Pages

Pages

March 11, 2016

Bertukar Tips semasa sarapan

Assalamualaikum wbt,

Catatan hari ni ialah nak crita hari ni keluar breakfast dengan kawan saya. Mulanya nak breakfast ja tetapi singgah beli daging, ayam dan pulut durian berlainan tempat. Baru dapat Breakfast nasi dengan paru goreng, berdesert lempeng kelapa. Minum nescafe tarik nipis. Bersembang, kawan saya hendak kan tips dapat anak perempuan. Saya segan nak bagi tips dah lupa, dah lama dapat Fadya, lagi pun kawan saya ni ahli sains tanya saya hal saintifik macam tak sesuai.saya share juga jika ada salah tolong tunjukkan

Tips saya
Sebelum subur adalah untuk dapat anak perempuan
kerana sperma lelaki jangka hayatnya pendek tetapi laju.. jadi keluarnya sperma lelaki berenang laju, tetapi tak kan jumpa telur.. kerana belum subur lagi

Sperma perempuan jangka hayat panjang, tetapi perlahan...jadi akan berenang dengan perlahan hingga bertemu telur pada hari subur. 2 hari sebelum subur itu adalah untuk cuba baby girl

Baby boy kena betul-betul hari subur.

Saya catat di sini kalau-kalau ada rakan blogger boleh perbetulkan teori/sainstific diatas kalau salah.

Tips 2
dengar atau baca Surah Maryam untuk anak perempua
manakala untuk lelaki Surah Luqman
Surah Yusuf anak hensem atau cantik.

saya juga dapat tips dari kawan tak sabar juga nak discuss dengan en hubby

tips dari kawan.
Sejak anaknya bersekolah, beliau keluarkan astro, cuma ada njoi, beliau bagitau sangat lega.. rumahtangganya amboi rumahtangga,  lebih aman kerana lebih mudah uruskan anak-anaknya. berjadual lebih teratur, anak-anak juga lebih fokus dengan aktiviti mereka. Anaknya juga top 5 seluruh kelas di sekolah faiq, tapi anaknya dah sekolah rendah.

InshaAllah
gambar hiasan -fadya