Pages

Pages

February 4, 2016

sedia menolong | ready to help

Walaupun melalui hidup seperti biasa, isu kek birthday Fadya itu masih bermain di minda. Tertanya saya kepada en hubby, jawapan beliau lupakan saja, beli carrot cake ada halal Jakim. Kek penuh tak berangin seperti sponge kek, cream pun di atas saja.. Saya masih mengulangi yang sepatutnya baker tu bagitau tak ada sediakan lilin sebab mengikut kaum itu. Bila mengatakan "ada" confrm lagi nak bagi 4 lilin, lepas tu "lupa"  yang dah lama tak da lilin atas sebab ikuta ikutan. menunjukan beliau mengikut kaum itu juga.

Malam isu itu berlaku, saya akur dengan penerangannya walaupun pertikaikan juga sikit sebanyak. Saya bertanya kepada Fadya yang duduk di lantai rumah ini bila saya meletak kek di atas meja. Saya dapat rasa aura dari sekolah itu telah membuat Fadya teruja menunggu kek dan dipanggil oleh teacher ke depan agaknya. Saya dapat bayangkan kerana saya lihat gambar gambar whatsapp begitu.

Saya berbual bersahaja dengan Fadya disebab sudah lewat malam. Saya cakap tak payah ada lilin ok Fadya, Allah suka kita makan makanan kek is food. Fadya berkata dia mahu tiup lilin tu sekali dan semua api padam. Saya sambung ok kita buat sekarang, saya bercadang untuk nyalakan api di lilin biasa (tapibtak da jugak) Fadya cakap dia nak tiup dengan kawan-kawan, kalau dia tak boleh padamkan kawan tolong. Suka insiden tolong menolong di situ. Mama buntu sebab sudah lewat. Saya cakap api panas kesian kek. Niat Fadya lebih baik kerana mencuba kekuatannya meniup lilin padam sekaligus. Manakala niat saya hanya untuk Fadya tenang mengikuti cara islam tetapi biar dia makan kek gula penuh dengan pewarna tu.

Semalam saya dapat pujian tentang kek itu dan nasi lemak yang saya kendurikan juga. Jadi saya berterima kasih saja. Saya memang jenis yang suka bersembang dengan teacher tentang apa apa tapi suara tak keluar pula untuk mempromosi kek untuk sekolah. Saya order kek dari baker itupun sebab muslimah dan baru mula bisnis, dan ingin mempromosi lah. Tiada peluang kut.

kesian anak mama ni, suka bola suka kek, warna biru tak suka, abang nak main dengan dia cakap "no boys" only girls