Pages

Pages

April 22, 2016

Nasihat kepada Anak | Terima Kasih

Terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi tips mengajar anak-anak matematik semalam, hanya Allah saja dapat membalasnya. Saya minta maaf kepada rakan-rakan blogger  keatas apa-apa saja.  -   "perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian)" - Surah Al-Baqarah :263

Doa yang terbaik bermula dengan Alhamdulillah ada dalam Hadis tetapi tak ingat pula.

 
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
(Luqman 31:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A017 "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman 31:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A018 "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman 31:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A019 "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata).


Ampunkan aku Ya Allah Ya Tuhanku. Ameen.