Pages

Pages

March 10, 2016

Decor Bilik Mandi bermanfaat | Ecosystem

Ketandusan idea nampaknya, sampai ke bilik air pun nak dientrikan. Akibat botol jem yang kosong makin bertambah, dapat idea tanam pokok dalam botol. Sejak dari itu, bertambah pulak pokok dalam botol. Letak selunguk dah nampak kurang kemas, risau pun risau dengan botol kaca berkeliaran di bawah, kan anak-anak suka berlari sana sini.

Capai paku dinding, ketuk di dinding dalam bilik air. Di mulut bolot, lilit dengan dawai dari kedai hiasan bunga atau pengantin. Lilit buat loop atau tempat gantung tu bersaiz kecil.

Bila digantung berdekat pintu rasa menarik ada kehijauan. Sebelum tu,

1. di awal permulaan menanam pokok dalam botol kenalah isi dulu dengan batu kecil,
2. isi tanah selepasnya.

Jadi air tiada bertakung di dalam botol, selain itu tak risau nak siram selalu. sebab kelembapan bertahanan. Ini hiasan murahan tetapi bermanfaat kerana pokok duit ini mengeluar oxigen and menapis udara di dalaman.

Sudut terbaik ialah bahagian sinki atau cermin itulah biasa ternampak di dalam bilik air awam. Tetapi biasa saya tengok, di letak mangkuk berisi batu sahaja. Nampak ala spa, cuma kurang senang hati, mahkluk lain pun berkubang di situ. Walaupun disalin airnya, seeloknya basuh akar juga, kerana kadang ada telur terlekat. Kalau ada cicak, cicak makan nyamuk tu, jadi  sistem ekologi ada, InshaAllah selamat.