Pages

Pages

April 16, 2016

the jungle book | mama yang lebih.

Pagi ni kami bertiga bekfas kat luar sebab roti nak abis, nak masak nasi goreng ada tak selera, ajak keluar makan kat kedai. Vitamins dah disediakan. Saya bancuh minuman saja, Faiq pun ada cerealnya tak risau, roti untuk Fadya ada. Ada hujung roti tu saya abiskan, boleh telan vitamins.

Google - the jungle book
Sampai di complex pasaraya, lepas isi perut, jalan-jalan window shopping. Dalam fikiran nak ajak en hubby tonton jungle book, en hubby ok ja cuma risau fadya. Saya interview Fadya, tanya nak tengok tiger, beruang tak. Fadya cakap nak tengok. Saya beritahu yang susu semua tak da, tak bole keluar dari bilik tv 2 jam. Fadya ok je nak tonton. Risaukan mama ajak tonton hiburan hingga berpujukkan. Sebab lama tak tengok, ikut hati nak jugak tengok. Bila sampai kat kounter tiket, saya cakap nak tiket untuk jungle book show yang terawal sekali, staff tiket tu cakap lagi sejam ada. Saya pun pusing ke belakang sambil fikir Fadya ni bole ke tunggu lagi. 

4 year 4 mon
Sambil fikir berbual dengan en hubby, ternampak poster jungle book, saya cakap ni la haiwan yang kita akan tonton nanti. Fadya jerit mama "fadya tak nak tengok budak tak berbaju, tak elok, tak nak tengok tak tutup tak cover, eee". Saya ingat nak terangkan tapi rasa tak perlu. Biar Fadya fikir tak sesuai tonton dulu sebab tak menutup aurat.  Fadya ni baru mula cover tangan dengan stokin tangan, kepala dengan scarf kecik ja. Kalau dalam kereta di tanggalnya, orang tak nampak katanya.

Itulah ceritanya seorang mama yang nak bawa anak ke tempat hiburan. Syukurlah..ada anak-anak Tuhan hantar tak bagi tengok. Begitulah movie boboboy saya syorkan kepada Faiq kerana kawannya ada tengok Faiq beritahu. Bila saya ajak Faiq, Faiq cakap dia dah cukup tonton wayang zootopia itu. Jadi tak mau tengok lagi movie apa pun.. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Allah says, " Call on me, I will answer your doas Surah Ghafir :40
Allah berfirman, Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu" Ghafir: 40