idea untuk anak-anak duduk kat meja tanpa buka phone. Main snuker macam di atas ni pun terjadi. Buat dengan kertas ja main dengan chopstick.

Atau main bola dengan jari Fadya happy main bola ni.

Faiq pandai melayan kami pula yang menunggu doktor gigi dengan persembahan  ikan jerung.


biasa membaca sambil menunggu lebih senang lah tapi berapa lama tu belum tentu. Mama terima kasih sebab anak-anak behave/tenang jugak waktu makan di luar. Alhamdulillah. Senaraikan apa yang disyukuri. Bila dah tengok gambar baru rasa syukur, ada moment happy jugak. Moga berulang lagi diberi masa dan tenaga serta bertambah kasih sayang. InshaAllah.